Checkout Coach Cem – Putrajaya Cyberjaya Watch Video

Mohamad Ashraf Hasim atau lebih dikenali sebagai Coach Cem adalah seorang jurulatih kecergasan yang diiktiraf di Malaysia. Beliau merupakan Cikgu Fitness di dalam program realiti TV Astro Akademi Fantasia dan juga merupakan Icon Trainer didalam program Jom Kurus 1Malaysia bersama Kevin Zahri.

Coach Cem merupakan graduan dari Universiti Kuala Lumpur lepasan Ijazah Sarjana Muda didalam Kejuruteraan Kimia. Beliau memulakan kerjayanya dalam industri Kimia Makanan sebagai Pegawai Latihan & Perundingan dan mendapati kerjaya sebagai seorang jurutera tidak begitu seronok buat beliau dan tidak lama selepas itu membuat keputusan besar untuk berubah hala tuju kerjaya beliau sebagai jurulatih kecergasan.

Coach Cem telah pun mengendalikan program Jom Kurus 1Malaysia ini dari musim pertama sehinggalah musim ke-9 berturut-turut diatas komitmen dan kesungguhan beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berat badan,

Kini beliau juga mempunyai programnya sendiri dan menjadi pengasas untuk Program SCOUTS dimana program kecergasan yang agak sedikit serius bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau menjadi lebih cergas.

Di dalam bidang kecergasan, Coach Cem telah bekerja di setiap aspek disiplin & revolusi kecergasan seperti ; latihan 1:1, latihan berkumpulan & latihan pelbagai fungsi. Coach Cem mempunyai kira-kira 7 tahun pengalaman di dalam arena kecergasan sebagai pelatih & jurulatih di beberapa pusat kecergasan terkemuka di Malaysia seperti Fitness First & Jatomi Fitness.

Beliau juga mempunyai lebih 5 tahun pengalaman & kemahiran pengurusan dan itu menjadikan Coach Cem sangat komited dalam hal-hal pengurusan. Sepanjang tempoh 7 tahun sebagai pelatih & jurulatih, Coach Cem telah berjaya mengendalikan lebih 1000 sesi latihan termasuk; kelas, sesi senaman, seminar dan juga khidmat konsultasi kesemuanya ke arah perubahan fizikal, tingkah laku, motivasi diri dan prestasi di dalam meningkatkan gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.

Coach Cem juga merupakan pakar didalam program-program berikut: –
• Weight Gain & Weight Loss
• Strength & Endurance Training
• Core Balance & Flexibility Training
• Functional & Freestyle Training
• Sports Specific Training
• General Fitness Training
• Corrective Exercise Specialist
• Pregnancy & Post Partum Specialist
• Youth Training Specialist
• Older Adult Training Specialist
• Boot Camp & Team Workout Specialist
• Sport Massage Service
• Muay Thai & Kick Boxing Padding
• EatFit Guide (Nutrition Guide)

Coach Cem mudah disenangi oleh orang ramai memandangkan beliau adalah seorang yang mesra dan periang tetapi Coach Cem sangat cerewet dalam latihan yang diajar, dan yang paling penting, latihannya haruslah berkesan. Dan cara Coach Cem mengendalikan latihannya adalah sangat unik dalam memastikan pengajaran & sesi latihan yang diajar dapat di adaptasi sebaik mungkin oleh peserta-peserta.

Q Saya berminat nak join. Macam mana?

Just pm me at 013-6301490. I'll show u how.

Q Biasanya Putrajaya buat dimana?

Somewhere at Dataran Gemilang depan Kementerian Multimedia.

Q Kalau buat di Cyberjaya pula, kat mana?

Taman Tasik Cyberjaya bersebelahan Majlis Perbandaran Sepang.

Q Umur saya dalam lingkungan 50an (warga emas). Sesuai tak untuk join?

Age is just a number! Pls come & join. Oh, dont forget to bring ur granddaughter too! =)

Q Selalunya program bermula dari pukul berapa ke pukul berapa weekend tu?

Usually call time lebih kurang dalam pukul 730am & we are going to start at 745-8am. Duration session lebih kurang dalam 1-2jam.

Q Dengar cerita Coach Cem ni garang. Yeke? Macam takot je nak join..hehe

Taklah..tak garang pun..garang gegeli je.. =)

Q Saya ada medical history. Boleh enroll?

Yes sure, as long as u know your limits. Contact me at 013-6301490 kita chit chat dulu =)

Q What do can i aspect from this JK9 program?

Well, if u are consistent & show a bit of discipline & commitment..in syaa allah boleh kurus sikit. Sikit je tau..sikit2 lama jd bukit.. =)

23 Reviews for Coach Cem – Putrajaya Cyberjaya

Coach Cem

2 Reviews

Nice program & awesome coach!

