Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya, Ainul Syafikha atau lebih mesra disapa Ainul. Berusia 28 tahun dan merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang fisioterapi. Sekarang berkhidmat sebagai pengajar di salah sebuah IPT di Malaysia.

Saya tahu ramai yang mengalami masalah berat badan dalam pada kita sibuk mengejar dateline kerja seharian. Tiada masa, makanan tidak seimbang, tekanan merupakan faktor utama yang menyebabkan berat badan meningkat secara tidak terkawal. Saya juga seperti anda pernah mengalami masalah berat badan berlebihan. Hampir 2 tahun saya membiarkan diri saya dalam keadaan sedemikian. Pengambilan makanan yang tidak terkawal dan tidak seimbang serta terlalu malas untuk bersenam menyebabkan berat badan saya naik mendadak. Bayangkan dengan ketinggian cuma 150cm tapi berat anda mencecah 60kg.

Jadi apa turning point yang membuatkan saya berubah? It all start with you. Ya kesedaran dalam diri saya sendiri. Apabila saya mendapati semuanya menjadi semakin sukar untuk saya. Cepat penat bila menaiki tangga atau berjalan jauh, dan yang paling stress adalah banyak pakaian yang dah tak muat. Jadi 1 hari saya beritahu diri saya supaya saya perlu mengubah cara hidup saya daripada sedentary lifestyle kepada healthy lifestyle. Untuk bermula tidak sukar tapi untuk konsisten itu yang mencabar, jadi bagi memastikan saya konsisten saya mendaftarkan diri saya untuk aktivit larian setiap bulan. Pada mulanya untuk menamatkan 5km pun terasa sangat sukar. So for me to keep running I need to keep training. Disebabkan motivasi itu saya berjaya menurunkan 10kg dalam masa 10 bulan tanpa bantuan fat burner atau produk kurus lain, saya juga tidak mengamalkan diet yang terlampau ketat. Kini saya tidak mempunyai masalah untuk menghabiskan larian 21km dan berat badan saya sentiasa konsisten.

Memandangkan saya sendiri merupakan seorang ahli fisioterapi, jadi tidak menjadi masalah untuk saya mereka bentuk sistem latihan saya sendiri. Saya bersedia membantu anda di luar sana bagi mendapatkan berat badan yang ideal dan menjalani aktiviti seharian yang lebih sihat.

Jangan rasa malu, rendah diri atau kurang keyakinan jika ingin berubah, nothing is too late. Saya dan rakan- rakan lain sentiasa bersedia bagi membantu anda.

Q Saya kurang keyakinan dan malu untuk menyertai program kerana tiada kawan.

Jangan risau, dengan menyertai program ini anda akan mendapat ramai kenalan baru yang mempunyai masalah yang sama seperti anda. Saya bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat yang anda inginkan.

Q Adakah hari, masa dan aktivit adalah tetap?

Masa dan hari adalah cadangan program sahaja. Sebarang perubahan boleh dibincang bersama peserta- peserta lain.

Q Saya berminat, bagaimana untuk mendaftar.

Untuk mendaftar boleh layari laman web jk1m9.com atau hubungi saya melalui whatsapp di 013-2579459

Q Selain workout, adakah bimbingan pemakanan dan gaya hidup juga diberikan?

Ya, saya akan sediakan bimbingan pemakanan sihat, aktiviti - aktiviti yang bersesuaian untuk gaya hidup sihat dan nasihat untuk recovery selepas senaman.

Q Bilakah aktiviti senaman akan dijalankan

Aktiviti akan dijalankan 3 kali seminggu iaitu pada hari selasa, khamis dan sabtu. Aktiviti pada hari selasa dan khamis dijalankan pada sebelah malam manakalaaktiviti pada hari sabtu dijalankan pada sesi pagi.

4 Reviews for Ainul Syafikha

azizuladdhar11

4 Reviews

Coach yg terbaik

4/ 5

Ok guys. If korang nak join senaman ni sila lah register dengan coach ni. Beliau ni lecturer physio kat UniKL. So ble lah ajar korang pasal muscle semua n ajo korang mcm mana exercise yang terbaik. So dont wait hah.

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

Wowww physioteraphy

5/ 5

Terbaikk cik ainul, ada keistimewaan khasnya fisioterapy.. Serta mempunyai pemgalaman dr diri sndiri yg obesity satu ketika dulu.. Boleh berkongsi juga pengalaman pd peserta2 beliau dan kini telah transform dirinya menjadi seorang yg bergiat aktif dan sihat.. Fisioterapy course adalah satu bonus kepada bakal2 peserta anda.. Tahniah tl taiping!!!

Was this review ...?

norjumawatisabran48

2 Reviews

Physiotherapist yang berpengalaman

5/ 5

Ayuh!! warga taiping. Seorng TL yang berpengalaman dalam bidang fisioterapi. Satu bonus utk peserta yang menyertai program under coach Ainul 🖒

Was this review ...?

caen_shahrin

2 Reviews

very helpful and kind TL

5/ 5

warga taiping jangan lepaskan peluang untuk berguru dengan TL ainul..kerana beliau mempunyai kemahiran yang hebat tentang training plan..tanpa training program yang betul..kita takkan dapat result yg baik..percaya lah…

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Group workout, tabata, hiking
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Workout session, tabata, brisk walking
  • Activity Minggu 1:Timbangan awal, pelan pemakanan, endurance test
  • Aktiviti Minggu 5:Workout session, zumba, 7km run
  • Aktiviti Minggu 6:Final workout, timbangan akhir, endurance test
  • Aktiviti Minggu 3:Workout session, aerodance, LSD
  • Additional Program Notes:Hiking bukit larut, TRR Brooks Run (taiping)