Saya dan isteri pernah berada dalam kategori obes untuk tempoh masa yang agak lama. Namun kami merasakan itu bukan masalah buat kami, sebab kami rasa diri kami sihat. Disamping pelbagai cara kami cuba namun hasilnya tiada. Masa untuk berubah kami tercetus pada tahun 2015. Ketika menunaikan umrah pada tahun yang sama, kami merasakan umrah kali ini amat sukar berbanding dengan umrah yang kami laksanakan pada tahun 2007.

Setelah mencari beberapa alternatif akhirnya kami berjaya menurunkan berat badan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Ianya adalah bersama Jom Kurus 1 Malaysia musim 5 (JK1M#5). Pencarian kami pada mulanya adalah untuk mencari ilmu dan cara untuk hidup lebih sihat dan cergas setelah 5 tahun saya menjadi pesakit kanser usus. 5 tahun juga kami tidak boleh melakukan aktiviti berat. Berat dari 86kg turun ke 62kg dan dalam tempoh pemulihan naik semula ke 91kg. Setelah mendapat keputusan positif dari doktor dan kebenaran untuk beriadah, Alhamdulillah kami ditemukan dengan cara yang betul dan sesuai untuk kami, JK1M#5 adalah jawapannya. Ketika itu kecergasan kami pada tahap yang paling rendah. Akhirnya dengan izin Allah di sini kami berada untuk berkongsi pengalaman kami.

Kami bermula sebagai peserta JK1M kawasan Bangi di bawah Coach Wan Fadhilah (Fieyla)untuk musim 5 dan 6. Kami berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg tanpa menggunakan sebarang produk atau pil. Saya telah berjaya menjadi juara kategori lelaki dan pasangan pada musim ke 5. Dari situ kami teruskan usaha sampai musim ke 6.

Akhirnya kami memilih untuk menjadi pembantu jurulatih JK1M team Bangi untuk sessi 7. Pernah menjadi jurulatih untuk beberapa program penurunan berat badan yang lain seperti F2F dan Mesotropin Challenge. Disamping itu kami juga aktif menganjurkan coaching diet secara online.

Kami telah menjadi inspirasi kepada rakan dan ahli keluarga untuk turut berubah. Tujuan kami sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kelompok masyarakat yang lebih besar untuk mengurangkan risiko penyakit akibat berat badan berlebihan.

Pengalaman bidang kecergasan dan kesihatan:-
– Certified Fitness Trainer dari Fit Malaysia
– Sijil Asas Senamrobik
– Coach Dietfit Malaysia
– CPR Basic Life Support

Aktiviti:-

Minggu 1
– Timbangan Awal
– Diet Talk
– Teknik Asas Senaman

Minggu 2
– Bootcamp & Board game
– Tabata

Minggu 3
– Circuit Training
– HIIT

Minggu 4
– Senamrobik
– Fun Run

Minggu 5
– Body Weight
– Body Toning

Minggu 6
– Hiking
– Cardio Fitness Challenge

*sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

3 Reviews for LATIF

wanqhairiz19

1 Reviews

Pengalaman Terbaik dengan Coach Latif

5/ 5

Alhamdulillah, diberi peluang untuk mengenali Coach Latif yang sangat komited dan bersemangat dalam bidang fitness. Bagi yang mendaftar di bawah seliaan Coach Latif, anda sebenarnya telah memilih coach yang terbaik untuk menolong anda menurunkan berat badan dan memiliki berat yang ideal. Banyakkan bertanya kerana beliau amat pemurah dengan tips dan ilmu yang bermanfaat. Tahniah dan selamat berjuang!

Was this review ...?

faznor62

2 Reviews

Very Versatile Trainer

5/ 5

Coach Latif is very versatile in his trainings. He is knowledgeable, hardworking and his determination to achieve his goals has been inspirations to many. He is very helpful and understanding- thus he will guide you through your fitness journey without any stress. His friendly and jovial personality will definitely make your every session an enjoyable one!

Was this review ...?

arhammelon72

1 Reviews

Loss 20kg dengan coach Latiff

4/ 5

Mesotropin fitness challenge menemukan saya dgn beliau dan coach salwah journey 5minggu yg fun dan padat info hasilnya 133kg-113kg dlm 27hari atas support dari mereka termasuk team members abg Saadon,suriati, sya, Abu, Kak ain n abg Fazli, tq semua

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all