4/ 5

Looking forward to join the program in September!

Coach Cem

2 Reviews

Jom join! Gemok2 tak hot lah.. =)

5/ 5

Looking forward to see u guys this September! Take care semua =)

Was this review ...?

sk.jeansbiru26

1 Reviews

My weight loss journey started with Coach Cem!

5/ 5

Tak pernah terfikir I can be what I am now. Everything started with JK1M6 with Coach Cem. He guided us from how to eat..what to eat..when to eat…(paling penting meal plan ni) and buat kita sedar yang nothing is impossible in terms of training. Everything is actually in your mind! Dari berat 78..sampai sekarang up & down along the journey (biasalah tu kan..huhu) and maintain around 64kg..semuanya bermula di sini..tru him juga we built a family who bonded by our passion of maintaining a healthy lifestyle. I can’t thank him enough for this journey! So, apalagi..register now and be the change! Coach Cem mmg awesome! Dia garang manja2 tapi sporting and best! Haha.. serious berbaloi! Do it now or never! =)

Was this review ...?

azizuladdhar

8 Reviews

awesome coach

4/ 5

huge achievement will come with the great coach

Was this review ...?

Kevin Zahri

3 Reviews

Cepat sebelum kawasan Coach Cem penuh

5/ 5

Salah seorang pioneer team leader Jom Kurus dari musim 1 sampai lah sekarang. Setiap musim kawasan Coach Cem pasti antara yang paling positive, bersemangat dan bersatu-padu. If you are staying in Cyberjaya or Ampang, I would highly recommend you join Coach Cem – one of the best weight loss coaches in Malaysia. Period!

Coach Hans

8 Reviews

My Sifu..

5/ 5

Gosh! It has been near to 3 years now that I knew this guy.. It is never made up in my mind, that I will be where am I today, thanx to him. Joined him under JK1M5 Cyberjaya with my fellow Desagat.. I’ve lost 10 kg alone in that 6 weeks! Tremendous and supportive teacher, sifu and mentor.. I owe him, yes… a lot. Been a trainer under him for Scouts program, and now a Team Leader myself.. thanx to him.. What you’ve been waiting for? Just apply and register fast! Or you will regret the rest of your life!!!! GET GOING!

lyzadgk78

5 Reviews

Terbaek lagi gempaq

5/ 5

Tak sangka dalam umur 38 tahun bleh kurus semula.. dari bersize 4xl 5xl now dah boleh sarung size L . Bak kata coach cem dari makcik2 dah nampak skit mcm gadis2 hahaha..😅😅. Nak hasil yang terbaek..carilah coach yang best.. Thanks utk coach cem.. memang terhutang lemak dengan coach yang garang 😜😜 tp awesome..

Was this review ...?

shalinaarif31

1 Reviews

The best coach ever..!

Saya mula kenal Coach Cem berat 95kg..skrg dah 69kg, kalau naik pun setakat 2-3kg..alhamdulillah Saya selalu cakap terima kasih kat dia bila ada kesempatan, tapi dia selalu balas IT IS YOUR EFFORT, SAYA CUMA FACILITATOR.. Tak sebenarnya, pada saya.. beliau merupakan penyumbang besar kepada kejayaan saya menurunkan berat badan.. Coach Cem adalah seorang yang sangat bermotivasi tinggi , berfikiran positif dan sangat fokus. Memang siapa yang kenal atau bermula dengan Coach Cem akan tahu aura trainer yg dimiliki beliau. Saya seru semua sertailah JK1M ni..Coach lain saya tidak kenal tetapi kalau Coach Cem memang terbaik..!!! Saya berani jamin, tiada yang menyesal..

mpogie92

1 Reviews

Boleh percaya ke?

5/ 5

Boleh percaya ke? .. 100% boleh…..mula-mula join rasa macam tak percaya… boleh turun ke berat badan tambahan pula umur pada masa tu dah 45 tahun…tapi at the end of the program berjaya juga menurunkan berat badan hampir 10kg. Coach Cem memang best, knowledge tentang rutin exercise dan pemakanan memang terbaik . Join lah JK1M Coach Cem… memang berbaloi.

