as salam n haii semua

Saya shahrin, team leader kawasan seri manjung, lumut dan ayer tawar

Sedikit tentang diri saya… saya berumur 37 tahun..seorang kaitangan awam di Pangkalan TLDM Lumut sebagai pembantu tadbir…saya adalah seorang part time atlet dan sukan kegemaran saya adalah sukan triathlon…selain itu saya juga menyertai acara larian (marathon), adventure race, swimathon dan duathlon

Latar belakang saya

Dulu saya bukanlah seorang yang pentingkan kesihatan..bersukan pun kadang2 jer..kalo ada member ajak bersukan, banyak jer alasan saya bagi utk xjoin diorang..tapi kalo ajak p ngeteh..laju jer saya join..hehe..saya juga adalah seorang perokok tegarpada waktu tu.. akhirnya..sampai lah satu tahap..apabila saya terasa berat badan semakin bertambah..nak bersukan pon dh cepat penat, stamina pun dh mula menurun..seluar pun dh banyak yang xmuat..dan dari situ lah bermulanya titik tolak perubahan dalam diri saya.. alhamdulillah..nasib saya baik..saya di kelilingi kawan2 yang sangat aktif bersukan..dan dari situ saya mula belajar penjagaan diet yang betul, latihan yang teratur dan berterusan..saya melangkah setapak demi setapak mengejar impian saya dan akhirnya saya berjaya mengurangkan berat badan saya..kejayaan paling manis saya berjaya mencatat masa 45min utk jarak 10km dan berjaya menghabiskan renangan di laut bebas sejauh 6.5km dengan catatan masa 2hrs58min..

Sebelum saya bermula dulu..saya pun sama seperti anda semua…banyak persoalan yang bermain di fikiran saya..’boleh ke aku buat nih..?’..’ko kuat..boleh lah buat..’ ‘aku xde masa la nak berlatih..xsempat la’ aku ni gemuk, xlarat nak lari’.. tetapi berbekalkan semangat untuk buktikan pada anak2 dan isteri yang sayapun boleh buat dan berjaya..saya terus berusaha sedaya upaya..berlatih bersama kawan2 pada setiap hari, menjaga diet pemakanan dan akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan dan kehidupan saya semakin aktif.

paling manis..saya telah bebas dari ROKOK..

jommm kawan2 semua..jika anda ingin melakukan perubahan dalam diri anda..marilah sertai saya team JK1M team Lumut, Seri Manjung dan Ayer Tawar..kita akan berlatih dan berusaha bersama2..saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bantu anda semua atasi masalah berat badan dan kita cuba jadikan aktiviti sukan dan riadah ini sebagai satu aktiviti yang menyeronokan dan bukannya satu bebanan..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya..

“anda berusaha..anda berjaya”

Q di manakah tempat latihan akan di jalankan?

latiahan akan diadakan di teluk batik dan kawasan2 yang bersesuaian dengan program latihan

Q jika saya mempunyai masalah kesihatan..adakah saya boleh menyertai program ini?

boleh..tetapi perlu lah dapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.

2 Reviews for Caen Shahrin

syafikha59

13 Reviews

TL yang hebat

5/ 5

Seorang TL yang hebat dan mampu memimpin warga Manjung untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Tahniah bro Caen dah bebas dari rokok dan menjalani gaya hidup yang aktif. Orang2 manjung jgn lepaskan peluang untuk bersama- sama bro Caen.

Was this review ...?

syiedazim86

13 Reviews

Team Leader yg banyak pengalaman

5/ 5

Tahniah bro caen, kerana berjaya melalui fasa “katakan tidak pada rokok” Anda juga seorang ahli sukan yg berjaya . Dan mampu membawa peserta anda berjaya seperti anda.. Good luck tl lumut, bro caen!!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range rm 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:hill hiking, swimming, aerobicthon, gymm session, mini marathon and caving
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - graduation day
  • Aktiviti Minggu 5:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - fat, fit, fittest
  • Aktiviti Minggu 4:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - fitness attack
  • Aktiviti Minggu 3:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - sukaneka gegar lemak
  • Aktiviti Minggu 2:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - jom bakar lemak
  • Activity Minggu 1:latihan isnin-khamis jam 5.30 pm-6.30 pm dan sabtu 7.30 am-11.30am - salam perkenalan