Checkout KAPTEN BLACK (KLCC) Watch Video

Kapten Mohd Zahrin bin Che Bahar Nordin atau lebih dikenali sebagai Kapt Black adalah seorang yang mempunyai masalah obesiti dan telah mencecah sehingga berat 115kg pada April 2016. Banyak cara telah dicuba dan dengan kesungguhan untuk menjadi lebih sihat, akhirnya niat untuk berubah dapat direalisasikan apabila menyertai program SCOUTS di bawah kendalian Coach Cem dan seterusnya mendaftar sebagai peserta JK1M#7 (KoBule) Kawasan CyberPutra dan telah berjaya menjadi JUARA JK1M#7 kawasan CyberPutra di bawah kendalian Coach Cem. Dalam masa hanya 12 minggu tersebut , beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg / 14.4%!!

Secara keseluruhannya Kapt Black berjaya mengurangkan berat lebih dari 30kg dengan mengamalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang lebih sihat dan aktif. Kapt Black percaya bahawa semua orang boleh berubah dengan kesungguhan, usaha keras dan sokongan yang kuat. Dengan itu Kapt Black telah berjaya membantu peserta-peserta bukan sahaja bagi JK1M musim ke 8 tetapi juga beberapa siri program weight loss dan get fit yang dikendalikan sendiri, program SCOUTS dan corporate fitness untuk Petroleum Nasional Berhad KLCC sehingga skrg.

Setelah diberi kepercayaan sebagai Team Leader KLCC untuk JK1M musim ke 8, sekali lagi Kapt Black diberi kepercayaan untuk menerajui kawasan tersebut bagi musim ke-9. Kapt Black kini adalah Certified Fitness Instructor dari FIT Malaysia & Jurulatih Bertauliah under program In House Training (IHT) SCOUTS. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari dari ketiga-tiga program tersebut, Kapt Black berhasrat untuk berkongsi dengan semua bakal peserta JK1M musim ke 9. Semuanya bermula dengan langkah yang pertama!

Anda tidak perlu ragu-ragu dan jangan berfikir panjang lagi. Teruskan niat anda untuk menukar gaya hidup anda sebelum ini. Strongly advice, gunakanlah platform ini sebagai langkah pertama anda untuk mencapai cita-cita yang anda inginkan iaitu BMI yang NORMAL.

Jika anda tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur especially KLCC dan menghadapi masalah yang sama seperti KAPT BLACK dahulu dan perlukan sokongan, JOM SERTAI KAPT BLACK. Ayuh transformasikan diri anda guys!

KAPT BLACK mencari individu berikut :

Ada atau langsung tiada masalah berat badan
Ada niat utk meningkatkan fitness badan
Ada niat untuk kurus
Ada kemahuan untuk berubah
Ada usaha dan pasti boleh terus berusaha
Ada matlamat yang jelas untuk lakukan perubahan

Orang-orang KL, apa tunggu lagi? Jom Kurus bersama KAPT BLACK!

Q Boleh tahu di mana kawasan latihan?

Sesi yang akan sy kendalikan di KLCC Park. Juga akan bergerak ke tempat - tempat lain mengikut kesesuaian aktiviti seperti Hiking, Water Exercise dan lain - lain.

Q Coachhh berat saya melebihi 100KG. Adakah sesuai untuk join?

Sememangnya saya mencari peserta yang over berat ni. Sebab sy dulu berat yang macam tu gak. InsyaAllah sy akan guide korang sebaik mungkin mengikut pace korang.

Musim lepas saya ade peserta yg 180KG dan ade sakit gout yg serious. Tp we manage to handle it better.. Dah 150KG berat dia skrg tau.. 🙂





Q Saya ni ada injury Coach. Boleh ke nak follow aktiviti ni?

Boleh! As long as you know your limit. Call/Whatsapp saya 013-3310702. Kita chit chat dulu.

Q Betul ke dorang cakap Coach buat aktiviti 4 kali seminggu?

