Coach Eza mengorak langkah awal dalam perjalanan menurunkan berat badan dengan menyertai JK1M musim pertama di bawah bimbingan Coach Elly. Berjaya menurunkan sebanyak 10kg dalam masa 6 minggu, beliau semakin yakin untuk bergiat aktif dalam bidang kesihatan dan kecergasan bermula sebagai mentee kepada Coach Elly. Beliau akan mengikuti sebarang program berkaitan kesihatan dan kecergasan yang dikendalikan Coach Elly dan mempelajari selok belok coaching dan training. Pernah menyertai Program Warrior Bootcamp (Military Workout), Program Quads Functional Training (Athlete Performance) dan Cabaran Zumba 12 Jam Tanpa Henti.

Kini, coach Eza telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya sepenuh masa dan mengendalikan beberapa program persendirian seperti:
• Sexyweight, Sexyweight 2, SexyWeight 3, Sexyweight 4,
• SlimFit (gabungan bersama Coach Linda),
• E&E Journey (gabungan bersama Coach Elly),
• Klinik Trim & Fit (dedikasi kepada staff Hospital Pulau Pinang)
• Munshi Fitness Team (dikalangan guru Sek Men Keb Abdullah Munshi)

Telah mengendalikan JK1M musim ke5 hingga musim ke8, Coach Eza melatih lebih daripada 200 peserta. Sepanjang program, peserta akan didedahkan kepada teknik senaman yang betul dan cara pemakanan yang sihat. Tinggal di Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Syurga Makanan, pemilihan makanan yang betul merupakan cabaran terbesar kepada peserta. Coach Eza akan berkongsi cara untuk menjaga diet yang sihat di samping menikmati makanan dengan kuantiti yang betul.

1 sesi demo masakan akan diadakan sebagai platform bagi para peserta untuk cuba menyediakan makanan yang sihat dan tidak membosankan. Peserta akan diajar teknik untuk mempelbagaikan variasi makanan dengan menggunakan bahan asas yang sama.

Sebagai seorang individu yang pernah mempunyai masalah berat badan berlebihan, Coach Eza sangat memahami masalah yang dihadapi oleh para peserta. Percayalah, segala cabaran yang sedang anda lalui pernah dihadapi dan ditangani oleh Coach Eza. Coach Eza telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 45kg tanpa menggunakan sebarang produk dan masih lagi meneruskan usaha untuk mengurangkan 15-20kg berat badan. Untuk mencapai target ini, Coach Eza memerlukan ahli pasukan yang hebat, iaitu ANDA.

Sesi workout akan diadakan 5 kali seminggu (Ahad-Khamis). Bonus untuk JK1M9, Coach Eza akan mengadakan consultation day setiap Sabtu, di mana peserta akan dibahagikan kepada beberapa slot untuk berbincang tentang cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang program JK1M ini.

(5x Workout Session + 1 Consultation) x 6 minggu = 36 sesi bersama Coach = RM 300
Ilmu yang diperolehi = TAK TERNILAI @ priceless

~I don’t want to walk in front of you, I don’t want to walk behind you, I want to be by your side walking hand in hand and enjoy this journey together~

Sijil :
1. Optimum Nutrition Certification Course
2. Boot Camp Senior Instructor Course and Mentoring Program With Sergeant Ken (FITM)
3. CPR (Kementerian Kesihatan)
4. Training Camp (Quads Functional)
5. Exercise Form Correction
6. Injury Prevention Workshop
7. Weight Loss Specialist (FITM)

Q Di mana sessi latihan di jalankan?

Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban (KBS)
Hari : Isnin,Selasa,Rabu & Khamis (8.30mlm-9.30mlm) Ahad ( 7pagi-10pagi)






Q Sesuai atau tidak saya bawa anak-anak bersama?

Ya, kerana kawasan aktiviti selamat dan sesuai untuk kanak-kanak

Q Kalau saya sertai program ini, dalam masa 6 minggu, berapa kilogram saya boleh turun?

