Hi semua!!!

Saya Aida. Saya merupakan Team Leader kawasan Kampar, Perak bagi dua musim berturut-turut.

Pengalaman sebagai peserta JK1M

Sebelum menjadi team leader, saya merupakan bekas peserta JK1M3 dan JK1M4. Saya pernah mengalami masalah berat badan berlebihan sehingga menyebabkan masalah kesihatan serta sering dikeji kerana memiliki saiz badan yang besar.

Keadaan kesihatan saya pada ketika itu telah menyukarkan kehidupan saya untuk berkerja serta melakukan tugasan harian. Ia berambah rumit apabila mula saya mengalami rendah diri apabila berhadapan dengan masyarat sekeliling. Keadaan ini telah menyebabkan ibu saya menyuarakan kebimbangan terhadap saya.

Situasi itu telah menyebabkan saya berikhtiar untuk mencari solusi untuk mengatasi masalah berat badan saya dan akhirnya saya menemui program JK1M ini.

Perubahan yang besar berlaku setelah saya menyerta JK1M3 bagi kawasan Ipoh di bawah bimbingan Team Leader Adly Cekod di mana pada waktu itu saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 9 kg dan berjaya memenangi tempat ke tiga kawasan serta berjaya tersenarai dalam top 50 kebangsaan.

Perjalanan penurunan berat badan saya tidak terhenti di situ. Seterusnya saya menyertai JK1M4 sebagai langkah untuk teruskan impian untuk memiliki berat idaman.

Impian saya tercapai apabila saya berjaya menurunkan berat badan sehingga mencapai 46.3 kg dan lebih indah lagi apabila saya berjaya menjadi juara kawasan Ipoh serta Naib Juara Kebangsaan bagi musim yang ke 4 tersebut.

Selepas saya menyertai JK1M, banyak perubahan positif yang berlaku pada saya. Kini bukan sahaja memiliki badan yang langsing malah saya yang dahulunya merupakan seorang yang obes, malas bersenam dan tidak cergas, telah berubah kepada seorang yang sangat aktif dalam dunia fitness pada hari ini.

Program JK1M ini bukan sahaja membantu saya dalam menurunkan berat badan tetapi berjaya memperkenalkan saya dengan kumpulan masyarakat yang senasib dengan saya yang mana pada hari ini mereka telah jadi rakan dan sahabat seperjuangan yang sentiasa menyokong aktiviti fitness saya, terima kasih.

Pengalaman Membantu dalam Menguruskan Program JK1M

Saya telah mendapat peluang dan kepercayaan untuk membantu dalam mengendalikan program JK1M kawasan Ipoh untuk dua musim beruturut-turut iaitu musim ke 6 dan ke 7 di bawah bimbingan team leader M.Shazally atau lebih dikenali dengan panggilan TZ. Dari situ banyak pengalaman telah saya pelajari dalam membantu peserta-peserta yang senasib dengan saya dahulu.

Pengalaman menjadi Team Leader Kampar

Sekarang giliran saya pula ingin membantu sesiapa sahaja yang bermasalah dalam berat badan. Bermula dari JK1M musim ke 8, saya telah dilantik menjadi team leader kawasan Kampar, Perak dan kali ini sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh cikgu Kevin Zahri untuk meneruskan misi untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah berat badan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana saya berjaya turunkan berat badan dari 76.5 kg kepada 46.3 kg dalam masa hampir 6 bulan dan berjaya kekal aktif sehingga ke hari ini, sila daftar di bawah saya dengan segera.

Jumpa anda di JK1M9 nanti!!!

Q Di manakah aktiviti akan dijalankan?

Biasanya aktiviti akan dijalankan sekitar Kampar, Namun, ia bergantung juga pada jenis aktiviti yang telah dirancang yang mana kadang-kala memerlukan peserta menjalankankan aktiviti di luar Kampar.

Q Saya ada anak-anak kecil. Bolehkah saya bawa bersama semasa aktiviti?

Peserta bebas untuk membawa anak-anak semasa aktiviti senaman biasa dilakukan. Namun, peserta tidak digalakkan untuk membawa anak-anak jika melibatkan aktiviti yang agak lasak seperti hiking kerana dikhuatiri tentang keselamatan peserta dan anak-anak semasa aktiviti dijalankan.

Q Bilakah selalunya latihan akan diadakan?

