Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada mereka yang inginkan langkah pertama untuk kuruskan badan, mahupun mereka yang ingin kekalkan momentum penurunan berat badan. Jom sertai #segambutarmy.

Saya akan dibantu oleh Coach Rozi yang juga aerobic instructor.
Dan akan dibantu oleh bekas-bekas peserta JK1M sebelumnya kerana untuk musim ini, team segambut akan involve semua aktiviti sukan Ohlimpik anjuran JK1M (rujuk gambar). Menang atau tidak, itu tak penting, apa yang penting untuk JK1M9 ini, saya akan pastikan #segambutarmy sangat havoc, sangat meriah dengan aktiviti yang sangat padat yang akan menjanjikan pengalaman paling berharga untuk anda semua.

Ingin lakukan senaman tapi pernah ada kecederaan. Percayalah, hampir separuh team saya akan mengadu “coach sakit itu, coach sakit ini” sebab mereka join team ini tahu yang coach mereka physiotherapist berpengalaman. Setiap peserta akan melakukan senaman mengikut keupayaan masing2 dengan mereka yg mengalami kecederaan, senaman modifikasi akan diberikan.

Minat hiking atau aktiviti outdoor? Teringin tapi rasa tak mampu? Anda akan sertai Team yang kena dengan jiwa anda kerana saya merancang untuk melakukan sekurang2nya 3 trip hiking sepanjang program dengan mensasarkan gunung/bukit yang tak berapa susah tapi sangat rare pemandangannya. Contoh? Apa kata anda google Gunung Semanggol, Bukit Seladang, Bukit Panorama.. Mungkin anda berpeluang layan sunrise & awan karpet di sana nanti..

Oh ye. Saya merupakan sebahagian daripada keluarga Dietfit. Maka, panduan pemakanan anda berdasarkan ilmu Dietition tersohor iaitu Cip Mohd Khairul Azuan. Dengan erti kata lain, kita semua akan berkolaborasi dengan keluarga besar Dietfit Malaysia. Insyaallah, akan ada pelbagai yang akan dirancang bersama nanti..

Anyway jadual workout adalah seperti berikut :-

-> Lokasi : Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh
-> Hari : Isnin, Rabu, Jumaat
-> Waktu : 8.30pm – 10.00pm

Jenis workout termasuk lah : circuit training, weight training, bootcamp, cardio, dan aerobic/zumba

Jujurnya, info saya masih belum lengkap. Saya akan tambah dari masa ke semasa. Andai anda ingin bertanya terus dengan saya?

Hubungi saya atau whatsapp : 012-356 5374
Anda juga boleh follow saya di Instagram : @slay_physio
atau di facebook @sharizal.aziz.3

Malu untuk hubungi Coach Jambang ni? Anda boleh Hubungi
Muni : 019-694 5783
Coach Rozi : 012-632 8286

Di instagram, anda boleh search #teamslaytestimonial untuk dapatkan inspirasi & motivasi..

Slay Who?
-Physiotherapist (10 years experience)
-JK1M Team leader since Musim 7
-Trainer for multiple (10+) program including Dietfit, Mysihat Fit & Cool, Urban Fitcamp
-Freelance speaker for Physio/injury/rehab/exercise talk related
-Sering dijemput untuk memberi ceramah untuk pelbagai program korporat, program weightloss & kursus-kursus anjuran pejabat kesihatan daerah. klinik & sebagainya

11 Reviews for SLaY

sayasabri8745

1 Reviews

apa yang dikatakan itu betul

5/ 5

Saya saya seorang bekas perseta JK18 tapi bukan bekas peserta coach Slay kerana lepas sahaja program JK8 habis, kami dengan rasa seronoknya menyambung sesi perguruan di Segambut fit camp. Tiada stress, tiada senaman yang membuatkan kita rasa tak best dan menunggu hari-hari akan datang untung WO adalah satu penyeksaan. Pengalaman memanjat bukit adalah salah satu kelebihan untuk team Slay dan semestinya JK9 saya akan turut serta. Sesuai dengan tagline beliau once teamSlay, forever teamSlay…….

Was this review ...?

finasharif75

1 Reviews

Awesome coach..

