Pengenalan
Assalamualaikum rakan rakan semua…Saya Noorsyuhada Md Noor atau lebih mesra dengan panggilan (Schu). Sebelum ini saya seorang yang obes berat hampir 80kg dengan ketinggian 152cm. Rasanya anda boleh bayangkan bagaimana saiz saya. Saya tak pernah kisah tentang saiz badan kerana saya memang berbadan besar sejak kecil.
Namun kesedaran terdetik apabila baju saya sudah ketat sampai hampir terkoyak ketika duduk dan dari situ saya mula tersedar. Saya terus bertekad untuk berubah akhirnya saya telah berjaya menurunkan berat badan sendiri melalui pembelajaran dari rakan rakan gym dan mengikut bahan bahan di internet. Namun kejayaan itu tak kekal lama bila saya berpindah ke Penang. Berat saya mulai naik maklumlah Penang terkenal dengan makanan yang lazat. Gaya hidup saya mula berubah seperti sedia kala, Alhadulillah saya mula tersedar kembali setelah baju baju lama saya mula tidak muat. Saya pasti ramai di kalangan anda juga mengalami masalah yang sama iaitu berat Yo-Yo. Betul tak?
Mulai detik itu saya mula mencari kumpulan untuk bersenam dan telah menemui Sir Kevin Zahri di internet…dari situ perjalanan JK1M saya bermula.

Pengalaman
Saya merupakan bekas peserta JK1M dari musim 1 hingga musim 6. Setiap musim saya akan menyertai tanpa jemu sehingga ada yang hairan sedangkan saya sudah tahu bagaimana untuk turunkan berat badan dengan betul. Ini kerana saya sentiasa dapat belajar pelbagai ilmu kesihatan dan bertemu ramai kenalan baru pada setiap musim.
Rezeki memihak kepada saya dengan berkat usaha gigih, saya merupakan pemenang kawasan Seberang Perai JK1M musim ke-2, ke-3 dan Kepala Batas ke-4. Saya juga berjaya menurunkan hampir 10 kg sepanjang dalam JK. Sepanjang saya bersama keluarga JK1M satu perubahan yang besar dalam hidup telah berlaku, Saya dapat melihat kehidupan dari sudut yang lebih positif untuk terus kekal berjuang menurunkan berat badan bersama rakan rakan yang sama misi.
Sejak menyertai JK1M saya semakin aktif menyertai pelbagai acara sukan seperti marathon 21 km (half Marathon). Saya telah menakluk tertinggi Gunung Kinabalu dan masih aktif dalam aktiviti mendaki.
Saya mampu mewakili syarikat dalam pertandingan badminton ,futsal dan ping pong dengan cawangan seMalaysia. Tindakan positif yang saya ambil dengan menyertai JK1M telah menjadikan impian saya kenyataan. Kalau saya boleh lakukannya, tidak mustahil anda juga boleh kan?

Perkongsian
Berdasarkan pencapaian ini, ramai yang meminta untuk saya membantu mereka. Saya mula terfikir alangkah baiknya pengalaman saya ini dapat dikongsi dengan lebih ramai orang dan mengajar mereka ilmu menurunkan berat badan dengan betul. Lagipon hari ini begitu banyak mitos kesihatan yang dicipta untuk menipu masyarakat. Sehingga ada yang membelanjakan beribu ringgit tetapi tidak mencapai apa yang diharapkan.
Sejak itu saya menjalani latihan ‘crossfit’ dalam mendalami ilmu senaman angkat berat, gymnastik dan regangan. Saya menghadiri beberapa kursus jurulatih untuk menimba lebih banyak ilmu untuk sampaikan kepada rakan rakan yang memerlukannya. Justeru, saya memohon untuk menjadi Team Leader Tasek Gelugor. Kepercayaan yang diberikan oleh Sir Kevin Zahri tidak saya persiakan.

