Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Muhammad Asyraf bin Nanwi dan berusia 22 tahun. Saya merupakan graduan Diploma Sains Sukan dan Rekreasi dari UiTM Shah Alam. Saya turut melibatkan diri dalam bidang bolasepak dan banyak mewakili negeri Pulau Pinang dan pasukan UITM FC.

Sebelum menyertai program ini saya telah berkhidmat sebagai personal trainer bagi Syarikat The Panda’s Crossfit selama setahun. Kami menjalankan aktiviti crossfit di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Kompleks PKNS, Astro All Asia Broadcast Centre, Kompleks Mahkamah serta taman-taman perumahan. Rata-rata peserta menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh untuk mengubah diri masing-masing.

Ini adalah pertama kali saya menguruskan program Jom Kurus 1 Malaysia dan memilih untuk menjadi ketua pasukan bagi kawasan Kelawai untuk berkongsi berkenaan aspek pemakanan yang sihat, aktiviti serta senaman yang mendatangkan hasil kepada tubuh badan kita.

Saya akan bersama sama anda bagi melaksanakan misi kurus kita ini!

Dalam tempoh program selama 6 minggu ini, komitmen daripada semua peserta adalah sangat penting. Ini kerana kunci untuk sihat, kurus, sado dan apa sahaja yg anda idamkan adalah melibatkan disiplin yg tinggi dan sifat tidak mudah putus asa.

Oleh kerana 70% daripada penurunan berat badan datangnya daripada pemakanan, semua peserta turut akan diajar cara pemakanan yang seimbang untuk menurunkan berat badan. Ramai yang kurang tahu akan pentingnya pemakanan yang sihat dan bukan hanya bergantung kepada senaman semata mata.

Berikut merupakan jadual dan tempat latihan akan dijalankan :
Masa :-
Selasa: 8.30 pm-10.00pm
Sabtu: 8.30am-10.00am
Ahad: 8.30am-10.00am

Tempat :-
-Taman Belia
-Waterfall
-Padang polo
-Padang Jalan Scott
-Strait Quay
(tempat akan dimaklumkan dari masa ke masa bergantung kepada aktiviti)

Aktiviti yang akan dijalankan seperti:-
• Weight Gain And Weight Loss Training
• Strength and Endurance Training
• Circuit Training
• Zumba
• Interval Training
• Beach Training
• Fun Game
• Fun Run
• Core Balance And Flexibility Training
• General Fitness Training
• Boot Camp
• Team Workout Training
• Eatfit Guide(Nutrition Guide)

Dan bermacam lagi aktiviti dan tips yang saya akan kongsi bersama dengan anda semua sepanjang program ini dilaksanakan. Saya janji kita akan sama-sama berusaha sehabis baik untuk melakukan perubahan ke atas diri kita masing-masing dan sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.

Mari bersama saya untuk kekal sihat dan kurus serta dapat kita eratkan lagi silaturahim sesama peserta 🙂

FITNESS IS NOT ABOUT BEING BETTER THAT SOMEONE ELSE,
IT’S ABOUT BEING BETTER THAN YOU USED TO BE! 🙂

Q Saya berminat nak join. Macam mana ?

Just pm me at 017-5627323. I'll show u how.

Q Sesi setiap hari apa dan di mana?

Sesi kita akan adakan setiap hari Sabtu dan Ahad pagi. Bermula jam 8.00 pagi. Aktiviti akan dijalankan di taman belia, waterfall, padang scott road atau padang polo

Q Saya kerja hari Sabtu, ada masa yang boleh datang, ada masa tak boleh datang. Macamana tu?

Okay untuk kes macam ni, kita akan buat extra class untuk yg tak dpt hadir pada hari yg tertentu. Jadi kalau tak dapat datang hari Sabtu atas urusan kerja dan kcemasan, boleh datang kelas ganti pada hari lain.

Q Sesuai tak untuk beginners ?

Sangat sesuai untuk beginners. Slow slow kita belajar lama2 jadi expert 🙂

Q Berapa yuran penyertaan ?

Yuran penyertaan ialah RM300 sahaja untuk program selama 6 minggu.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:HIKING
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:ADVANCE WORKOUT
  • Activity Minggu 1:BASIC WORKOUT
  • Aktiviti Minggu 5:BEACH TRAINING
  • Aktiviti Minggu 6:TABATA WORKOUT
  • Aktiviti Minggu 3:ZUMBA