Hi Guys! Nama saya Mohamad Hisyamuddin Siddiq.
Merupakan Jurulatih Weight Loss di kawasan Kuantan.

Berpengalaman selama 3 musim bersama Jom Kurus 1Malaysia ( Musim 6 7 dan 8) bagi kawasan Pekan dan Kuantan. Membantu lebih dari 60 orang peserta menurunkan berat badan dengan panduan yang betul tanpa berlapar. Menarik kan? 😉

Seorang yang sangat tegas. Tegas kerana mahukan anda semua berdisiplin dan sentiasa memberikan komitmen yang penuh sepanjang program berjalan.Tegas dan garang adalah berbeza guys. So, jangan risau. saya tak garang cuma tegas. her her her.

Berkelulusan sebagai :
HIIT Certified Instructor
Resistance Training Specialist

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia turun berat badan dan kekal fit daripada saya.
Sama-sama kita berkongsi ilmu yang bermanfaat dan sama-sama kita capai berat badan ideal .
Apa tunggu lagi? Cepat daftar sementara masih ada kekosongan tempat!

Kejayaan anda adalah Kejayaan saya

Q Dimanakah lokasi program JK1M Kuantan dijalankan selama 6 minggu?

Lokasi program akan dijalankan di sekitar bandar Kuantan iaitu :

Taman Gelora
Teluk Cempedak
SUKPA

Q Bilakah hari dan masa aktiviti dijalankan?

Program akan dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Hari Sabtu program akan bermula pada jam 5pm
Hari Ahad program akan bermula pada jam 8.30am

Q Sesuai tak untuk beginner?

program ini sangat sesuai kepada mereka yang baru sahaja ingin bermula..
Dalam program ini, peserta akan diberikan taklimat mengenai keperluan kalori (kelas kalori), pelan pemakanan dan panduan senaman yang betul.

Q Ada bayaran tambahan ke?

Peserta tidak perlu membayar extra melainkan Team Leader mengadakan sesi tambahan / personal training. Bayaran perlu dipersetujui dahulu.

Q Jika saya tidak pernah melakukan semua aktiviti yang dijalankan bagaimana?

Tiada masalah. Semua orang bermula dengan tidak tahu. Saya sedia memberi tunjuk ajar dan paling penting anda ada semangat untuk ingin mencuba sesuatu yang baru

3 Reviews for Coach Syam

nurulazwa.othman83

1 Reviews

"kemanisan pasti akan dirasai setelah kepahitan dilalui"

5/ 5

Salam & Hi, saya nurul azwa peserta JK1M8. Gambar sebelum dan selepas program JK1M8 drp 72kg – 66kg (6minggu). Sedikit review utk Coach Syam, seorang coach yg very positive and supportive (ya, tegas tetapi baik hati). Paling best, beliau perkenalkan gym or fitness center kpd team kami dan telah reset minda kami, bahawa weight training juga penting utk pengurangan berat badan yg lebih ideal dan menarik (tak terkecuali utk wanita). Beliau sering berkongsi ilmu & pendapat dlm pelan pemakanan harian peserta. Dan yang paling penting, bila dah start join aktiviti dengan coach syam agak susah untuk katakan tidak ataupun mengelat. Selain tu, bnyk success stories setiap kali musim jom kurus bersama beliau. Jadi, siapa yg masih ragu2 lagi, cepat join JK1M9 Kuantan 2 bersama coach syam.

Was this review ...?

haizadzolpani28

1 Reviews

Awesome + Great Coach = Coach Syam 😏

5/ 5

Hi. Saya salah seorang trainee kepada coach syam which is dah terlibat around 2 season dengan coach jk1m7 dan jk1m8. Pengalaman so far terbaik. Ilmu diet paling banyak dikongsi, ilmu utk workout dan yang paling penting kepelbagaian dalam menjalani our weight loss journey utk mengelakkan bosan atau cepat give up. Dia sangat tegas but tegas bertempat la 😒😒 dan juga baik hati 😂😂. So jangan risau nak join kawasan team kuantan2 #teamsyam. So apa tunggu lagi mari ramai2 memeriahkan #teamsyam #kuantan2 and create our own success stories. Gudluck guys 💕💕💕

Was this review ...?

wish.amohdka40

1 Reviews

Journey Is The Words

5/ 5

Salam JK1M. Saya Azmir salah seorang budak gemuk bawah coach syam JK1M7. Semasa dibawah Syam banyak pengalaman dan kenangan kuruskan diri. Kenangan tak dapat lupakan Taman Negara dan ‘Burpees’. Coach syam ini supportive sebab masa kat Tmn Negara ada seorang peserta yg dah give up masa turun dari Bukit Terisek tapi coach syam stay support dia. Bab burpees tu hehhehe mcm tak caya lak. First time belajar burpees tapi syok😂😂😂. Bab workout toksah habaq laa memang tip top dia ajar dgn ilmu betul dan pelbagai jenis senaman spt kardio,, weight training, tabata dan circuit training. Bab makanan memang paling penting dia tekankan. Memang rugi tak grab coach ini dan kita masih berhubung sampai skg walaupun diluar program. Kat sini kita akan dapat ilmu coach support utk kuruskan badan. Really appreciate coach dan rasa bayar tu tak bazir sebab value dia lebih drp itu. Good luck coach dan trainees JK1M9. LETS YOUR JOURNEY MEANINGFUL……….

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Hiking Trails
  • Aktiviti Minggu 5:Superhero Workout
  • Aktiviti Minggu 4:Spartan Training
  • Aktiviti Minggu 3:Gym Class Heroes
  • Aktiviti Minggu 2:Born to Lose Workout
  • Activity Minggu 1:Kick Off JK1M