Was this review ...?

aherryjay73

1 Reviews

Sapa cakap gemuk is awesome 😜😜😜

5/ 5

Gemuk is awesome !!! Moto hidup selama ni… sampai lah member ajak join jk8 under coach cem … Sebenarnya tak expect pun program ni boleh berjaya sebab saya memang malas nak bersenam and food hunting is my hobby 🤣🤣🤣.. Dalam minggu pertama jk8 bersama coach cem, berat turun 7 kg … 😱😱😱 masa tu baru tahu keberkesanan program ni. Semua tu berkat kesungguhan, motivasi dan ilmu from my #darktallhandsome coach cem .. tq coach cem .. jasamu di kenang .. so sapa yg kata gemuk is awesome, register lah ngan coach cem !!! Hidup anda pasti berubah for better of course 😊😊😊

Was this review ...?

rai_khudri39

2 Reviews

Hendak seribu daya

5/ 5

On one fine day I receive ijdemesej dari coach cem ..akak nak join JK1M saya isikan borang. Wow I cannot resist this?.. . Cikgu datang kepada murid…previously so many atempt done by my friend who is also a coach to convince me to have healthier life style seems to go down the drain. With a whatss up from coachcem , I enrole JK1M8. At 57 , I put a dream to have the old me again. BMI normal, no hypertension and can wear slim fit garment. Coach cem gave all the courage and tolarated my slowness. I am extremely glad and overwhelmed with my transformation. At the end of JK1M8 ,I can do proper jumping jack….so now I kept doing it 100 jj between 7am -7.30am. I started at 82.2 kg and finish the JK1M8 at 74 Goodluk coach cem. To friends my age never too late.join us . #rai#@ heart

Was this review ...?

coach.liez

6 Reviews

Great Coach!

5/ 5

He’s a great coach! In fact, perjalanan saya juga bermula dengan dia ni. Daripada gemok sampai la ni saya jadi one of coaches under his brand.. SCOUTS! Memang korang takkan rugi join team dia.. best tau. So cepat2 daftar sebelum kawasan dia ni full.. Sekejap je penuh kawasan dia ni..

Was this review ...?

coachisrul

9 Reviews

My Idol

5/ 5

My idol Coach Cem ! Banyak bekas peserta yang dapat turunkan berat badan hasil didikan Coach Cem . kebanyakkannya semua turun!Sangat berpengalaman.Coach cem juga sifu saya dalam program SCOUTS. So setakat yang nak turun 5-6 kg tu Coach Cem boleh settle.Program dia santai,korang takkan stress if join under dia. Trust me! And 1 more. korang kena book awal2 dia ni. Selalu full house! So, yang duduk area putrajaya cyberjaya gi je kat Coach cem.Confirm melekat! xx

malayisme04048763

2 Reviews

Wow! Ingatkan poyo

5/ 5

Yes, you are poyo! But that’s your style and to be honest, you are the best in your field! Not just you become coach, but also trainer that will guide and help each time you down and having problems. To lose weight not easy, but with your help, I’m able to do so. Thanks!

drpower7356

1 Reviews

Sapa suruh gemoks

Sapa Suruh Gemoks..Ingat senang ka nak kurus…Hahaaa..Itu adalah kata2 petir Coach Cem waktu JK1M8 sessi latihan. Kami panggil training tu sessi penderaaan. Tapi thats fact..dgn kata2 petir yg bole calar urat jantung & tali usus tu buatkan kami lebih bersemangat.. Rasanye mcm nk tumbuk jer bila kene sergah mcm tu…tapi bukan pada Coach Cem la..lebih kpd diri sendiri sbb terlampau sayangkan lemaks tahap peringkat Phd lah.. Now..itu semua kenangan..sekarang dgn ilmu yg diturunkan ..berjaya merubah kehidupan..Dulu mmg amat benci berlari tapi skrg suka berlari..Setakat ni 2 running event 3km & 5km dah berjaya..Next 10km Apa taknye ..dah ringan..hahaa…So..saya seru kepada sahabats di luar sana di mana mana jua anda berada termasuk di planet matahari..masuklah JK ni..Worth experience. Oh yaa..Coach Cem selalu ckp dia hensem..tapi korangs layankan ajer..jgn melawan..itu derhaka…hahaaa Anyway..thanks to him..berjasa sesgt..Hanya Allah shj yg dapat membalasnyer.. Tq Coach Cem Korangs..pls join JK ni..tak rugi..Dah dah la sayang lelemaks tu..Jgn jadikan diri anda sebagai statistik obesiti yaa.. Kbai.. Abg Ismo Alumni Gemoks Dah Insaf 26/7/2017

ekin0073

1 Reviews

Ingat kan garang, rupanyaaaaa….

5/ 5

Ingat kan garang, rupanya tak. Mula2 join takut gila, last2 coach ni rupanya suara dia je yang bajet bajet garang hahaha. Kalau nak kurus, joinlah coach ni, serious fun haha. Dh join banyak session dgn dia and memang outcome dia positif gila. Plislahh join dia sbb takde coach yg awesome melainkan dia je, kbai.

