Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana klik profil saya.

Nama : Muhammad Sheith bin Abdul Haris

Asal : Simpang Pulai, Perak

Umur : 31 tahun

– Pengalaman sebagai seorang Obes.

Saya pernah merasakan bagaimana tergangguya menjalani kehidupan sebagai seorang yang mempunyai berat badan yang hampir 100kg, pernah mencuba berbagai cara dan diet namun kurang berkesan, hampir berputus asa namun terus tekad dengan mencuba berbagai aktiviti dengan lebih serius dan akhirnya dalam masa 6 bulan hanya mampu menurunkan sebanyak 7kg.

-Menyertai JK1M

Dari berat 95kg ke 88kg, saya masih tidak berpuashati apabila melihatkan orang lain yang mampu menurunkan berat dalam masa yang singkat melalui program Jom Kurus 1 Malaysia. Dan akhirnya membuat keputusan untuk turut serta dalam program ini dibawah tunjuk ajar Coach Isa yang ketika itu sebagai Team Leader Seri iskandar, beliau pernah menjadi juara JK1M musim 1&2 berturut-turut.

-Naib Juara Kebangsaan JK1M

Setelah berusaha selama 6 minggu, diajar tentang cara pemakanan yang betul, aktiviti yang hampir setiap hari, akhirnya saya berpuashati dengan pencapaian menurunkan berat badan hampir 24kg dan berjaya menjadi Naib Juara Kebangsaan JK1M musim ke-4 dan Top50 pada musim ke-5.

– Team Leader

Pada musim ke-7 saya diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai Team Leader Seri Iskandar, walaupun masih baru dalam bidang ini, tetapi saya percaya dengan pengalaman yang sudah saya tempuhi tidak ada salahnya saya berkongsikan semula melalui program ini. Pada musim ke-9 ini saya memilih kawasan Simpang Pulai dan berharap agar dapat membantu warga Simpang Pulai untuk sama-sama mencapai misi yang sama, InsyaALLAH.

Sepanjang 6 minggu ini, saya akan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecergasan peserta masing-masing, kesemua aktiviti yang akan dirancangkan kemudian tidak akan sekali-kali mengenepikan aspek kesihatan dan keselamatan. AKtiviti akan dijalankan setiap hari Sabtu dan Ahad mengikut kesesuaian dan persetujuan majoriti kesemua peserta. Antara aktiviti yang akan dijalankan lebih kepada aktiviti yang memberi kesan secara langsung dalam menurunkan berat badan. Sekiranya berminat untuk menyertai cabaran ini, jangan berlengah lagi, ayuhlah bersama-sama kita menjayakan misi meringankan bumi Malaysia.

3 Reviews for Sheith Haris

syiedazim86

13 Reviews

Pengalaman menarik dari diri beliau sendiri

4/ 5

Pengalaman yang menarik kerana beliau memahami jiwa org obesity. dengan pengalaman yg beliau lalui , peserta2 akan lebih teruja untuk berkongsi tips dari beliau semdiri yg dah berjaya drop 24kg. profile yang sangat simple dan inspirasi untuk golongan obesity.

Was this review ...?

syafikha59

13 Reviews

Great success story

4/ 5

Nothing compared to own experience. Itu yg paling tepat menggambarkan beliau. Tidak mengenali beliau tetapi membaca success story beliau dan determination beliau memberi inspirasi kepada peserta lain. Keep up your good work and all the best

Was this review ...?

isa.abdullah56

10 Reviews

Tahniah Team Leader Simpang Pulai!

5/ 5

Jom warga simpang pulai dan sekitarnya sertai cabaran jom kurus musim ke-9. Pelbagai aktiviti 6 minggu menanti anda. Jangan berlengah lagi, jom kita bersama-sama dalam satu misi meringankan bumi Malaysia keluar daripada belenggu obesiti!

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range 300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:Group Workout