Hai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Siputeh, Perak. Saya Azim Zahied berasal dari Parit, Perak dan berumur 34 tahun. Alhamdulilah saya di amanahkan untuk memikul tanggungjawab menjadi Team Leader Jom Kurus Satu Malaysia kawasan Siputeh, Perak pada musim ke 9 ini.

Platform saya dalam bidang Fitness ini bermula apabila saya menjadi peserta Jom Kurus 1 Malaysia season ke 2 di Ipoh di bawah pimpinan Cip Adly Cekod, sekaligus saya di nobatkan menjadi Naib Juara kebangsaan Musim Kedua.

Pada masa saya menjadi peserta, berat badan saya di tahap Obesity yang mempunyai berat badan sebanyak 102kg. Sepanjang Program Jom Kurus musim 2 berlangsung, saya telah diajar teknik teknik senaman dan memahami konsep defisit Kalori intake dalam bab pemakanan. Maka dari situlah saya dapat mengurangkan berat badan saya sebanyak 25kg hanya untuk 6 minggu.

Sebelum saya menjadi peserta program Jom Kurus ini, saya seorang yang berbadan besar, mudah letih dalam melakukan senaman, tiada keyakinan diri, serta paling sedih apabila saya mendapat penyakit darah tinggi walaupun di usia masih muda.

Saya juga peminat tegar makanan “fast food “, dan agak malas untuk bersenam sedangkan pada waktu di sekolah menengah saya adalah seorang yang aktif dan ahli sukan yang berjaya sekaligus mewakili daerah untuk acara olahraga semasa di waktu sekolah menengah.

Punca berat badan saya naik dengan mendadak apabila telah berumahtangga, tanpa sedari , menjadikan saya seorang obesity.

Jk1m ini telah banyak menyedarkan saya dari mimpi ngeri selama ini , sekaligus menjadikan platform untuk saya kembali bergiat aktif dan saya telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 25kg dan kini saya adalah seorang Jurulatih kecergasan di Pusat Kecergasan Fitness milik saya. Alhamdulilah dengan program berat badan yang saya telah anjurkan since tahun 2014, saya telah membantu peserta peserta saya untuk meringan kan bumi ini serta bergiat aktif dan hidup dengan gaya yang sihat.

Untuk anda yang berada di kawasan Siputeh atau berdekatan, Jom bersama sama saya untuk cabar diri korang selama 6 minggu ini, mempelajari teknik senaman yang betul, mempelajari kiraan kalori dan pengambilan kalori setiap keperluan badan masing-masing serta yakin pada diri sendiri yang korang juga mampu untuk melawan obesity!

Saya akan membantu anda untuk mencapai target anda dalam journey menguruskan badan ini serta membimbing anda agar sentiasa yakin pada diri bahawa dalam dunia ini, tiada yang mustahil.. Jom transformkan diri anda!!

Jadikan diri anda sebagai ikon kepada keluarga anda dan orang yang anda sayangi bahawa hidup ini tiada yang mustahil melainkan diri kita sahaja yang mampu mengubah untuk hidup dalam keadaan yang sihat dan aktif.

Saya coach Azim Zahied sedia membantu anda warga Siputeh dan saya akan aturkan aktiviti aktiviti yang menarik mengikut kesesuaian peserta peserta saya, dan tak lupa juga anda berpeluang berjumpa dengan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri. Stay Tuned warga Siputeh..

4 Reviews for Azim Zahied

isa.abdullah56

10 Reviews

Tahniah Team Leader Siputeh!

5/ 5

Jom warga Siputeh pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang 6 minggu dan berpeluang berjumpa dengan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri. Bersama sama saya untuk cabar diri belajar teknik senaman yang betul, kiraan kalori , serta amalan pemakan tanpa berlapar – makan 5-6 kali sehari pada portion yg kecil.

Was this review ...?

syafikha59

13 Reviews

Inspirasi kejayaan

5/ 5

Great experience and knowledge dalam bidang kecergasan. Sumber inspirasi kepada semua yang ingin menjalani gaya hidup yang lebih baik. Beliau juga membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dengan usaha yang berterusan. Good job bro azim.

Was this review ...?

azizuladdhar11

4 Reviews

Org seputeh kena join

4/ 5

Hi guys! If korang nak tahu area siputeh pun sekarang ada JK1M yea. Register sekarang sblm penuh

Was this review ...?

norjumawatisabran48

2 Reviews

Ikon TL Seputeh yang awesome

5/ 5

Woww!!! Hebat TL Seputeh ni. Sangat terinspirasi dan termotivasi dengan kejayaan beliau. Jom warga Seputeh, apa tunggu lagi 😆

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:Program tambahan seperti Burble Ball di Extreme Park, Wall Climbing and Master Jump
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Dodgeball, Boothcamp and Body Combact
  • Aktiviti Minggu 5:circuit Training, crossfit training and Aerodance
  • Aktiviti Minggu 4:Hiking, Cardio Kick Boxing and Muaythai Class
  • Aktiviti Minggu 3:Tabata , Hiit and Killer Cardio
  • Aktiviti Minggu 2:Stamina Test, Zumba Fun and Gym Sesions
  • Activity Minggu 1:Kick Off Pengenalan tentang Senaman , sesi pengenalan diri, diet talk, healthy groceries, timbang berat dan gambar before