Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua !!!
SELAMAT DATANG TEAM PASIR TUMBOH UNTUK MUSIM KE-9.
Anda akan bersama saya, Coach Fahmiee untuk JOM KURUS MUSIN KE-9 TEAM PASIR TUMBOH.

PROFIL TEAM LEADER
Nama : Muhammad Fahmiee
Umur : 24 Tahun

KELAYAKAN
• Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kejurulatihan)
• OUTRECT Level 1
• Certificate Special Olympics (Fitness Programming for Athletes)

PENGALAMAN
• Atlet Negeri Berbasikal Kelantan
• Pembantu Jurulatih Berbasikal Kelantan
• Berpengalaman 2 Tahun dalam Program Penurunan Berat Badan

PENGENALAN
Saya adalah bekas peserta Jom Kurus musim Ke-7. Kenapa saya menyertai Jom Kurus musim Ke-7? Sebenarnya saya ingin merasai suasana berlatih dalam program Jom Kurus tersebut. Hasilnya satu program yang cukup MENARIK DAN BERSEMANGAT menyebabkan pada musim ini saya terus berhubung dengan Coach Nadia untuk menyertai Team Leader Pasir Tumboh untuk bersama ANDA merealisasikan impian mendapatkan berat badan yang AWESOME !!!! Objektif dalam Jom Kurus saya ingin membantu seramai yang mungkin penduduk Pasir Tumboh untuk merealiasasikan Team Pasir Tumboh sihat, cergas serta menjadi contoh kepada masyarakat luar.

Kenapa ANDA perlu menyertai Team Pasir Tumboh?? Kerana saya akan membantu ANDA merealisasi impian dengan teknik pemakanan yang betul dan rangka latihan yang menarik untuk membakar lemak degil anda. Anda jangan bimbang, saya akan membantu walaupun anda baru pertama kali menyertai program Jom Kurus. Selain itu, pengalaman saya mengendalikan latihan berkumpulan lebih daripada 100 peserta memberi kelebihan dengan pelbagai jenis latihan yang menarik dan yang paling penting tip penurunan berat badan yang cepat. Saya juga bekerja sebagai staf fisioterapi di Kota Bharu yang memberi kelebihan kepada anda untuk saya membantu mengurangkan kecederaan semasa latihan dan kaedah rawatan yang membantu anda sekiranya berlaku kecederaan. Jom sertai Team Pasir Tumboh untuk sama-sama mencapai impian anda.

Come and Join Me !! Fitness and Healtheir is not destination it is a way of life.

Q Tempat Latihan Dan Target Area?

Terbuka untuk seluruh penduduk Pasir Tumboh Dan kawasan yang berdekatan. Tempat Latihan Sekitar kawasan Pasir Tumboh (Berubah mengikut kesesuaian latihan dan keadaan cuaca. Akan dimaklumkan melalui group Whatapps atau selepas latihan)

Q Masa & Kekerapan Latihan?

• Latihan akan dijalankan 2 kali seminggu ( Official ) + 1 kelas latihan tambahan (mengikut persetujuan bersama).

• Tempoh latihan setiap sesi 1 jam 30 minit (bergantung kepada program latihan)

• Hari Jumaat dan Sabtu latihan bermula 5.30 petang – 7.00 petang.

• 1 Kelas Tambahan Isnin atau Rabu bermula 8.30 malam – 10.00 malam (akan dimaklumkan semula)

Q Sesuai Untuk BEGINNER?

Sangat-sangat sesuai kerana Jom Kurus adalah platform terbaik untuk anda memulakan perubahan yang anda idamkan.

Q Adakah akan diajar asas senaman dan penjagaan pemakanan yang betul?

Semestinya. Anda akan diajar asas senaman yang betul dan diet pemakanan yang betul dengan teknik anda tidak perlu berlapar dan tidak perlu bergantung dengan Suppliment dan Ubat Kurus.

Q Bagaimana Serta Tidak Tahu Cara Nak Mendaftar Dan Ingin Mendapat Maklumat Lanjut?

Anda boleh hubungi Coach Fahmiee untuk sebarang pertanyaan melalui Whatapps ataupun call 011-1999 3475…. A-Z saya akan bantu anda.. Jumpa nanti Team Pasir Tumboh.

Q Adakah anda risau dengan kecederaan lama??

Anda jangan bimbang, saya akan bantu anda untuk mengatasi masalah kecederaan semasa bersenam kerana pengalaman saya sebagai fisioterapi memberi kelebihan kepada team Pasir Tumboh.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all