Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya, Shazally atau lebih dikenali sebagai Tz adalah juga seorang yang pernah mempunyai masalah obesiti dan pernah mencecah berat sehingga 105kg pada tahun 2015. Banyak cara telah dicuba untuk menurunkan berat badan dan menjadi lebih sihat, akhirnya niat untuk berubah dapat direalisasikan apabila menyertai program sebagai peserta JK1M 3 Kawasan Ipoh dan telah berjaya menjadi JUARA JK1M 3, Kawasan Ipoh di bawah kendalian Coach Adly dalam masa hanya 6 minggu tersebut.
Secara keseluruhannya Tz berjaya mengurangkan berat 30kg dengan mengamalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang lebih sihat dan aktif. Tz percaya bahawa semua orang boleh berubah dengan kesungguhan, usaha keras dan sokongan yang kuat dari keluarga dan rakan positif disekeliling mereka. Dari segi pengetahuan yang Tz ada, Tz rasa terpanggil untuk menjadi team leader dalam program Jom Kurus sebelum ini supaya Tz dapat membantu mereka dalam melakukan aktiviti workout dengan cara yang betul.
Ini merupakan kali ke 4 program JK1M, Tz diberi kepercayaan oleh Sifu Kevin Zahri yang bermula dari JK1M 6 sehingga sekarang.Sebelum ini Tz telah berjaya membantu peserta-peserta bukan sahaja bagi JK1M musim ke 6,7,& 8 tetapi juga beberapa siri program weight loss yang dikendalikan sendiri, program Kryptonite Warrior 1 & 2..
Tz adalah Certified Fitness Instructor dari FIT Malaysia & Jurulatih Bertauliah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan dari Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari dan pengalaman mengendalikan lima program sebelum ini, Tz berhasrat untuk membantu dan berkongsi dengan semua bakal peserta @ Warrior JK1M 9.
“Imposibble Is Nothing” cos “Anda Buat Anda Dapat”. Semuanya bermula dengan langkah yang pertama!
Sekiranya anda merupakan “beginner” ataupun kurangnya pengetahuan cara untuk mengekalkan aktiviti serta rentak kehidupan yang sihat cergas serta mengamalkan pengambilan permakanan yang sihat , anda boleh mengikuti program saya . Program saya direka khas dan ada objektif tersendiri kerana dalam masa pembakaran lemak peserta turut juga mengalami keseronokan di samping meningkatkan stamina.
Tz sangat gembira melihat Warriors yang pernah Tz bantu, yang pada mulanya langsung tidak boleh berlari dan tidak yakin pada diri sendiri bila melakukan aktiviti, kini telah menjadi semakin cergas dan lebih aktif dan telah mampu berlari dalam event running 10 km.
Program JK1M 9 di bawah saya mempunyai 36 sesi, di mana aktiviti workout + game 6 kali seminggu .
Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat jam 8.30 mlm hingga 1030 mlm . Dan sessi Sabtu dan Ahad jam 8 pagi hingga 10.30 pagi.
Sesi timbangan dan ukuran badan akan dilakukan setiap hari Ahad setiap minggu.

12 Reviews for Shazally #Tz

syiedazim86

13 Reviews

team leader yang berjaya membantu masyarakat

5/ 5

Team leader yg mempunyai pengalaman diri sendiri dan telah membantu masyarakat utk mengubah gaya yg lebih aktif. aktiviti dalam program yang agak padat, pengisian yang lengkap dan teratur, dan mempunyai peserta paling ramai.

Was this review ...?

syafikha59

13 Reviews

Great experience

5/ 5

Nothing compared to own experience. Pengalaman yang sangat memberi inspirasi. Berjaya membantu ramai menurunkan berat badan dgn pengisian aktiviti yang sgt teratur dan konsisten. Keep up your great work and all the best 👍👍👍

Was this review ...?

afiqtakaful9250

1 Reviews

leader yang sentiasa tidak akan meninggalkan anak buahnya di belakang

5/ 5

abg shazally memg leader yang terbaik di ipoh.. tidak pernah meninggalkn anak didiknya di belakng. training dibuat setiap malam amat membantu bg yang free pada malam hari.. memg terbaikkk weii.. rugi kome xjoinnn team TZ

Was this review ...?

shuhadahmad9

1 Reviews

Great Leader

5/ 5

Special thanks to TL M shazally , leader yang sangat bertangungjawab dengan pengisian aktiviti sangat baik dalam membantu menurunkan berat badan secara efektif berkesan dan sihat. Mengakhiri JK dengan penurunan berat bersama pengalaman yang best dan terbaik! “Impossible is nothing”

Was this review ...?

hayar8774

1 Reviews

TL yg sentiasa positif dalam membantu anda untuk capai dan gapai impian dalam pengurusan berat badan

5/ 5

Alhamdulillah…sy pnah join jom kurus 7&8 bersama TZ…bg sy TZ mmg tl yg sgt baik dan positif untuk bantu dlm mencapai impian berat bdan..tl yg tak lokek dgn ilmu dan membantu tidak mengira masa..jom ramai2 join jk9 dibwh tl TZ…INSYAALLAH TERBAIK…JGN SEGAN…JGN MALU…KITA SEMUA KONGSI MASALAH YG SAMA…ni la platform terbaik utk kita berubah kearas yg lebih baik… #andabuatandadapat

Was this review ...?

dzulkifli650

1 Reviews

Latihan Penuh 7 Hari Seminggu

Saya join JK6 , latihan almost everyday walau pun yg diwajibkan sebagai leader 2..3 kali je seminggu. Selepas beberapa tahun selepas JK6, saya keep mantain berat ideal hasil wokout berterusan ngan team JK yg lain. Saya bagi rate 9.5 / 10 utk komitment TZ terhadap peserta JK di bawah Team TZ .

Was this review ...?

mashelmy.m21

1 Reviews

My best decision ever!

5/ 5

A great program can only be a success with a touch of a great leader.. Tz is one of the best coach that ‘i’ve trained with and he will always push you harder and keep you going as far as you wanna go. When you feels like to quit or to give up, he’ll be there to support and keeps you motivated to reached your goals. Been training under him since JK1M8, it was one of my best decision in life to joined this program. You’ll be amazed with how much changes you can see in yourself in just 6 weeks. I’ve lost 40kgs from my heaviest as of today, thanks to this great leader of mine. He’ll show you the way and all you had to do is follow him on that right track. #AndaBuatAndaDapat Trust me. Take your 1st step and register. You wont regret it!

Was this review ...?

ellyfeeza5

1 Reviews

Coach terbaik!

5/ 5

Saya join jk1m8 dgn berat hampir 90kg. Anak gajah kan.. hahahahaha.. dan tz adalah coach, pembimbing, motivator dan rakan yg byk membantu. Training utk badan almost everyday! Aktiviti sukan lagi.. dodgeball la.. badminton la.. apa sahaja masalah pemakanan ke x sihat ke just bg tau tz.. dia akan bantu bagi nasihat pd kita.. yg dia tak mampu tolong ialah… kalau diri kita sendiri malas nak berusaha utk sihat! Dan saya akan join lagi this jk1m9 utk belajar disiplin pemakanan, disiplinkan diri utk latihan kendiri dan kekalkan berat badan. #andabuatandadapat #positif Lets join!

Was this review ...?

kriska.vasu51

1 Reviews

The best team leader.

5/ 5

Tz is the best team leader. Very commited and caring. He is a good motivator too. Variety of activities…. wont make you feel bored. You will enjoy the journey of losing weight withTZ. Salute………

Was this review ...?

dakpalingcomot66

1 Reviews

Waktu yang flexible untuk semua

5/ 5

Training diadakan setiap Isnin hingga Jumaat setiap malam dan Sabtu Ahad setiap pagi dengan aktiviti yang berbeza. Ini memang kelebihan TeamTz supaya setiap peserta boleh sesuaikan dengan waktu masing-masing. Team pun memang best dan havoc, crowd yang ramai melebihi 30 orang setiap sesi, memang happening. So apa lagi, jom join TeamTz! 💪💪💪

Was this review ...?

isa.abdullah56

10 Reviews

Salah seorang Team Leader JK1M Terbaik di Malaysia.

5/ 5

Nak tahu kenapa? komitmen 6minggu – 7 hari seminggu – result pun gempak. Kawasan ini akan penuh bila-bila masa. cepat sebelum terlambat.!

Was this review ...?

aida_ismail12394

1 Reviews

Team Leader n rakan sepasukan terbaik

5/ 5

Bermula dr peserta hingga ke tl, banyak pengalaman yg tz perolehi dan terlalu banyak yang saya pelajari dari tz ni. Tz juga banyak membantu saya dlm dunia fitness. Terima kasih tz. Semoga ramai lagi berjaya di bawah bimbing bro m.shazally ni. Good luck tz. Kalian tak perlu bimbang jika berada di bawah bimbingan beliau kerana beliau pasti akan akan bersama-sama kalian dalam apa keadaan sekali pun.

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:Dodgeball & Badminton Game
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:T25 Workout
  • Activity Minggu 1:Sessi workout 5 kali seminggu bersama Warriors JK1M9
  • Aktiviti Minggu 5:Fun Run JK1M9
  • Aktiviti Minggu 6:Sukaneka JK1M9
  • Aktiviti Minggu 3:Long Slow Distance (LSD) Run
  • Additional Program Notes:Kembara Gua Tempurung & Hiking Bukit Kledang