PENGENALAN
=============
Assalamualaikum, Salam Kecergasan & Salam 1 JK1M

Nama saya Idayu binti Ismail seorang Fitness/ Zumba/ Aerobic Instructor. Sejak dari bangku persekolahan lagi saya merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan meminati aktiviti-aktiviti kecergasan. Kerjaya fitness saya dikelilingi oleh ramai pecinta aktiviti-aktiviti kecergasan dimana sebahagian daripada peserta saya ramai yang berbadan besar. Majoriti ramai dikalangan mereka ini mula menghadiri kelas senaman setelah dinasihatkan oleh doktor perlu mengurangkan/menurunkan berat badan kerana berisiko mengidap penyakit-penyakit seperti tertentu seperti diabetis, hypertension, mempunyai paras kolestrol yang tinggi serta perlu mengurangkan berat badan jika ingin mengandung serta mempunyai anak.

Berbekalkan sedikit ilmu serta kepakaran yang ada, situasi ini memberi kesedaran kepada saya dimana hati ini telah terpanggil untuk berkongsi serta membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah berlebihan berat badan ini.

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kepercayaan oleh Mr Kevin Zahri untuk menggalas tanggungjawab sebagai Team Leader bagi kawasan Seberang Jaya mengendalikan JK1M musim ke-9 ini. Semoga hasrat murni saya untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dipermudahkan. Amin.

PENGALAMAN DAN KELAYAKAN
============================
1) Berpengalaman mengendalikan Program JK1M selama 5 musim bermula dari JK1M 4, 5, 6, 7 & 8.

KEJAYAAN JK1M TEAM SEBERANG JAYA
================================
2) Dua (2) orang peserta dari peserta kawasan Seberang Jaya di bawah
kendalian saya pernah menjadi pemenang Top 50 daripada 150 kawasan pada musim JK1M#6 yang lalu.

3) Berpengalaman mengendalikan program penurunan & pengurusan berat badan di Pejabat Kesihatan Daerah SPU selama 2 tahun (Jom Sihat Bersama Komuniti)

4) Menjadi jurulatih untuk program pengurusan berat badan iaitu program CUTE (Cergas, Unggul, Tampan, Elegan) selama 2 tahun bersama Pejabat Kesihatan Daerah SPU

KELAYAKAN / KURSUS
==================
1) Accredited in Aerobic Fitness by Kementerian Belia & Sukan Malaysia.
2) Fitness Instructor Level 1,2 & 3 by Kementerian Belia & Sukan Malaysia
3) Zumba Instructor Network (ZIN) and licensed to teach Zumba
4) Training Of Trainer by Kementerian Belia & Sukan Malaysia
5) CPR & BLS Instructor in APAM
6) Pernah memenangi Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 ( Kategori Penggerak) dan pada 2015 Pemenang Kategori Pemimpin Wanita

BONUS
=======
Bagi kaum wanita, saat mengandung & melahirkan anak adalah satu mimpi ngeri yang bakal dilalui dimana selepas melahirkan anak fizikal & berat badan akan berubah. Saya merupakan seorang ibu kepada 3 cahayamata yang berjaya mengembalikan berat badan asal setiap kali selepas melahirkan anak. Nak tahu rahsia? Jom sertai saya kita kongsi bersama.

JOM SERTAI TEAM IDAYU ISMAIL. Anda yang saya cari sekiranya mempunya kriteria seperti berikut :

1) Berbadan besar & berhasrat untuk menurunkan berat badan
2) Sering gagal dalam misi menurunkan berat badan
3) Pernah/ Banyak membazirkan wang untuk membeli produk-produk pelangsingan
4) Ingin mencari teman/kawan untuk melakukan aktiviti
5) Mempunyai BMI yang normal tetapi ingin Fitt & kelihatan cergas. Kurus tidak bermakna anda sihat, gemuk tidak bermakna anda sakit.
6) Ingin mengubah penampilan & mengamalkan “healthly life style”

Insyaallah…sekiranya anda menyertai saya anda pasti gembira kerana saya telah menyediakan variasi aktiviti yang mantap & menarik dimana setiap aktiviti akan dijalankan dalam suasana Fun & Enjoyable!

Jangan risau yer….setiap minggu pula saya akan memantau perjalanan berat badan anda dimana penurunan KG terbanyak bagi setiap minggu akan diberi sedikit habuan/hadiah sebagai galakan! Best kan?

