Checkout Fadilah Salleh Watch Video

Saya ialah bekas pelajar jurusan Dietetik dari Universiti Sains Malaysia. Selama lebih dari setahun pengalaman saya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, sebagai ‘Junior Dietian’, mengendalikan klien atau pesakit khususnya mereka yang berlebihan berat badan atau obese banyak mengajar saya bahawa cara pemakanan seseorang amat penting bagi mengurangkan berat badan kearah yang sihat selain daripada aktiviti senaman9!

Seseorang itu tidak akan berjaya mengurangkan berat mereka dengan cara berlapar atau makan carbo/protein (lauk-pauk) sahaja. Malah, apa yang terjadi adalah mereka menjadi tidak gembira (murung) tanpa berjaya mengurangkan berat badan mereka!

Mengapa? Badan kita memerlukan carbohydrate, protein serta lemak yang secukupnya berdasarkan keperluan masing-masing supaya segala keperluan metabolism badan dan proses-proses fisiologi di dalam badan berlaku secara optimum!

Malah, lebih buruk lagi, cara pemakanan yang salah tanpa pengetahuan yang betul telah menyebabkan sebilangan pesakit untuk mendapat penyakit yang lebih berbahaya seperti kencing manis, penyakit buah pinggang atau koleterol tinggi. Masalah ini adalah situasi benar yang berlaku oleh kerana cara pemakanan yang salah!

Kepada mereka yang terlalu obese, usah risau! Saya mempunyai beberapa pengalaman dimana berat pesakit saya yang obese (melebih 100 kg) tetapi BERJAYA MENURUNKAN BERATNYA DALAM MASA KURANG DUA BULAN SEBANYAK 20 KG! Bagaimana??? Beliau hanya mengamalkan cara pemakanan dan senaman yang disarankan oleh Dietitian iaitu pemakanan yang seimbang dengan keperluannya dan aktiviti ‘skipping’ selama 5 minit yang dilakukan setiap hari! Mudah bukan?

BERJAYA MENURUNKAN BERATNYA DALAM MASA KURANG DUA BULAN SEBANYAK 20 KG!

Jadi, saya sebagai seorang bekas pelajar Dietetik sangat mengalu-alukan kepada semua yang ingin mengurangkan berat badan mereka secara sihat melalui cara pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Saya sangat gembira dan berbesar hati untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya selama ini supaya kita beramai-ramai berubah kearah kehidupan yang sihat! Saya akan membantu anda! Semua boleh sihat!

Jom Kurus! Jom Fit! Jom Sihat!

Q Hari dan masa program?

Setiap sabtu dan ahad. Pada pukul 9.00 pg hingga 11.30 pg (boleh diubah mengikut kehendak peserta)

Q Umur berapa yang sesuai menyertai program?

Semua range umur sesuai dan amat digalakkan!

Q Bolehkah peserta yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi etc untuk sertai program?

Boleh. Cara pemakanan dan aktiviti senaman akan disarankan mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Q Dimanakah program akan dilaksanakan?

Di dewan dan padang sekolah (sekolah mana akan diupdate dari masa ke semasa)

Q Sesuai kah untuk beginners?

Beginners sangat sesuai dan amatlah dialu-alukan!

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Additional Program Notes:Sesi senaman dilakukan 2x seminggu atau lebih mengikut kehendak peserta
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Lose Weight, Feel Great!
  • Aktiviti Minggu 5:Challenge Yourself to Be More!
  • Aktiviti Minggu 4:Aerobik untuk Si Warrior!
  • Aktiviti Minggu 3:Empower Yourself!
  • Aktiviti Minggu 2:Sihatkah gaya hidup anda??
  • Activity Minggu 1:Jom Sihat! Jom Fit!