Was this review ...?

finasyob6

1 Reviews

Superb coach!👍🏿

5/ 5

He’s one of the best coach.. Tegas tapi fun.. Enjoy in doing any exercise under his coaching..

Was this review ...?

sheikh.ezaiddin31

1 Reviews

Kalau nak kuruih, join dia nih..

5/ 5

Malas taip panjang2…tp gua dah hilang 35kg since JK1M8…So,rasa OK ke x Coach Cem ni?? Lu pikir la sendiri….

Was this review ...?

Kapt Black

9 Reviews

Menyampah dengan dia ni.

5/ 5

sy dulu waktu kenal dia badan sy comel gebu je. pastu dia wat sy smpai abis ilang segala yg sy makan. semua tu ribu2 tau kos dia. pastu dia paksa lak sy jd coach Scouts.. pastu jd team leader JK1M lak.. sy rasa korg jgn lah join dengan dia ni.nnt wat korg menyesal xleh pakai baju lama – lama, dah x rasa mcm ade ‘bantal’ kt perut time ikat tali kasut n byk lg simptom lain.. ehhh, mmg nyampah lah.. 🙁

Was this review ...?

azizulmohamad17

1 Reviews

Sampai bila nak gemok

5/ 5

Kalau nak kumpul semua lemak2 yg Coach Cem dah hilangkan mau tenggelam bumi Malaya ni. Aku jer dah 20 kg. Itu dlm masa 6 bulan jer. Mmg korang patut join ngan Coach Cem ni sbb sgt fun. Stress utk lose weight pun x terasa sgt. But yg penting kena komited ok.

Was this review ...?

wackybabe5

1 Reviews

Awesome handsome coach 😁

5/ 5

Start jk1m8 session dengan coach cem, saye pakai saiz XL ok. Susah nak cari baju. Selalu pakai baju org jantan sbb besar. Fitness level ke laut, pusing satu dataran gemilang pun semput mintak nyawa… Bile da dalam session dengan coach, mmg best gile. Dia ajar kite from zero to hero… Makan, exercise semua die bagitau. Despite his busy schedule, he’s still respo ds to our whatsapp if we were asking for advice… He’s inspired people walaupun die selalu keluarkan kate2 sentap “lari tu laju sikit, serius buruk naw tgk korang lari mcm tu” “tuh r sape suruh gemuk” etc etc.. Wpn sakit hati dengar tapi sebab itu lah saya dapat achieve seperti sekarang. Dapat pakai saiz S, seronok sgt bile senang nak cari baju. Sekarang lari 2-3 round tasik cyber, mcm takde hal (eh eh terbelagak plak). Hahaha… Hasil ilmu yg coach berikan at least boleh workout sendiri kt rumah, guide diri sendiri and inshaAllah nak train husband plak. Tq coach, sangat2 terhutang budi dengan coach, hanye Allah yg dapat membalasnyer… So sign up cepat2, klu nak kurus. Sampai bile nak gemuk?

Was this review ...?

marina

8 Reviews

Comfirm korang kurus

5/ 5

Coach cem salah sorang saya punya sifu. Dah lebih 20 kilo lemak saya terbakar sebab join coach cem ni. Sempatla saya jadi pemenang rancangan realiti tv fitness astrobella jom kurus atas bantuan dia. Setakat lemak korang yang 10 kilo tu senang-senang je burn kalau join dia. So cepatla join sebelum korang menyesal full house

Was this review ...?

inamhmd961

1 Reviews

Coach yang macam2 😎

5/ 5

Tu lah coach cem…poyo sikit tapi his method works somehow untuk orang2 yang BMI terlebih2 ni, me la tu. Banyak aktiviti2 menarik with him and I enjoyed them a lot. He knows how to get on your nerves that makes you challenge yourself to prove him wrong kan. Alhamdulillah, I managed to lose 15kg and maintaining it through his guidance etc. I strongly recommended those who wish to live a healthier life to join his program. It worths the money, effort and time spent. These days I run marathon (baru satu jek) and living an active life. Thanks coach, jasamu ku kenang!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM350
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:No
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Futsal Tangan & Lean Makathon
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Panjat Gunung Puchongbalu & Senam Manje2 Sama2
  • Activity Minggu 1:Amek Gambau Besau, Intro & Mana Fitness Kau?
  • Aktiviti Minggu 5:Senaman Mengeja & Sesi Naharom
  • Aktiviti Minggu 6:Hari Penghitungan & Amek Gambau Kurus
  • Aktiviti Minggu 3:Lari Geli2 & Poison Ball
  • Additional Program Notes:Subject to be changed if necessarily due to weather condition & etc