Yeahhhh ini kali lah!!! Bah mari Keningau kita ramai-ramai kasih turun berat badan dan claim balik tu bentuk badan idaman. Tidak kira masih bujang ka sudah kahwin ka atau budak atau remaja, semua boleh ikut. Age is just a number dorang bilang kan tu.

Saya tau tu salah satu azam baru kamurang ialah mau kasih turun berat badan. Make it happen! JK1M kasih panduan exercise dan pemakanan supaya kamu sendiri pun boleh buat di rumah atau di mana-mana yang kamu mau. Jangan takut tingu tu nama-nama aktiviti. Saya akan guide step-by-step sampai kamu confident buat sendiri.

Kita punya session akan dibuat di lokasi yang berlainan. Indoor and outdoor. Saya mau buat 4 kali seminggu. Boleh bah kan? Saya serious ni mau sama-sama kamurang kasih kurang berat badan. Keningau slim mah!

Ada hadiah ni. Hadiah utama ialah saturang yang dapat kasih turun berat badan dengan peratusan tertinggi. Tapi jangan susahati. Untuk kasih motivate kamu meneruskan perjuangan, saya kasih hadiah misteri setiap minggu!

Bah apa tunggu lagi?! Pigi register now! Sama-sama kita realisasikan impian 2017! P/s – Impian saya ialah kasih kici ni buruyut lepas beranak. Bah sama-sama la kita make it happen okeh!

Q Saya tidak pernah exercise. Bolehkah saya ikut ni?

Boleh bah! Semua orang pun start dari zero juga bah. Pasal tu la mau join supaya ada pengetahuan.

Q Saya makan ubat ni, Bolehkah saya join?

Ini pun boleh. Tapi mesti mau tanya doktor dulu ah. Saya take note juga tu sama peserta yang ada masalah kesihatan. Ini JK1M bukan pasal workout saja. Pasal pemakanan juga.

Q Anak saya boleh ikut ka?

Boleh kalau yang berumur 12 tahun ke atas. Saya kasih exercise yang sesuai sama dia.

Q Hari apa session dia?

Sepatutnya hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Tapi kalau peserta setuju mau buat hari weekdays, saya ok saja. Dari kamu saja ni.

Q Boleh ka saya ikut tapi ada sakit lutut?

Boleh. Kalau kronik, mau minta pandangan doktor dulu la ah. Bila session kasih maklum saya supaya saya boleh adjust itu senaman.

Q Di mana nanti session dia di Keningau?

Tempat nanti saya pilih ikut jenis aktiviti. Tidak la jauh sangat bah.

Q Macamanalah kalau saya tidak tepigi tu session pasal tiada jaga anak?

Bawa saja dorang pigi session. Nanti kita sama-sama jaga ah.

Q Bolehkah yang dari tempat lain ikut di Keningau?

Eh boleh bah. Kalau dapat datang dialu-alukan.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Lembah Cabaran - Fitness Games
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Power Step - Cardio workout
  • Activity Minggu 1:Know Your Limits
  • Aktiviti Minggu 5:Stretch and Burn
  • Aktiviti Minggu 6:Beyond Your Limits and Be Amazing
  • Aktiviti Minggu 3:Bar Complex - Strength workout
  • Additional Program Notes:Ada special program untuk test physical and mental. Tahan tukul ka tidak? Tahan nafsu ka tidak? Dari kau saja bah tu!!!