Salam dan Haii semua kami adalah pasangan suami isteri yg akan membantu dan membimbing anda dalam program jom kurus satu malaysia 9 kawasan alor setar,jitra dan kawasan berdekatan

Mohd Firdaus bin Hamid atau dikenali dengan gelaran #coachchomel dalam bidang fitness dan lost weight adalah sama seperti anda suatu ketika dulu,mempunyai berat maksimum 120kg dan bekas peserta JK1M . Telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 65kg dalam masa 6 bulan dan menjadi juara JK1M3 dan JK1M RAYA tahun 2013. Jumlah penurunan keseluruhan adalah 55kg

Selepas membuat perubahan positif pada dirinya Mohd firdaus menyambung pelajaran dalam bidang fitness dan sekarang adalah seorang Terapis Sukan dari KBS, beliau juga berkelulusan fitness instructor, bodyweight instructor dan gym instructor dari NASC

Nordiyana bt Abidin adalah seorang Peg Fisioterapi. Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Berpengalaman luas dalam mengendalikan program kesihatan bersama Jabatan Kesihatan Malaysia. Berpengalaman luas dalam mengendalikan warga emas dan mempunyai risiko kesihatan. Beliau adalah seorang coach dari kementerian kesihatan yang bertanggungjawab di daerah kubang pasu,

Kami berdua berpengalaman dalam program JK1M ini sejak dari JK1M2 lagi,iaitu dari tahun 2013. Telah berjaya membantu beratus orang menurunkan berat dan menjalani hidup yang lebih sihat. Tiada apa yang lebih penting dari kesihatan yang baik. Juga berjaya memupukkan budaya bekerjasama di dalam pasukan dan memotivasikan peserta berkali-kali ganda untuk berjaya mengharungi program ini. Percayalah kita akan lebih kuat bersama berbanding berseorangan.

Latihan untuk kawasan kami akan tertumpu pada area titi gajah, kepala batas, tanah merah dan jitra. Disebabkan kepala batas adalah sempadan bagi kawasan alor setar dan kubang pasu kami akan menerima peserta dari kawasan alor setar dan jitra,kepada peserta dari kawasan lain yang mengenali kami dan berminat menyertai kami jugak dialu-alukan.

Setiap yang menyertai kami akan memperolehi tajaan sehelai baju latihan, drinking water, air reflexx power drink dan keahlian gym selama 6 minggu free.Jangan lepaskan peluang ini.turun berat , sihat ,fit dengan keseronokan

Kepada sesiapa yang berminat menyertai kami dan masih keliru ataupun takot boleh saja terus whatsapp atau call kami di no diyana 0135850235 firdaus 01110054385

7 Reviews for Firdaus dan Diyana

asina_pearl32

1 Reviews

Ex JK1M7

5/ 5

Disebabkan kekangan masa dan tempat tinggal yg agak jauh jauh dr jitra, saya tak dapat teruskan sesi JK1M yg seterusnya. Pengalaman join team jitra Sgt awesome. Everyday homework even di rumah Sgt membantu disamping coach ajar Cara pemakanan yang betul tips2 yg berguna. I miss the whole session with coach especially boot camp.

Was this review ...?

me_loe34

1 Reviews

xJKIM4&5

5/ 5

Bila buat senaman sorang sorang sebelum ni mcm syok sendiri..tipu ja kta diet..tapi kelaut bnyk..join program ni coach akan tunjuk ajar cara mkn dan kuantiti yg btol ikut keperluan badan..senaman yg berkualiti..dn yg penting semua rakan2 memberi sokongan..cabar diri anda untuk kurus….

gotzezkook42

1 Reviews

train with coachcomel

5/ 5

train dengan coach mmg sgt sgt best..terbaik..tips tips yg diberi sgt sgt berguna

123.cinta19

1 Reviews

training with the right ways

5/ 5

training dgn coachchomel mmg seronok,xtvt x terhad hanya di gym sja.hiking,swimming n mcm2 lg ..mmg pengalaman yg seronok la saya boleh msuk JK1M ni…coachchomel n coach diyana byk memberi tnjuk ajar n guide utk berubah kearah gaya hidup sihat…tq coach berdua…i love all of u

Was this review ...?

saya.akmal952542

1 Reviews

Pengalaman yang Amat berharga buat saya

5/ 5

Saya dlu start main gym tapi ikut kawan-kawan bina otot . Selepas itu saya berjumpa dengan coach firdaus start Dari tu setiap hari setiap jam itu Amat bermakna bagi sy . Ilmu , tip , dan cara pemakanan yang dia berikan tanpa ada syarat. Cara dia yang bersemangat automatik berikan aura kepada saya terus bersemangat. Apa yang saya kagum dengan dia adalah dia tak pernah berputus asa , dia akn Cari jalan jugak untuk kita turun kan berat badan yang degil tu . Bermacam-macam cara yang dia ada untuk turunkan berat badan . Coach terbaik dalam hidup saya . Dia jugak enjoy sewaktu training kita jangan stress2 itu kata dia . Coach Firdaus Diyana terbaik

Was this review ...?

nfj30017

1 Reviews

JK1M8 awesome

Satu pengalaman yg sangat best..coach diyana dan coach Firdaus sangat membantu dlm memberi tunjuk ajar kepada saya dlm menurunkan berat badan..coach xlokek ilmu..xtvt tak terhad dlm gym shj..ada hiking (bukit malau je sempat), swimming (the best xtvt), badminton, Dodge ball (1st time tahu ada sukan mcm ni..haha)..so org2 jitra changlun kepala batas dan yg berdekatan perlu join coach diyana dan Firdaus utk memastikan impian korang untuk kurus dan sihat tercapai..

Was this review ...?

murnizawati535369

1 Reviews

WEIGHT LOSS PROGRAMME

5/ 5

Alhamdulillah sy dipertemukan dgn #coachchomel Mohd Firdaus di Seventytwofitness Gym, beliau byk memberi tunjuk ajar cara excercise yg betul dan sesuai dgn berat badan sy. Coach beri pelan pemakanan yg sihat tanpa byk mengubah makanan kegemaran saya. Apa sy yg penting sy enjoy sepanjang weight loss program ni…. Alhamdulillah 2 sesi program ini iaitu 12 minggu sy berjaya turun berat sebanyak 10kg. Skrg masih mneruskan lg perjuangan menurunkan berat yg ideal. Jom join coach Mohd Firdaus uolls akan rasai perubahan positif kpd diri kita. insyaAllah uolls berasa lebih ceria dan positif bila badan sihat dan cergas…..

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 350
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Aktiviti Minggu 4:Gym,weight training Manual and use equipment
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Fitness training,floor and use equipment
  • Activity Minggu 1:Weight screening, fitness test,power test
  • Aktiviti Minggu 5:Hiking,
  • Aktiviti Minggu 6:Bootcamp, fitness test and weight screening
  • Aktiviti Minggu 3:Body weight training
  • Additional Program Notes:Dodgeball, fustal, badminton, tabata, freelactics, swimming and outdoor activities