Aktiviti wajib akan dilaksanakan pada sebelah pagi hujung minggu berserta timbang wajib mingguan. Manakala, aktiviti sampingan atau tambahan diadakan pada setiap malam kecuali hari Isnin dan Khamis. Namun, segala perubahan akan dimaklumkan kemudian pada para peserta.

10 Reviews for Aida Ismail

syiedazim86

13 Reviews

cerita yang sangat simple

3/ 5

penceritaan pengalaman tl yang simple dan biasa2 sahaja.

Owner Response

Terima kasih atas teguran saudari/saudara. Saya telah perbaiki catatan profil saya. Segala maklumat secara keseluruhan tentang pengalaman saya telah saya perincikan. Harap saudari/saudara dapat baca dan beri maklum balas semula agar dapat saya perbaiki lagi. Terima kasih.

syafikha59

13 Reviews

Nice experience

4/ 5

Dari peserta kepada TL. Semoga terus menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana. Teruskan usaha anda and all the best.

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas review sis. Saya juga berhadap dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dalam proses menurunkan berat badan. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan saya dalam membantu peserta-peserta JK1M9 nanti, inshaallah.

m.shazally211

1 Reviews

IronLady

5/ 5

Dari seorang obes, boleh berubah kepada shape sekarang, berusaha dari kampar ke ipoh setiap hari untuk berusaha dgn peserta yg lain sehingga berjaya seperti sekarang. Memang layak sebagai TL untuk bantu peserta lain di Daerah Kampar dan sekitarnya Kini warga Kampar beruntung ada TL yg sgt berdedikasi untuk membantu peserta capai impian berubah kepada gaya hidup yg lebih sihat dan lebih ringan. Saluteeeee. … sis Aida

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih Tz atas sokongan dan segala tunjuk ajar. Jom kita sama-sama terus membantu golongan senasib dengan kita dulu. Mudah-mudahan usaha kita diberkati.

fairuzillah474723

1 Reviews

Best ever TL 💪🏻

5/ 5

Cikgu aida yang sempoi. Memang details orangnya. Ambik berat terhadap setiap peserta. Seorang yang pemurah dengan ilmu. akan jaga semua anak buah untuk mencapai berat impian. Kak aida the best TL ever! serius. Daripada nothing sampai laa kita tahu setiap step untuk workout yang betul. kak aida akan pastikan setiap anak buahnya mendapat berat yang diimpikan. tak pernah putus kata semangat dari dia. walaupun dah habis jkm8. kak aida still tak lokek dengan ilmu. 💪🏻💪🏻💪🏻 kenapa saya tahu semua ni? sebab saya sendiri bekas peserta kak aida. jkm9 kita jumpa lagi. inshaallah 😍😘

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas sokongan sis. Mudahan-mudahan impian kita semua untuk memiliki bentuk badan idaman tercapai. Teruskan menyokong saya dan team kampar/team aida ye.

illyana584712

1 Reviews

Semua wanita y berkeluarga boleh kurus semula

5/ 5

Sy bekas peserta jk1m bersama tl Aida, selepas menyertai team ini memberi sy peluang utk tampil penuh yakin diri. TL y sentiasa menggalakkan sy terus bersenam walaupun beranak kecil.lokasi latihan membolehkan ibu2 membawa anak bersama utk bersenam.ibu2 bersenam anak2 berkelah.teknik2 senaman y power, siap boleh bersenam dgn anak.so,adik2 kakak2,auntie2 jom join,jgn biarkan mslh kegemukan menghantui hidup anda.abg2 pun boleh support wife utk jd lansing dan sihat kembali. Tenang bersenam bila anak ada depan mata

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas sokongan sis. Mudahan-mudahan impian kita semua untuk memiliki bentuk badan idaman tercapai. Teruskan menyokong saya dan team kampar/team aida ye.

VivianaFoong32

1 Reviews

Jiwa mau kental

Tl aida.. Cikgu yg terbaik… JIWA MAU kental.. Ayat ini la kami pegang…sampai la kami dapat berat yang kami diimpikan… Cikgu sangat sangat menjaga kami..usaha kan kami.. Sampai kami berjaya.. Kami dr zero… Sampai boleh buat semua nya… Bila kami down… Cikgu tk putus semangat… Bagi kami semngat lagi… Terima kasih sangat pade cikgu aida… Kami dpat berat yang kami impikan…. Saya berjaya… saya bekas dari jklm8…jklm9..ktew jumpa lagi cikgu aida ye.. Orng nya dah la cantik.. Comel molek pulak tu..