Dengan pemakanan yang betul dan disiplin yang tinggi, secara purata peserta boleh turun sebanyak 5kg hingga 10kg

14 Reviews for Eza

mierateddyy48

1 Reviews

Great and happy experience

4/ 5

She’s very good to guide a beginner to do exercise….have a good attitude…always support and be motivator to trainee….always have idea and give option regarding food and exercise…. #awesomeexperiencewithher #traineejk1m7

Was this review ...?

idahsab25

1 Reviews

The best trainer ever!

5/ 5

Tidak pernah mengecewakan. Sentiasa membimbing anak didik nya hingga berjaya dan membantu dari segala segi aspek. Sentiasa berkongsi ilmu. Dan yang paling penting, beliau sentiasa sabar dengan apa jua karenah anak didik nya untuk memastikan impian mereka tercapai

Was this review ...?

siti.azarolsyaqhis78

1 Reviews

Pengalaman Paling Superb

5/ 5

serius tak rugi masuk JK1M, TAPI rugi kalau tak masuk bawah Coach Eza. One of memorable experience bila masuk JK1M bila kenai ramai kwn2 baru and dapat coach yg sngat memahami,. I do miss training ramai2, coach nampak garang, but tak garang langsung dia ingat semua nama trainee dia, and paling penting coach ajaq kami adalah, DIET tak semestinya makan rumput, tau apa yang kita makan and yang penting keep your lifestyle healthy and do eat clean. Thank You Coach . Much love from me <3 #traineeJk1m8

Was this review ...?

akuafis1554

1 Reviews

She make me fallin in love again!!

5/ 5

Coach Eza sorg soft spoken. Sy dh x aktif hmpir 15thn…… Once i know her she make me fallin in love again dgn hidup aktif ni. Coz dia tahu how to treat her trainee… (tahap seseorng tu xsama tp dia tahu cara nk treat trainee dia) Sentiasa ada ms utk kongsi ilmu xkira masa ok. she always be there for her trainee…. Even dh hbs program dia sudi lg luang ms utk kongsi apa jea yg kita nk tau ttg healthy life ni…. Camner nk bg sado… Ehem ehem…. Dia sudi jea n siap beri dua tiga option to make it easier for her trainee. Dia sudi jea lyn n dgr kerenah km. Training under coach eza mmg ssh utk kita give up! She knows how u feel…. Trs trg ckp ek even dh lama program hbs dia sudi n slalu ada utk sy n spend time utk share anything that i want to know smp ke saat ni…… Tq coach Eza…. Luv u n miss u….. 🐼🐼🐼

Was this review ...?

sarah_diyana70

1 Reviews

Coach berjiwa peserta

5/ 5

It was an amazing experience joining Coach Eza ladies only team… coach customize the workout to each individual… dia tahu kemampuan dan max limit setiap peserta… dalam team ni rasa mcm family… paling penting AMAZING RESULT after 6 weeks journey…!!

Was this review ...?

iyliamizan6

1 Reviews

The main point is YOU!! YEs, its YOU!!

5/ 5

Coach Eza memang seorang yaang sangat berpengalaman dalam membimbing dan mendorong anda mencapai matlamat gaya hidup sihat dan berat badan ideal. Beliau sendiri mempunyai pengalaman peribadi yang sewajarnya dijadikan pedoman dan tauladan kepada kita. She’s very friendly, motivates and inspire. She’ll will help you to loose weight and achieve your goals. We work as a family and remain those friendships till now. ❤️❤️❤️

azeliamohammed68

1 Reviews

Tiada Yang Mustahil…

5/ 5

Pertama kali join JK1M under coach eza satu pengalaman yg cukup baik. Tidak pernah kenal dia sblm ini tetapi semangatnya nak bantu sy loose weight sangat tinggi. Saat sy hampir putus asa coach eza tak pernah give up dgn sy. Terus memberi support. Benar kata org hanya org yg pernah gemuk sahaja faham perasaan org gemuk ni. Jd di mn ada kemahuan tiada apa yg mustahil… Thanks coach eza.