Aah betul lah tu. So far yang saya rancangkan ialah 4 kali seminggu.

Selasa dan Khamis (Jam 6pm)
Sabtu (Jam 5.30 pm)
Ahad (Jam 8am)

Bagaimanapun masa latihan bergantung pada aktiviti yang akan dijalankan nanti.



Q Coach, akak ni umor 50 dah. Dah ada cucu pun. Tapi semangat nak join ni. Boleh ke?

Eh kakk, boleh sangat. Saya alu - alu kan kak. Yang penting semangat tu yang kita carik.

Q Berapa lama duration sesi ni Coach?

Dalam 1 - 2 jam depends on aktiviti kita pada sesi tu.

Q Kalau saya join ni, ape yg sy akan dapat ye?

Kurus!! hehe tu for sure klu dengar segala arahan dan istiqamah untuk journey ni.. Firstly dapat Seminar Healthy dgn Kevin Zahri. Selain tu korang akan dapat:

1. Free Dry-fit JK1M #TeamKaptBlack
2. Diet plan for healthy eating and nutrition
3. Wasap support group
4. Kawan - kawan baru yang sama misi dengan korang
5. Sesi workout & fun activities
6. Also ade sukan yang akan bertanding untuk setiap kawasan bersama Kevin Zahri








Q Boleh tak saya nak tengok gambar sesi senaman musim-musim sebelum ini?

Boleh. Please visit Instagram saya : KaptBlack. Tapi kalau nak tengok banyak - banyak ada dalm FB Page : KAPT BLACK. Dalam tu saya buat album untuk setiap sesi yang saya buat. Enjoy! 🙂



13 Reviews for KAPTEN BLACK (KLCC)

halimaton

4 Reviews

Terbaikkkk

5/ 5

Memang terbaik…latihan fitness siap bukak lagu raya..meleleh air mata dengauuuu…u guys should join him….

istiqamahcemerlang86.226

1 Reviews

Nak KURUS dan SIHAT?

5/ 5

Tuan Sadiq dah lihat perubahan Kapt Blek. Dari ber KILO2 sampai hilang KILO! Kau tak rugi join! Kau nak sihat kau join haaaaa.. Recommended by Tuan Sadiq Segaraga

azizuladdhar

8 Reviews

KORANG NAK KURUS MEMANG KENA CARI COACH NI!!

5/ 5

great news for those yang dari KLCC. kalo dah rasa berat bila jogging kat area KLCC tu korang blelah join prog under coach Kapt Black ni. Ramai dia buli sampai jadi kurus kering. siap nampak mcm model lagi. Rugi taw tak join. register now!!

Coach Hans

8 Reviews

Great Captain.. always prevail!

5/ 5

He’s the one who following my footpath of weigh loss journey.. Getting inspired, he went to JK1M season 6 with Coach Cem and lose weight a lot! Being a champ there is! And the transformation didnt stop there.. No turning back, and proving that this is not a one step journey, Capt Black is now certified trainer and well recognised by every one in KLCC area.. He’s a friendly and outgoing person, and knowledgeable.. we’ve been trough with various programs such as Scouts, JK1M8, Abstrax Combat and Reboot.. all FULLHOUSE!!!! So, dont wait.. or else.. you guys will be in trouble of getting the seats for this JK1M9.. Contact him now!! Do it.. now.. Hey, i said.. NOW!!! Hehehehe..

coachisrul

9 Reviews

CAPTAIN BUKAN SEBARANG CAPTAIN

5/ 5

Korang gemuk?jangan risau kapt black dulu dulu pun sama macam korang,but dia tak pernah give up sampai la now dia dah SLIM and FIT, tambahan pulak dia dah certified trainer from FITM. Setakat yang mok biase biase tu kapt ni boleh handle lah! So yang mana ada area KLCC tu.please join him sebelum terlambat!Program dia selalu full house bebbb! <3

coach.liez

6 Reviews

Cepat daftar dengan Captain ni!