AKTIVITI/ MASA/ LOKASI
====++++++===========
Hari Sabtu & Ahad – 7.30 -10.30 pagi
1 x Extra Training setiap hari Rabu jam 5.30 petang

Base utama lokasi latihan adalah di Taman Tunku, Seberang Jaya. Selain daripada itu untuk memberi kelainan aktiviti supaya peserta tidak merasa jemu, lokasi-lokasi berikut juga digunakan untuk menjalankan aktiviti.
– Pantai RnR, Bagan Ajam (Beach Bootcamp/ Outdoor Training)
– Bukit Mertajam (Hiking)
– Mario Gym Studio, Bertam
– Fitness & Aerobic Studio for zumba/aerobic (Sungai Dua & Bertam)
– Safira Club & Sport Centre area Bandar Sunway, Seberang Jaya (Aktiviti Futsal & Dodgeball)

8 Reviews for Idayu Ismail

idayu2510

1 Reviews

Saya sedia membantu anda!!!

1/ 5

Yang penting, jangan malu2 dan jangan segan2..Insyaalah segala usaha & kejayaan pasti membuahkan hasil. “Dimana ada jalan disitu ada highway”

Was this review ...?

amaninasharif41

1 Reviews

JK1M bersama Leader Idayu Ismail memang THE BEST!

5/ 5

Saya sudah 3 season join JK1M bersama Ticer Idayu. Pengalaman menyertai program ini membuka mata saya untuk lebih menitik beratkan kesihatan badan dan berjaya mengubah saya untuk menjadi seorang yang aktif bersukan. In shaa Allah, saya akan teruskan perjuangan bersama JK1M di bawah Ticer Idayu untuk season2 akan datang juga. Thanks for everything ticer n JK1M… JK1M SUPERB!

Was this review ...?

saidatunhawani34

1 Reviews

JK1M the Best!

5/ 5

Motivated team leader & great team support. Lost almost 8kg during JK1M#8 & can’t wait for season 9th

Was this review ...?

sheemanayli17

1 Reviews

Jk1m mmg best bersama team leader Idayu Ismail

5/ 5

Team leader yg best and supportive..dpt byk ilmu dan tips kesihatan sepanjang jk1m8..tak sabar nk tggu jk1m9 bersama ticer ayu.

Was this review ...?

ssakina57

1 Reviews

Team Leader Idayu The best!!

5/ 5

Saya sakina, peserta jk1m #7.. saya panggil beliau ticer Ayu..ticer ayu sangat sporting dan supportive.. ilmu yang diajar saya masih guna dan hadam hingga kini.. ternyata memang kurus ,bila aplikasikan apa yang ticer ajar. Seronok dan happy ja bila ticer ajar.. ticer ayu memang Best!!! Tq ticer Ayu …

Was this review ...?

noorain.ibrahim8

1 Reviews

Team leader yang cukup best

5/ 5

saya ain.. peserta jk1m7.. best sgt bersama2 dgn ticer ayu.. seorg yg sgt2 membantu dlm misi menurunkan berat badan… beliau selalu berkongsi ilmu dan mengajar teknik yg berkesan.. bila sesi dgn ticer ayu selalu happening n best sgt2… tq ticer ayu.. u r d best…

Was this review ...?

azzlindamerican48

1 Reviews

Ticer ayu yg awesome

5/ 5

Sy linda ex jk1m#7 amat berpuas hati mnyertai program ini diatss bimbingan ticer ayu kerana bnyk memberi kesan positif untuk kembali mnjalani kehidupan yg sihat..thanks ticer kerana selalu memberi semangat dan tunjuk ajar cara pemakanan yg betoi..jom2 pakat2 kuruih ooi..😝

Was this review ...?

nur_amaliadini35

1 Reviews

banyak input yang berguna

5/ 5

Ticer Ayu seorang yg sgt supportive dan sporting. Setiap minggu akan make sure kami turunkan berat badan dan tanya perkembangan tentang pemakanan yang kita ambil. Memang byk info berguna yg sy dapat terutama cara pemakanan yg kita perlu ambil, nak makan nasi takde masalah asalkan kita jaga kuantiti dan kalori.. BTW, saya suka time ticer buat aerobic, memang best!!! you all should join this!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Additional Program Notes:Program Penurunan Berat Badan Yang Selamat Tanpa Pengambilan Sebarang Supplimen & Produk Pelangsingan
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Timbangan Akhir, Jamuan Penutup
  • Aktiviti Minggu 5:Beach Bootcamp/ Outdoor Training
  • Aktiviti Minggu 4:Hiking/ Outdoor Training/Futsal/Dodgeball
  • Aktiviti Minggu 3:Zumba/Aerobik/Tabata
  • Aktiviti Minggu 2:Groceries Shooping/Teknik Brisk Walk/ Jogging
  • Activity Minggu 1:Timbangan Awal, Nutrition Talk