Checkout Coach Kay (ladies only) Watch Video

Hai uols!!!! wanita2 yang ingin sihat dan cergas.

Saya seorang isteri dan mummy kepada 2 orang anak. Kawan-kawan di kalangan saya memanggil saya dengan gelaran SUPERMOM, QUEEN dan macam-macam lagi. Nak tahu sebab apa? selain saya menjalankan tugas dan tanggungjawab di rumah tetapi saya tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk membantu wanita-wanita di luar sana yang ingin kelihatan sihat dan cergas. Jangan sesekali kita gunakan alasan bekeluarga dan mempunyai anak membantutkan usaha untuk cergas. saya akan pastikan anak-anak saya ikut serta walau ke mana jua saya bergerak utk melakukan kecergasan. dan kini anak-anak saya juga turut aktif melakukan aktiviti kecergasan, mereka minat di dalam bidang zumba, badminton, taekwando dan berenang uols.
best kan bila mana kita dapat melahirkan generasi yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Sebelum ini saya di kelilingi dengan kawan-kawan yang kaki makan. Bestkan dapat geng kaki makan, akibatnya saya mengalami kolestrol dan berat badan saya naik sehingga mencecah 70kg… (MAAF gambar tak le nak tunjuk sebab masa tu tak berhijab) hihihih…insya Allah bila kita da bertemu di dalam TEAM KAY SG PETANI saya akan tjuk berat badan saya ketika itu.

Dan kini saya telah mencapai berat saya yang ideal… alhamdulillah… hasil daripada amalan gaya hidup yang sihat dan melakukan aktiviti kecergasan.

Kerna itu lah saya ingin membantu anda bersama saya untuk kekal sihat dan terus aktif. Nak tahu macam mana? saya akan tolong uols cara yang betul untuk menurunkan berat badam dengan ilmu-ilmu yang saya pelajari semasa kursus-kursus kecergasan.

jangan risau uols, saya akan pastikan uols tak keseorangan dalam melakukan aktiviti kerna kita akan sedaya upaya untuk mewujudkan SISTEM KEKELUARGAAN di antara kita. TEAM SG PETANI akan memfokuskan kepada wanita-wanita shaja so tak de la uols nak segan silu bila melakukan aktiviti. tambahan pulak, saya mempunyai pusat kecergasan atau studio kecergasan sendiri (ladies only) ini lah kelebihan bila uols join TEAM SG PETANI sbb bila kita team wanita mudah untuk saya tunjukkan cara-cara aktiviti yang bersesuaian sekiranya anda mempunyai sakit lutut. so tak de lah nak malu kan? kita-kita jer…. jangan risau-risau uols…

memandangkan saya adalah instruktor atau ZIN aquazumba maka inilah aktiviti paling gempak dan sempoi untuk kita melakukannya… arghhh??? tak reti berenang? jangan risau uols, kita aqua zumba bukan berenang tapi melakukan aktiviti kecergasan dengan menggunakan rintangan air….. best gila uols….

KEJAYAAN DALAM BIDANG PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN
………………………………………………………………………………………………………………………………
saya pernah menjadi team leader untuk program jom kurus 1 malaysia #1, dan jom kurus 1 malaysia #2

Rekod kejayaan ketika JOM KURUS 1 MALAYSIA#8 adalah sebanyak 10kg dalam tempoh 6 minggu tanpa mengamalkan sebarang ubatan dan suppliment. best kan uols. setiap masa setiap hari saya akan bersama anda untuk membantu.

TAHAP PENDIDIKAN
……………………………………………………………………………………………………
Ijazah sarjana muda pengurusan kerja sosial dengan kepujian

KELAYAKAN KECERGASAN
…………………………………………………………………………………………………..
Kursus asas kecergasan tahap 1
kursus asas kecergasan tahap 2
kursus asas kecergasan akreditasi
jurulatih zumba
jurulatih aqua zumba
jurulatih sepenuh masa di kay fitness studio

mari lah kita pakat-pakat menjadi masyarakat yang mengamalkan cara hidup sihat dan menjalankan aktiviti kecergasan yang bersesuain.