Sertai Saya Anda Pasti Berjaya
Marilah sertai saya kerana saya berpengalaman dan sangat memahami situasi anda kerana saya telah melaluinya. Saya akan mengajar anda cara pemakanan yang sihat dan betul untuk memastikan penurunan berat badan anda kan menjadi lebih cepat. Menu masakan selama 6 minggu akan saya kongsikan supaya anda semua lebih mudah untuk mendapatkan idea dalam penyediaan makanan.
Senaman yang betul dan efektif dalam membantu meningkatkan metabolisma badan anda juga akan diajar serta pelbagai aktiviti menarik akan kita lakukan bersama. Anda akan menikmati pengalaman indah sambil belajar bagaimana untuk menguruskan badan tidak hanya terhad kepada senaman di gym semata. Anda akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik seperti sukan kampung, zumba, body combat, sukan gelanggang seperti badminton dan dodgeball,menndaki bukit, bermain frisbee dan banyak lagi.
Selain itu saya akan sentiasa memantau pemakanan anda demi mendapat penurunan yang lebih banyak dan cepat. Setiap pemenang mingguan kumpulan saya, akan diberikan hadiah galakkan dan komitmen untuk menghargai usaha beliau . Juga untuk yang menyertai saya akan diberikan kelas Neuro Linguistik Program (NLP) secara percuma. Di mana kelas ini akan membantu ada belajar bagaimana anda dapat mengawal minda dan nafsu anda untuk kekal fokus dalam misi Jom Kurus 1 Malaysia dan berkekalan sampai bila bila.

Apa kelebihan yang anda dapat dengan menyertai saya

1. Kelas Neuro Linguistic Program (NLP) percuma dan juga kelas susulan.Kelas ini akan memberi ilmu tentang bagaimana mengawal minda dan nafsu pemakanan kita.
2.Percuma Sehelai Tshirt JKIM9
3.Percuma sebungkus makanan kesihatan QEgranola oat dan kupon diskaun RM 2 untuk pembelian granola seterusnya.
4.Seminar kesihatan dan senaman bersama sifu Kevin Zahri
5.Kelas kecantikan dalaman dan luaran untuk tingkatkan keyakinan diri.
6.Subsidi dinner yang akan diberitahu nilainya kelak.
7. Kelas latihan senaman 4 sesi = 6 jam seminggu. Sangatlah berbaloi
Sabtu dan Ahad 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, Rabu dan Jumaat 8.15 mlm hingga 9.15 mlm. Lokasi utama SMK Kepala Batas.
8.Percuma Ebook kesihatan, pengiraan kalori Kevin Zahri
9.Percuma 6 minggu pelan pemakanan.
10.Hadiah tempat pertama , kedua dan ketiga serta hadiah mingguan, hadiah komitmen dan hadiah kumpulan terbaik.

Kejayaan
Di bawah ialah jumlah peserta dan jumlah berat yang berjaya diturunkan oleh peserta peserta di bawah bimbingan saya.

JK1M 7 – 28 orang
Penurunan keseluruhan – 100 kg

JK1M 8 – 37 orang
Penurunan keseluruhan – 200 kg

Atas permintaan ramai dan tidak mahu mengecewakan keluarga JK saya, kini saya juga mengendalikan program susulan selepas JK1M iaitu Ladies Bootcamp. Lebih 150 peserta sepanjang 4 musim. Sememangnya ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan ,bertambah kuat serta konsisten dalam mengekalkannya. Justeru dengan menyertai saya anda melakukan pemilihan yang tepat sebab banyak kejayaan yang telah tercipta di bawah bimbingan saya. Anda boleh rujuk gambar yang saya sertakan juga di Facebook dan Instagram saya untuk testimonial.

Kelulusan
1. Excercise Instructor dari Fitness Innovation Malaysia (FITM)
2.Jurulatih Sukan Bina Badan Peringkat Kebangsaan (Tahap 1) di bawah KBS
3.Menghadiri kursus Weight Loss Specialist di FITM

Jadi jangan tunggu lagi jika bukan sekarang bila lagi kan ?Daftar sekarang, TEMPAT SANGAT TERHAD. Hubungi saya, Insya Allah anda komited dengan saya, saya komited dengan anda.

Q Di mana tempat latihan ?

SMK Kepala Batas tempat latihan utama

RNR Bagan - tempat latihan sampingan (ikut kesesuaian)


Q Agak Jauh dari rumah saya, bagaimana?

Cari kawasan TL yang berdekatan. Kalau ingin juga di bawah latihan saya..jangan bimbang jauh pasti terasa dekat

Q Bila waktu latihan?

latihan Utama - Sabtu & Ahad - 7.30 pg - 9.30 pg
latihan Tambahan - Selasa/Rabu & Jumaat - 8.15 mlm -9.15 mlm

Q Sesuai tak untuk yang beginner, berumur atau sakit cth ; sakit lutut, asthma ?

