Team Leader Ainal bermula sebagai peserta Jom Kurus 1 Malaysia musim 4 dan musim 5 dibawah bimbingan Coach Elly. Bermula dari program JK1M,beliau semakin aktif menyertai aktiviti-aktiviti dan sebarang program berkaitan kesihatan seperti marathon,trail running dan hiking. Pada musim 6 beliau menjadi team leader dengan harapan untuk berkongsi segala pengalaman dan ilmu-ilmu yang dipelajari semasa bersama sepanjang bersama Coach Elly dan JK1M.

Pada Musim ke 9 ini,beliau memilih kawasan Bukit Mertajam sebagai platform untuk beliau berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membantu warga BM dan berdekatan dari segi pelan pemakanan yang sihat,senaman-senaman mudah pelbagai variasi,dan juga sokongan motivasi untuk kekalkan momentum walaupun setelah habis program. Anda juga berpeluang mempelajari pelbagai resepi sihat yang mudah,sedap dan mengenyangkan serta mampu merubah gaya hidup dan penampilan anda.

Bagi musim ini, sesi latihan akan diadakan 4x seminggu iaitu pada hari Selasa dan Rabu(sesi pagi),Sabtu dan Ahad(sesi pagi). Peserta akan dipantau setiap hari,dan setiap minggu sesi timbangan diadakan untuk memastikan sesi latihan dan pelan pemakanan yang diberi sesuai untuk setiap peserta.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama keluarga Jom Kurus 1 Malaysia dan cipta kejayaan anda sendiri.

Tentang program,
-dijalankan selama 6 minggu,24 sesi,4 kali seminggu dan 1-2 jam setiap sesi
-Log pemakanan,senaman,berat & ukurlilit disediakan dan akan dipantau setiap minggu
-Panduan pemakanan disediakan dan akan dipantau setiap hari 80% pemakanan merupakan proses penting penurunan berat.
-Homework diberikan setiap hari dan dipantau
-Aktiviti-aktiviti mingguan yang menarik seperti Zumba,Fun run,Hiking,sukan indoor seperti badminton,futsal dan lain-lain.

No one can change u but ‘U’

Qualification
Certified Bodyweight Fitness Instructor
CPR(APMM)

Q 1.Dimana lokasi latihan dijalankan?

Tempat latihan utama adalah di Stadium MPSP,jln betek,bm.

Q 2.Hari dan waktu latihan?

Selasa & Rabu 830pagi-930pagi
Sabtu & Ahad 730pagi-930pagi
(Boleh berubah mengikut aktiviti dan lain2 sebab. Boleh dibincangkan nanti)

Q 3.Bolehkah peserta yang mempunyai masalah kesihatan contohnya darah tinggi menyertai program ini?

Boleh.Sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Q Berapakah purata penurunan berat badan sepanjang 6minggu program?

Purata penurunan adalah antara 4-6kg

3 Reviews for Coach Ai

Ainal Syifa

1 Reviews

Jom sertai Team Bukit Mertajam

5/ 5

Nak kurus,nak sihat,nak cantik,nak seksi join #teamBM bersama Coach Ai💪

Was this review ...?

amiezzat50

1 Reviews

Wow

5/ 5

Nak kurus jugak…sy dah obes ni…hahaha

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Final weighing
  • Aktiviti Minggu 5:Outdoor activities(ex:hiking,trekking,bootcamp etc)
  • Aktiviti Minggu 4:Bodyweight training
  • Aktiviti Minggu 3:Circut training
  • Aktiviti Minggu 2:Fitness test
  • Activity Minggu 1:Ice breaking,weighing & measuring,nutrition talk