Saya Mazlan, salah satu “success story” yang berjaya menurunkan berat badan melalui Jom Kurus 1 Malaysia 7 dan 8 (JK1M7 & JK1M8). Pada asalnya berat saya adalah 102 kg dan berjaya menurunkan berat badan ke 77kg. Melalui pengalaman yang saya lalui dan ilmu pemakanan yang sihat, saya akan cuba bantu para peserta untuk bersama-sama saya dalam JK1M9. Bagi saya tiada yang mustahil untuk kita berjaya, untuk kita kurus, cuma semangat dan ilmu pengetahuan tentang cara untuk kurus itu penting. Tanpa ilmu, sia-sia saja angan-angan kita untuk kurus.

Selain dari pengalaman menurunkan berat badan sendiri, saya merupakan seorang trainer dari Escort Group Workout yang telah mengendalikan beberapa kumpulan workout yang tujuan utamanya untuk sihat dan menguruskan badan. Melalui pengalaman berdepan dengan pelbagai karenah peserta untuk kurus, walaubagaimanapun, mereka tetap berjaya menurunkan berat badan apabila disiplin dan mengikut cara yang diajar dengan baik.

Sepanjang pengalaman saya membantu peserta menurunkan berat badan, saya berjaya membantu peserta saya untuk menurunkan berat sekurang-kurangnya 6kg dalam masa 6 minggu program. Jadi dengan pelbagai testimoni yang telah berjaya, bagi saya bila mereka mampu lakukan, tapi kenapa bukan anda. Belum cuba belum tahu. Jadi jom sama-sama saya untuk kurus. Saya alu-aluan kamu semua dalam pasukan saya. Selamat bekerjasama.

Q Berapakah umur sasaran bagi program ini?

Semua peringkat umur boleh menyertai program ini

Q Dimanakah tempat program ini dijalankan?

Dewab Batu Tiga Subang (dewan bersebelahan dengan Restoran Rejab)

Q Adakah aktiviti hanya tertumpu kepada sesi senaman sahaja?

Sudah tentu tidak. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuklah pertandingan sukan antara kawasan Jom Kurus yang lain

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300.00
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Badminton
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Workout Session
  • Activity Minggu 1:Discover nature at Taman Botani
  • Aktiviti Minggu 5:Aerodance
  • Aktiviti Minggu 6:Fat to Fit
  • Aktiviti Minggu 3:Dodgeball
  • Additional Program Notes:Sesi workout akan dijalankan dua kali seminggu