5/ 5

Apa korang tunggu lagi? Ni sorang lagi coach yang dasat auranyer. Kawasan jajahan dia ni kejap je full… takott??? Jangan risau la… dia pun pernah gemuk. Walaupun dia abam askor.. tapi latihan sumer manjer2 je.. mesti korang suker!

sakeenahalibadri20

1 Reviews

Coach Paling Osemmm!!

Beruntung bila dapat join Kapten Black ni. Full package ok. Kapten Black ni salah seorang weight loss success story dan disebabkan dia juga certified instructor, confirm banyak yang akan dapat korang belajar dari dia. Dan tentunya makin kurus. Haihh.. Jangan fikir lama-lama. Jom join sekarang!!

malayisme04048763

2 Reviews

Damn bohong!

5/ 5

Haah bohong. Dulu sebelum join, kata boleh turun 4kg je, last-last 8kg. Terpaksa sy beli seluar baru masa raya ritu. Yes, you are the one of the best coaches. Saper tak join, mmg rugi ☺️☺️☺️

tashazainal9

8 Reviews

Abang Kawasan

5/ 5

Cerita banyak taknak, korang kena rasa. Memamg confirm kecik kalau join Kapt Black. Kemon KLCC’ians. Register NOW!

lyzadgk78

5 Reviews

Coach awesome

5/ 5

Coach ni klau menjerit bergegar klcc.. lemak2 kita pun bergegar gak..tu la rahsia coach ni nk kasik kita kurus.. rasa2 nak kurus secara sihat.. join la coach yang best ni.. dun wori muka je garang tp mmg awesome.. memang best n gerenti tk menyesal punya la.. percaya la sb saya pun anak didik dia juga..

Was this review ...?

marina

8 Reviews

Aktiviti kawasan memang meletop

5/ 5

Coach black memang sumber inspirasi. Dalu dia gemok nampak cam pakcik-pakcik. Tapi sekarang dah fit and nampak cam umur 20 an tau. Aktiviti dia pulak memang happening dan meletop. Menyesal nanti sapa yang tak dapat join.

Was this review ...?

nataliaedaura

3 Reviews

Kapt Black paling sporting!!

5/ 5

Kalau nak cerita pasal kapten black ni mmg 3 hari 3 malam takkan habis ah kan. Sape join kapt black ni akan extra kurus sebab masa workout akan gelak sambil workout so burn lebih sikit la hahahahaahahha. Kapt Black mmg tak pernah mengecewakan la. He is a person who never fails to motivate you until you reach your target. Suara dia bila coaching boleh terkeluar anak tekak gaissss, don’t know how he does that but suara tu la yg buat lemak korang semua bergegar nanti, menangis beb lemak korang semua hahahaha! Aktiviti aktiviti yg kapt black buat masa session mmg semua best best, tak pernah bosan and selalu ada aktiviti yg baru untuk korang semua! Oh btw, korang kena tgk gambar before after kapt, besar terox beb sampai tak tahu mana leher mana muka hahahahha but look at him now, what an inspiring success story he got there. Geng geng KLCC, sampai bila nak gemuk? Go and reach kapt black now and book your slot ok bye!

haritravel13

1 Reviews

Tak sabar!

5/ 5

Saya rasa mcm lambat lg nak tunggu. Boleh start awal lagi x coach? Hehe..

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 350
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Senam Manja2 & Permainan Bola Beracun
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Sukan Rakyat & Gi shopping Barang Dapur
  • Activity Minggu 1:Pecah Ais, Berpossing Masa Comel Gebu & Seminar dgn Hokage Kevin Zahri
  • Aktiviti Minggu 5:Futsal Tangan & Menggunong Puchongbalu
  • Aktiviti Minggu 6:Sesi Penatkan Diri & Hari Bersukaria Sesama Kita Sesambil Bergambau Dah Gojes dan Sado
  • Aktiviti Minggu 3:Lari Sana Sini & Belajau Berenang
  • Additional Program Notes:Perubahan program yang dirancang adalah mengikut kesesuaian peserta & cuaca.