Assalamualaikum semua… HYE!!!

Finn merupakan bekas peserta JK1M musim 7. Memiliki berat badan yang obese semenjak dari kecil gara-gara ibu merupakan peniaga makanan. Pada tahun 2015 berat fina mencecah 90kg. Dengan ketinggian 151cm sudah tentulah finn kelihatan sangat gemuk terutamanya bahagian bawah badan. Bertambah stress bila perlu beli baju dikedai,tidak ada saiz yang bersesuaian, kalau jumpa pun tangan dan kain sangat labuh . Bila berjalan terasa mengah dan sakit sakit kaki. Sudah tentu lah finn tak mampu nak melakukan apa-apa aktiviti fizikal pada masa itu.

Kesedaran untuk kurus tu ada, tetapi finn tak tahu cara dan tiada sokongan dari kawan-kawan sekeliling. Tambahan pula, bila melakukan senaman berseorangan terasa sangat bosan dan cepat putus asa.

Sehinggalah finn dipertemukan dengan kawan-kawan yang mempunyai misi yang sama untuk menurunkan berat badan. kami seringkali berjumpa untuk melakukan senaman dan berbincang mengenai pemakanan bersama-sama. pada pertengahan tahun 2016 berat finn sudah menurun ke angka 80kg.

Sudah lama terdetik untuk menyertai Program JK1M anjuran Kevin Zahari tetapi seringkali membatalkan niat lantaran tidak ada team leader di kawasan berdekatan sehinggalah JK1M7. Finn akhirnya mendaftarkan diri dan hasil tunjuk ajar team leader/coach akhirnya berat finn sudah mencecah 65kg, dan misi untuk ke berat idaman masih diteruskan sehingga sekarang. Melalui JK1M7 finn diajar cara senaman yang betul dan cara menjaga pemakanan.

Memahami masalah yang sama berlaku kepada ramai lagi kawan-kawan diluar sana finn terpanggil untuk menyertai barisan Team Leader JK1M untuk berkongsi cara-cara menurunkan berat badan melalui kaedah yang sihat dan selamat. AYUHLAH SERTAI FINN UNTUK CIPTA KEAJAIBAN BUAT DIRI ANDA SENDIRI. Finn sendiri pun tak percaya bahawa impian yang ditanam semenjak 15 tahun dahulu dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun sahaja. ANDA PASTI LEBIH HEBAT DARI FINN!!!!!

kali ni merupakan kali kedua Finn diberi kepercayaan oleh Kevin Zahari untuk mengendalikan JK1M daerah Pasir puteh. Selepas Kejayaan JK1M musim 8, finn dapati bekas-bekas peserta masih lagi meneruskan misi kurus mereka walaupun telah habis program. Ini lah yang JK1M cuba terapkan. Denga berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi para peserta akan dapat meneruskan misi sehinggalah mereka mencapai berat idaman dan menggunakan ilmu itu untuk membimbing rakan-rakan sekelililng.

Kini kami sudah mampu beraktiviti, tak lagi cepat mengah bila menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Tahap kesihatan juga sudah semakin meningkat, tahap kolesterol menurun dan BMI juga sudah menghampiri normal. Sesungguhnya selain daripada cuba kurus untuk kelihatan lebih menarik, tahap kayakinan juga turut meningkat begitu juga dengan tahap kesihatanan. JOM SAMA-SAMA USAHA UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG TERSAYANG.
‘GET FIT, DONT QUIT’

Pengalaman
1)N.A.S.C Certified Fitness Instructor
1) Trainer program Fit 2 Fit (F2F) 2016
2) Pemenang cabaran Jom Kurus 1 malaysia Musim 7 Daerah Pasir Puteh
3)Team Leader Jom Kurus 1 Malaysia Musim 8 Daerah Pasir Puteh

Q DIMANAKAH AKTIVITI AKAN DIADAKAN?

SEKOLAH SRI AMAN/KAMIL, HOSPITAL TENGKU ANIS & KAWASAN-KAWASAN LAIN SEKITAR BANDAR PASIR PUTEH

Q HARI & MASA LATIHAN

JUMAAT & SABTU (8-10 PAGI)
ISNIN & RABU( 5.30-7.00 PTG)
TERBUKA UNTUK PERBINCANGAN

Q BERAPA KG BERAT AKAN TURUN DALAM MASA 6 MINGGU

PENURUNAN INDIVIDU BERBEZA UNTUK SETIAP INDIVIDU. BERDASARKAN PENGALAMAN LEPAS PURATA 5-10KG.

Q APAKAH PERALATAN YANG PESERTA PERLU SEDIAKAN

KOMITMEN 100%
YOGA MAT
KASUT SUKAN

3 Reviews for FINN

nadia

4 Reviews

Orang Pasir Puteh..follow fina

5/ 5

hai, ladies yang berdekatan kawasan Pasir Puteh, jom sertai team finn untuk program penurunan berat badan yang TERBAIK! Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda. stay tune!

Was this review ...?

CoachSue

4 Reviews

coach yg hebat

5/ 5

orang pasir puteh yg nk sihat dan kurus boleh join Coach finn yg awesome ini..pengalaman turun berat badan sendiri .. nanti uools akan dpat ilmu dr coach finn sendiri

Was this review ...?

Nur Rienalissa

6 Reviews

Bekas peserta yg berdedikasi

5/ 5

Utk berjaya, belajar dari org yg pernah berjaya seperti Fina. Beliau ade winner team Pasir Puteh pd season7. Join her & you’ll succeed like her 🙂

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Beach Max Burn bootcamp
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Basic cardio training
  • Activity Minggu 1:Ujian kecerdasan, kenali bentuk badan dan pelan pemakanan
  • Aktiviti Minggu 5:Hiking
  • Aktiviti Minggu 6:tabata & HIIT
  • Aktiviti Minggu 3:Fit Zumba