Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Daripada zaman kanak-kanak sehingga saya berusia 23 tahun saya merupakan insan berfizikal besar.Berat badan saya pernah mencecah naik hingga ke 110kg akibat tidak mengamalkan kehidupan sihat,saya kurang bersenam dan makan tanpa sebarang pantang larang jadi tak hairanlah berat badan saya boleh mencecah 3 angka.Saya pernah pakai baju bersaiz XXL manakala seluar bersaiz 42.Nak cari pakaian memang susah,tapi masa tu tak terfikir pun lagi nak berubah sebab saya dah terbiasa macamtu daripada kecil.

Jadi apa yang menyebabkan saya buat perubahan? Saya tercabar untuk berubah bila melihat ada rakan-rakan yang yang dulunya besar seperti saya kemudiannya berjaya mengurangkan berat badan.Kalau mereka boleh kenapa tidak saya? Itu detik perubahan diri saya.Untuk berubah kita memerlukan satu detik istimewa untuk menggerakkan hati kita,jarang-jarang ada orang yang tiba-tiba sahaja boleh melakukan perubahan tanpa sebarang penggerak.Jadi kenapa tak jadikan cabaran jom kurus 1 Malaysia musim 9 (JK1M9) ini sebagai titik perubahan anda?

Melalui senaman dan teknik pemakanan yang betul saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 35 kg dalam tempoh 9 bulan,bermula dari Ogos 2015 sehingga Mei 2016.Dalam 2 bulan pertama saya berjaya turunkan 10 kg manakala baki 25kg lagi dalam 7 bulan berikutnya.Berat asal daripada 110 kepada 75 kg.Baju yang dulunya bersaiz XXL kepada saiz M,seluar yang dulunya bersaiz 42 kepada saiz 32.Nak mulakan perubahan tu memang sukar nak kekalkan usaha tu lagi la payah tapi hasil dia kalau kita konsisten memang indah.Sudah hampir 2 tahun saya bergiat aktif dalam bidang fitness,kalau dulu saya cukup malas bersukan sekarang fitness adalah kegilaan terbaru saya.Kini saya diberi kepercayaan sebagai team leader bagi kawasan Cameron Highlands dalam program JK1M9 untuk berkongsi pengalaman membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat melalui senaman dan diet seimbang.

Kalau ada mereka yang berbadan besar seperti saya dulu tapi masih takut-takut atau malu dengan keadaan diri sendiri untuk join program ini,mari sertai saya,jangan malu! jangan takut! jangan segan! Saya faham apa yang anda alami,saya tahu apa yang anda fikirkan kerana saya pernah berada di tempat anda.

“Change can be scary, but you know what’s scarier? Allowing fear to stop you from growing, evolving, and progressing.” – Mandy Hale

Saya akan kongsikan segala pengalaman dan kemahiran saya untuk bantu anda lakukan perubahan sebagaimana yang telah saya sendiri berjaya lakukan.Jangan sertai saya sebagai peserta tapi kita gunakan program ini untuk bina talian persahabatan sebagai fitness buddy,kita turunkan berat badan secara sihat tanpa perlu menyeksa diri.

The 3 C’s of Life : Choices, Chances, Changes.
You must make a CHOICE to take a CHANCE or your life will never CHANGE.

Don’t be afraid of change because it’s leading you to a new beginning.

Ayuh warga Cameron,mari mulakan transformasi diri anda bersama saya!!!

Q Saya tak pernah melakukan senaman,boleh ke saya turut serta?

Tiada masalah.Saya sedia memberikan tunjuk ajar asalkan anda mempunyai sifat mahu tahu.

Q Dimanakah lokasi program jk1m9 area cameron ni?

Saya akan gunakan kawasan awam yang mudah dihadiri para peserta.

Q Bila dan berapa kali seminggu senaman akan diadakan?

Aktiviti senaman akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di waktu pagi antara pukul 7.30 am - 9.30 am atau 8.00 am - 10 am.

Q saya perlu dapatkan sebarang peralatan ke untuk join program ni?

Anda hanya perlu hadir membawa diri kerana semua senaman saya boleh dilakukan dimana-mana tanpa menggunakan sebarang peralatan

Q Cukup ke sekadar 6 minggu ni untuk turunkan berat badan?

Kalau kita jaga pemakanan ditambah pula dengan senaman,InsyaAllah kita boleh.

Q No wasap untuk dihubungi?

+201122956663

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:No
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all
  • Additional Program Notes:Masa dan tempat senaman tak muktamad,mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa.