Assalamualaikum, Saya Rasayu merupakan team leader JK1M dari JK1M musim ke 5 hingga sekarang dan seterusnya untuk musim ke 9. Saya adalah seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata dan tinggal di Besut, Terengganu.

Saya pernah mengalami masalah berat badan sepertimana anda di luar sana hadapi. Dengan itu, saya bertekad untuk menurunkan berat badan dengan menyertai jk1m#4 dan program seumpama ini ketika saya pernah menetap di Kuala Lumpur sebelum ini. Hasil daripada mengikuti program tersebut saya berjaya mengurangi berat badan saya sebanyak 13kg.

Dengan program ini, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman, tip-tip, rahsia dan apa jua yang saya tahu untuk membantu anda di luar sana. Tiada jalan yang singkat, Tiada supplement, Tidak perlu berlapar. Saya lebih menerapkan menjaga 80% cara pemakanan dan 20% senaman untuk membantu mengurangkan berat badan. Jangan ragu untuk memilih saya sebagai Team Leader anda kerana saya sendiri pernah merasai apa yang anda rasa sekarang.

Q Dimanakah tempat latihan akan diadakan?

Tempat latihan utama akan diadakan di sekitar Bandar Jertih, Bukit Keluang dan Kampung Raja. Bergantung kepada jadual latihan.

Q Berapa kali aktiviti dalam seminggu ?

Aktiviti dijalankan setiap pagi Jumaat dan sabtu, 2 kali seminggu. Bertambah/berubah mengikut keperluan dan persetujuan bersama peserta.

Q Sekiranya saya berpenyakit contoh Asma, bolehkah saya menyertai program ini?

Boleh, Terlebih dahulu dapatkan nasihat dari doktor anda.

Q Adakah jadual pemakanan akan diberikan sepanjang program ini?

Ya, peserta akan diajar dan diberi bimbingan bagaimana melakar plan pemakanan yang betul ikut kesesuaian berat badan peserta.

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 250.00
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Additional Program Notes:Aktiviti senaman 2 kali seminggu atau lebih mengikut keperluan atau kehendak peserta, homework senaman juga akan diberikan dan whatsapp group support.
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Sauna Workout
  • Aktiviti Minggu 5:Dodgeball
  • Aktiviti Minggu 4:Hiking
  • Aktiviti Minggu 3:Crossfit Beach Workout
  • Aktiviti Minggu 2:Running Awesome
  • Activity Minggu 1:Ice breaking, intro to exercise