Team Leader Aain Nadra merupakan hasil cetusan kejayaan program Jom Kurus 1 Malaysia bermula dari seorang peserta hingga berjaya membantu menguruskan program ini bermula dari JK1M 4 hingga sekarang. Aain sebelum ini berjaya mengurangkan 50 kg dalam tempoh setahun setengah bertekad untuk berkongsi ilmu bersama insan yang memerlukan.

Pada Musim ke 9 ini, Aain memilih untuk berhijrah ke Kelantan demi mendidik warga Machang dan berdekatan berkenaan aspek pelan pemakanan sihat, variasi pelan senaman dan motivasi pengekalan momentum. Anda berpeluang mempelajari pelbagai resepi mudah dan menarik yang mengenyangkan dan mampu mengubah penampilan sedia ada anda.

Profil Aain boleh dirujuk melalui akaun Instagram @aainnadra dan @kakibuddiesfitness. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian dari warga Jk1m dan ciptalah kejayaan perjalanan anda bersama kami. Kreadibili Aain terserlah semasa menguruskan Team Shah Alam 2 bersama Shukri dengan mencipta pelbagai ruang kejayaan dan kini dengan matlamat yang sama, #fighterunited akan ditubuhkan di Kelantan bersama-sama anda.

ANTARA KEJAYAAN TEAM SHAH ALAM FIGHTER SEPANJANG JK1M:

JK1M MUSIM 4
Jumlah peserta : 60 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 400 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori keluarga, 5 orang peserta TOP 50 kebangsaan

JK1M MUSIM 5
Jumlah peserta : 85 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : 2 orang peserta TOP 50 kebangsaan

JK1M MUSIM 6
Jumlah peserta : 110 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori pasangan, 4 orang peserta TOP 50 kebangsaan, naib juara pertandingan dodgeball JK1M

JK1M MUSIM 7
Jumlah peserta : 97 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 550 kg
Kejayaan : Juara kebangsaan kategori lelaki ( penurunan 25% ), Naib juara kebangsaan kategori wanita ( penurunan 17.3% ), tempat ketiga kebangsaan kategori wanita ( penurunan 15.7% ) 5 orang peserta TOP 50 kebangsaan.

JK1M MUSIM 8
Jumlah peserta : 99 orang
Jumlah penurunan keseluruhan : 500 kg
Kejayaan : Juara lelaki kawasan menurunkan berat sebanyak 19.2 kg ( 22.5%) dan berjaya ke peringkat kebangsaan. Sukan Ohlimpik: Bola Jaring (Emas) Badminton Beregu Campuran (Perak), Dodgeball (Gangsa)

KEKUATAN UTAMA TEAM SHAH ALAM FIGHTER DI BAWAH PENGURUSAN AAIN DAN SHUKRI

– Top sales JK1M seluruh Malaysia 4 musim berturut – turut
– Support group yang kuat dari alumni peserta.
– Pelan pemakanan yang lengkap dan menarik
– 3 kali aktiviti seminggu
– Variasi aktiviti yang mantap dan menarik.
– Homework yang berkesan
– Pemantauan perjalanan peserta setiap minggu.

Q Lokasi

Sekitar bandar Machang seperti UiTM Machang, Bukit Bakar dan beberapa sekolah terpilih

Q Masa

OFFICIAL CLASS
Jumaat dan Sabtu - 7.30 am hingga 9.00 am

Selasa - 8.00 pm hingga 9.00 pm

Q JADUAL AKTIVITI

Berbeza setiap minggu dan kelas. Anda akan mengenali pelbagai jenis cara senaman yang wujud dan anda akan menemui aktiviti kegemaran anda yang baru.

Antaranya terdiri dari diet talk, pantry academy, circuit training, running clinic, bootcamp, aqua fun, sukan rakyat, light hiking, zumba, kickboxing, badminton dan lain-lain.










Q KRITERIA PESERTA

Sesuai untuk individu yang:
#mengalami masalah berat badan berlebihan
#mencari team fitness
#yang sering gagal berdiet
#yang ingin mengubah penampilan dan gaya hidup
#sering hilang motivasi untuk berubah
#sering menghabiskan wang untuk produk kurus


























Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Musical Body Shake
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Healthy Pantry Academy
  • Activity Minggu 1:Breakfast King and Kick Off
  • Aktiviti Minggu 5:Tradisional Sports Bootcamp
  • Aktiviti Minggu 6:Nature Exploration at Bukit Kluang
  • Aktiviti Minggu 3:AquaBoom