Jangan tunggu lagi….. Let’s do this!! jika uols nak tahu lebih lanjut boleh direct whatsap kat saya tanpa segan silu yew….
019 4424300

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Q di manakah program ini di jalankan?

sekitar sungai petani,
Kay Fitness Studio, Bandar Laguna Merbok
Swiss Inn Hotel
Bukit H, Taman Semarak
Amanjaya Sport arena
darulaman park

Q adakah program ini terbuka untuk lelaki dan wanita?

program untuk WANITA sahaja

Q sekiranya saya seorang pesakit kencing manis atau darah tinggi, adakah saya layak untuk menyertai aktiviti ini?

boleh tetapi dengan syarat mendapat kebenaran dan rujukan dari pakar perubatan

Q Adakah program ini berbayar

Ya yuran sebanyak rm350 untuk tempoh program selama 6 minggu

Q Boleh ke saya bawak anak kecil ke sesi latihan

boleh tetapi dengan syarat anda menyediakan permainan atau apa sahaja yang boleh menyebabkan mereka tidak mengganggu sesi senaman.

3 Reviews for Coach Kay (ladies only)

ahshakireen51

1 Reviews

Journey of a lifetime

5/ 5

Ticer Kay sgt membantu dalam penjuangan saya menurunkan berat badan. Sentiasa bersemangat dan sangat mengambil berat tentang peserta JK1M sewaktu dalam program dan juga selepas program. Pelbagai teknik pemakanan dan senaman yang betul di ajar sewaktu dalam program. Amat tidak rugi untuk menyertai team TIcer Kay, yang penting class sentiasa happy dan just enjoy the moment menurunkan berat badan.

Was this review ...?

lemansarie62

1 Reviews

Program Yang Membantu Gaya Hidup Sihat

5/ 5

Jk1M8 sangat membantu saya melakukan perubahan terhadap gaya hidup seharian. Daripada makan minum sesuka hati ,saya belajar diet seimbang, senaman yang betul dan sesuai untuk berat dan usia seperti saya. Walaupun usia melewati 50-an saya cabar diri saya untuk sertai program ini dan atas dorongan instruktor serta peserta-peserta lain ,tempoh enam minggu dapat diselesaikan Bimbingan yang berkesan daripada instruktor ‘Teacher Kay’ meningkatkan keyakinan saya untuk terus menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. Melalui program ini saya sedar bahawa kurus bukan matlamat utama tetapi menjadi sihat dan cergas adalah lebih diutamakan. Pengisian program juga cukup baik dan menarik walaupun agak mencabar untuk peserta seberat dan seusia saya. Namun dengan semangat dan dorongan semua saya berjaya melepasinya dan melalui enam minggu yang cukup menarik serta menggembirakan. Enam minggu yang sangat bererti dengan suntikan ilmu dan kekuatan semangat berkumpulan yang bukan sedikit. Terima kasih ‘Teacher Kay’ dan semua. Alamilah enam minggu yang menarik ini untuk anda menikmati hidup sihat cergas sepanjang masa.

Was this review ...?

jannahbasari20

1 Reviews

Tak kenal maka tak CINTA, tak cuba maka tak tahu

5/ 5

Bermula dgn kurang keyakinan diri, sy tidak meletakkan ape2 harapan krn tidak pernah bjaya utk mengurangkan berat . Namun setelah join JK1M team Ticer KAY memberi azam baru utk kurus. Yang Pasti Janji ticer KAY tak kosong! Dengan bimbingan workout y mantop, ilmu pemakanan y detail, galakkan tak pernah putus2, tidak bosan menjawab pertanyaan dan aktiviti y sgt2 happening sehingga tidak sedar transformasi diri kearah y positif. Love u Ticer KAY. Dari ZERO to SuperMak Dari 68kg to 57kg

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM350
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Additional Program Notes:AKTIVITI DI JALANKAN SETIAP SABTU DAN AHAD. SELAIN ITU TAMBAHAN AKTIVITI SETIAP ISNIN DAN RABU
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Dodge ball
  • Aktiviti Minggu 5:strength Training
  • Aktiviti Minggu 4:CIRCUIT TRAINING
  • Aktiviti Minggu 3:Hiking
  • Aktiviti Minggu 2:Aqua zumba
  • Activity Minggu 1:ice breaking, nutrition talk, weight management