Saya ada pembantu dan latihan akan mengikut kesesuaian. Sila maklumkan masalah anda terlebih dahulu

Q Berapa kilo saya boleh turun?

Purata 5 kg ke 10kg, bergantung pada displin pemakanan dan senaman anda . setiap individu kesannya berbeza beza.

7 Reviews for Coach Schu

minsya0368

1 Reviews

Jom sertai JK1M9 Tasek Gelugor Power!!!

5/ 5

Sy merupakan bekas peserta JK1M8 amat berpuas hati dgn bimbingan cik Schu kerana dia dapat meyakitkan saya untuk menurunkan berat badan walaupn program ini hanya berjalan beberapa minggu. Usaha beliau memastikan setiap anak didiknya mencapai target yg sepatutnya.bukan itu saja, yg penting mind set yg beliau terapkan membuka minda saya untuk terus menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat. Dlm program yg lepas sy berjaya menurunkan sebyk 11kg. Nak tau lebih lanjut? Cpt2 daftar dicawangan tasek glugor sebab coach yg satu ni mmg akan membuatkan anda cairkan lemak yg ada spt sy. Luv u coach.

ruslinhaida81

1 Reviews

Great Coach Excellent Motivator

5/ 5

A committed coach and she will go an extra miles to help us achieving our target. Lots of fun activities too such as weighlifting, zumba, tabata, hiking etc. Kurus secara sihat dengan Coach Schu !! Thanks coach for your support and help.

awatifabdsamat29

1 Reviews

Berdedikasi dan bersemangat 💪🏼

5/ 5

Seorang coach yang banyak mengajar bukan saja cara bersukan yang betul tapi juga cara menjaga pemakanan yg sihat dan seimbang, sangat membantu dan memberi semangat utk teruskan usaha menurunkan berat badan. Setiap aktiviti kecergasan yang dilakukan sangat menarik dan pelbagai.

wardahstai22

1 Reviews

The best coach

5/ 5

Dah join schu sejak JK 7, she is my inspiration to do the best for myself. Dari berat kepala 8+ dan turun 6+. It would had never been possible without her guidance and support. Her patience and sincerity in coaching is undeniable..

zahra44943

1 Reviews

Unforgettable Schu

A great coach. There is no exact blueprint for a great coach as each will have their own strengths and weaknesses, but I have to say that Schu is one great coach. She can be lenient but can also provide ‘tough love’. But she respects all those under her. A caring coach, strict but discipline is well communicated – no resentment and conflict – good enough that everyone is challenged to keep that extra fat at bay. Many have lost the unwanted weight with help from all the interesting and fun but high intensity activities carried out, not to mention enlightening advice on nutrition. Great to have known you Schu !!!

Was this review ...?

azian.isa7717

1 Reviews

Tidak sabar menanti JK1M9 bermula…

5/ 5

Selepas beberapa mggu join program LBC dibawah bimbingan coach, saya dapat rasa perubahan kesihatan smakin baik & berkualiti. Dh cuba beberapa kaedah pengurusan, termasuk yg bersauna & hot blenket tetapi tidak sama dengan pengalaman bersama coach ‘kurus secara sihat. Thanks coach, sentiasa bersabar dgn kami.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Additional Program Notes:Program saya akan dibuat mengikut kesesuaian semua saya akan komited dengan anda jika anda komited dengan saya. Di bawah bimbingan saya juga anda kan mendapat satu kelas Neuro Linguistic Programming (NLP). Juga kelas susulan selapas itu apabila menyertai program saya selanjutya. Tujuannya untuk membantu kuatkan diri mengawal minda dan mengawak nafsu makan kita yang maha itu.
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Push your limit... I am Me.. muahh
  • Aktiviti Minggu 5:Back to nature sukaneka.. fun time
  • Aktiviti Minggu 4:Endurance Amazing Race Bootcamp
  • Aktiviti Minggu 3:Slim without Gym, belajar teknik excercise yg simple dan mujarab
  • Aktiviti Minggu 2:Funkercize, move your body, Bina stamina
  • Activity Minggu 1:Suai Kenal, Belajar diet yang betul, pemakanan dan pengiraan kalori