Bekas peserta saya mesra memanggil saya sebagai Coach Musz.

Menjadi Team Leader sejak dari musim ke 2 Cabaran Jom Kurus sehingga lah kini.
Pernah mengemudi beberapa musim cabaran Jk1m sebagai Head Team Leader Johor

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kecergasan, memiliki pusat senaman yang dikenali sebagai Get Fit79 Fitness Studio di Bandar Seri Alam Masai Johor.

Berpengalaman mengendalikan seminar dan program kecergasan bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Negeri Johor.

Selain dari itu saya juga aktif bekerjasama dengan pihak swasta bagi menjayakan seminar dan program kecergasan. Program terbesar adalah Fitmmhe yang mengambil masa hampir setahun untuk di selesaikan.

Dilantik oleh Impulse Fitness Sdn Bhd sebagai Authorised Dealer (Johor), Impulse Fitness adalah pembekal peralatan gym buat pasukan JDT 1 dan JDT 2.

Mempunyai banyak testimoni kejayaan bekas peserta cabaranjomkurus. Namun kejayaan yang paling bererti kepada saya adalah apabila peserta dapat membantu lebih ramai rakan seperjuangan,ahli keluarga dan insan-insan lain yang memerlukan.

Maaf seandainya anda tidak dapat menyertai saya,
kerana tempat di dalam team saya sangat terhad..

Ilmu yang memandu anda…

Q Dimanakah program jk1m kawasan Bandar Seri Alam di jalankan sepanjang 6 minggu?

Majoriti program akan diadakan di Get Fit79 Fitness Studio beralamat di No 60C Jalan Lembah 19, Bandar Seri Alam, Masai Johor.

Lain-lain aktiviti akan dilakukan mengikut kesesuaian aktiviti dan lokasi di luar Get Fit79 Fitness Studio.

Aktiviti seperti Get Fit79 Beach Boothcamp akan dijalankan di pantai Tg Balau Desaru.

Q Bilakah Hari dan Masa aktiviti dijalankan ?

Aktiviti akan dijalankan pada Hujung minggu sahaja iaitu pada hari
Sabtu pagi (8.00 pagi) dan Ahad Malam (8.30mlm)

Aktiviti juga akan dijalankan pada hari Jumaat pag (8.00pg) secara berselangan minggu.

Pertemuan pada hari jumaat adalah 2 minggu sekali

Aktiviti sebelah malam akan dijalankan di Get Fit79 Fitness Studio Bandar Seri Alam sahaja


Q Berapa lamakah aktiviti di jalankan setiap sesi?

Secara purata setiap aktiviti mengambil masa selama 1 jam pertemuan

Q Bagaimana dengan pengangkutan untuk aktiviti di luar Bandar Seri Alam?

Pengangkutan adalah sendiri atau boleh berkongsi kenderaan dengan peserta lain

Q Jika saya tak pernah melakukan semua aktiviti diatas bagaimana?

Tiada masalah, semua orang bermula dengan tidak tahu. Saya sedia memberi tunjuk ajar, yang penting anda ada semangat ingin mencuba sesuatu yang baru.

Q Saya dah lama tak bersenam.. boleh kah saya join?

Boleh, Tiada masalah.
Apa yang penting adalah anda bersenam atau melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri anda sendiri

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 350
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Get Fit79 Arnold Gym Workout
  • Aktiviti Minggu 5:Get Fit79 Tsunami Beach Boothcamp
  • Aktiviti Minggu 4:Get Fit79 Disco Dancing Party
  • Aktiviti Minggu 3:Get Fit79 Samurai Medicine Ball
  • Aktiviti Minggu 2:Get Fit79 Ninja Battle Rope
  • Activity Minggu 1:Get Fit79 Ice Breaking