suriati.mohd89

1 Reviews

Kecelaruan bertukar keterujaan…

COACH EZA…seindah nama,semanis pemilik wajahnya..percayalahh..anda semua akan gembira bersamanya. Serius…sesiapa yg berhasrat nk join JK1M wajib cari COACH EZA..segala kecelaruan anda akan lenyap serta merta dan yg ada dlm jiwa anda keterujaan utk mllalui hari2 seterusnya bersama team…dan…menakjubkan anda serta merta akan mempunyai azam yg tinggi utk mnjalani gaya hidup sihat seterusnya tampil dgn wajah baru bila dah kurus cantik… TENSION????…TAK langsung ok!!!…malah anda akan sangat gembira menanti hasilnya… X mmpu buat workout???….x perlu risau..coach akan bimbing anda dengan kaedah terbaik ok.. Percayalahhh…COACH EZA sangat sporting dan saya jamin semua orang akan sangat gembira dengannya…. TQ COACH..I LOVE U…

Was this review ...?

elly_siddiqui81

1 Reviews

Very motivated & dedicated TL!

5/ 5

Seorang yg berdedikasi, highly motivated, mudah berbincang, sentiasa tersenyum. Sentiasa berfikir cara untuk menambah minat peserta dalam mempelbagai aktiviti-aktiviti!! A person that u can always count on when u face difficulties in achieving ur goals! I highly recomend her as ur Coach!

Was this review ...?

dair8275

1 Reviews

THE BESTEST COACH

5/ 5

Coach Eza..seorg yg sgt2 spoting.. you’ll never walk alone liverpool team bilang..dia sorg yg tak akan give up utk train kita org..smua dia jaga..tak rugi jadikan di Coach anda.. Kan Coach.. smua boleh bah kalo Coach..Terbaik..

Was this review ...?

shudeism40

2 Reviews

A FRIEND, A COACH ROLL INTO 1, TO BE BY YOUR SIDE

5/ 5

Someone that will never give up on you, not even when you want to (don’t even dare tell her that for she will be extra attentive to you 🙂 Coach Eza is a success story that will inspire you to be like her, but let you take your own journey. When in training, she will give more than 100% to you. You can count on her to give you extra push and motivation. Her team is always happening and all rounded, from exercise plan, clean eating, active lifestyle, workout buddies – just whatever you need to assist you in your weight loss journey.

Was this review ...?

ncy197639

1 Reviews

coach yg trbaikkk

jk1m sangat2 best …bersama coach eza tak rugi…seorang coach yg brpengalaman…saya berjaya turunkan berat badan 13kg d bawahnya tanpa menggunakan sebarang produk…jom3 join jomkuruss…jom3 pilih coach eza ….

Was this review ...?

ramli.linda99

1 Reviews

A friend, a supporter, a coach

her creative way of exercising gives you idea that you never thought you would do. no words to describe, just register & train under her. insyaallah, open your mind to her coaching, you will be great.

Was this review ...?

sitinoriahs28

2 Reviews

Nothing is impossible…tq coach

5/ 5

Bkn senang nk kuruihhh tnpa pengorbnan,kesungguhan,keazaman n tecer(coach).tq coach eza byk beri tnjuk ajar n nasiht dn semangt.6 minggu dlm jk boleyy lost 9.8 kg…dn jd slh seorg pemnang…besttttkn…..dgn xcise yg santaii2 je….jom rameii2 join jk…n brsama coach eza yg penyabar n baik hati…tqsm coach…waktu brsamamu adlh waktu pling indah buatku…😘😘

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Prison Break (Boot Camp)
  • Aktiviti Minggu 5:Run Baby, Run!! (Fun Run)
  • Aktiviti Minggu 4:Let The Nature Bring Us Together (Jungle Trekking)
  • Aktiviti Minggu 3:Sweat It Out (Circuit Training)
  • Aktiviti Minggu 2:Go Beyond Your Limit (Fitness Test)
  • Activity Minggu 1:Tak Kenal Maka Tak Cinta (Ice Breaking)