Owner Response

Terima kasih atas sokongan sis. Mudahan-mudahan impian kita semua untuk memiliki bentuk badan idaman tercapai. Teruskan menyokong saya dan team kampar/team aida ye.

71

1 Reviews

Semangat dn usaha paling penting kene ada..nk hidup sihat,kene usaha

5/ 5

Sye dri team aida..TL aida yg bnyak mengajar tanpa jemu..hari2 Bg semangat dn tunjuk ajar cara pemakanan yg betul,dn senaman yg tepat.. Dari zero,sampai kami memiliki stamina yg saya sendiri xyakin yg saya boleh buat..dn bukan saya sahaja,Tp semua ahli2 team aida..dn kami mencapai target berat yg kami inginkan! Pengalaman yg sungguh indah..dn bnyak ilmu yang saya peroleh dari TL AIDA.. Terima kasih kak aida..love u so much! Ilmu ini xakan saya sia2kn.. Kami boleh..anda juga pasti bolehhh

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas sokongan sis. Mudahan-mudahan impian kita semua untuk memiliki bentuk badan idaman tercapai. Teruskan menyokong saya dan team kampar/team aida ye.

isa.abdullah56

10 Reviews

Tahniah Team Leader Kampar!

5/ 5

Kepada warga Kampar! anda cukup bertuah kerana mempunyai team leader berwibawa, tidak mengenal penat lelah sangat berdedikasi terhadap anak-anak buahnya. Team Leader Aida merupakan Naib Juara Kebangsaan J1KM musim ke-4! Kini giliran beliau membantu anda di daerah kampar dan sekitarnya yang bermasalah dalam berat badan. Jom cergas, sihat, langsing dengan ilmu tanpa perlu berlapar!

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih Coach Isa kerana sentiasa beri sokongan serta tunjuk ajar. CI memang banyak membantu saya dan seluruhan team leader Perak dalam mengendalikan program hebat JK1M ni. Mudah-mudahan segala usaha kita untuk membantu golongan yang senasib dengan kita dulu diberkati.

psssks58

1 Reviews

TL hebat

Pemilihan TL yang tepat sememangnya penting dalam memastikan impian kita untuk memperolehi berat badan idaman tercapai. Saya bekas pserta jk1m7 & jk1m8. Semasa jk1m7 (TL yang lain), saya hanya mampu turunkan berat badan sbyk 5kg. Tetapi bila bersama jk1m8, dibawah bimbingan TL Aida Ismail, saya berjaya turunkan berat bdn hampir 10kg!! Panduan & tips (pemakanan & senaman), kata2 semangat tidak pernah putus diberikan. Setiap kemusykilan/ pertanyaan anak buahnya dijawab dengan penerangan yg cukup jelas. Nak body cantik macam TL Aida atau mcm JLo? Jom sertai JK1M8 Team Kampar bersama TL Aida Ismail. Kita akan ketahui apakah rahsianya…

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas songbook sis. Mudahan-mudahan impian kita semua untuk memiliki bentuk badan idaman tercapai. Teruskan menyokong saya dan team kampar/team aida ye.

puteri_misha8921

1 Reviews

Nampak keikhlasannye.. 😊

5/ 5

Hatinya sgt ikhlas semasa membantu.. xlokek untuk share sume ilmu yg beliau dpt.. tq kak aida.. we love u! 😘

Was this review ...?

Owner Response

Terima kasih atas sokongan Misha....love u too

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 280
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Additional Program Notes:Perubahan aktiviti mungkin berlaku dari semasa ke semasa bergantung pada situasi dan cuaca. serta jika ada sesi penggabungan aktiviti dengan kawasan lain.
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Kental Menerjah Gua
  • Aktiviti Minggu 5:Kejo Jangan Tak Kejo
  • Aktiviti Minggu 4:Moh Manjat Kome
  • Aktiviti Minggu 3:Fitto Dance Challenge
  • Aktiviti Minggu 2:HIIT dan Tabata
  • Activity Minggu 1:Fitness Test dan Senaman Ringan ( memperkenalkan jenis-jenis senaman )