5/ 5

Saya pernah join coach slay semasa Dietfit dan skrg Urban Fit Camp.. Coach yg berpengalaman dan kreatif dalam melaksanakan aktiviti workout..Tambahan pula coach slay seorang Fisioterapi dan dari segi anggota badan yang masalah /sakit semua coach slay tahu cara atasinya.. Yang paling best syok hiking dengan coach slay sebabnya coach slay setia menunggu kami2 yang obes ni walaupun lambat.Memang terbaiklah..Aktiviti pula macam2 adoo.. Fun2 jer tapi burn kcal banyak tu .. Memang sangat enjoy join ngn coach slay dan yang pasti Coach Slay merupakan seorang COACH YANG AWESOME DAN SANGAT KOMITED…

Was this review ...?

nashrahlamin62

1 Reviews

Coach slay mmg padu!

5/ 5

Nak rs enjoy n happy waktu work out pi lah ikut coach bangla ni. Muka garang tp dlm hati ada kupu2 sedang terbang. Dgn dia saya dpt turun bdn sbyk 14 kg. Dgn tak jemu jd malin pnjt bukit n gunung, betulkan cr senaman yg salah, buat permainan yg sgtlah terbaik… Bg saya dia antara coach yg terbaik yg pernah saya ada.

Was this review ...?

pian_125117

2 Reviews

Jom workout dengan gumbira

Workout dengan teamslay segambut / cheras seronok dan anda harus mencubanya. Saya berumur 41 tahun dan punyai berat yg ohseme punya berat pun mampu buat senaman inikan pula anda. Jom sertai aktiviti bersama coach @ #coachjambangjambuuu di jk1m9 yg akan dtg.utk yg suka hiking,anda tak salah pilih jika anda pilih group exercise ini kerana coach adelah sweeper dan tanker terbaik penah jumpa.jom …jommm

Was this review ...?

pian_125117

2 Reviews

Jom workout dengan gumbira

5/ 5

Coach ohseme lagi terbaikk.. Yg penting coach tak marah kita jika tak larat… Buat workout dengan gumbira bersama beliau sejak jk1m8 diikuti dengan segambut fit camp dan sekarang urban fit camp…. Seorang sweeper dan tanker yg amat kemetot eh komited dengan workout hingga setiap masa workout anda akan bertukar .bosan workout? Tidak terjadi dengan coach jambang ini.jika anda nak cabar diri anda dengan senaman berkumpulan,jomlah join teamslay di jk1m9 segambut/ cheras

Was this review ...?

mcneil_sms90

1 Reviews

Seronok exercise dengan Coach slay

5/ 5

Setelah lama tidak excercise, sy decide join dietfit 2 under coach slay.. plg dekat dengan rumah sy.. mula tgk muka mcm garang tp silap rupanya.. fun workout and activity.. ada je idea creative dr coach dan selalu buat kami rasa selesa dan seronok utk bersenam.. it was fun and exciting experience with coach slay..

Was this review ...?

dieyna_4636

1 Reviews

Coach Slay is the best

5/ 5

Very supportive coach/team leader.. Sape nk kurus, nak dptkan exercise n tips terbaik jomm join coach slay..Confirm berjaya!!!

Was this review ...?

misshana9121

1 Reviews

untitled

5/ 5

sgt recommended utk korg yg baru nak memulakan journey turunkan berat badan.. jgn malu atau segan sbb semua org pny misi yg sama.. workout yg best dgn mcm2 activity yg menarik.. utk yg minat hiking tp msh obese jgn risau sbb #coachjambang akan sentiasa ada kt blkg korg time hiking.. sweeper gred a++ ni tau.. hehe jom join team #segambutarmy !

Was this review ...?

seha_omar37

1 Reviews

JOm Exercise dengan – Coach Slay Jambang Very Understanding N Supportive…

5/ 5

Tak Kenal Maka Tak Cinta…… Saya anak didikan Coach Slay, mula dari tahun 2015 hingga sekarang..Jadi nak tahu kenapa saya masih lagi ber ‘Exercise dengan Coach Slay’ sampai dapat title #AsyikMukaYangSamaJea# #DahKurusTpMasihExerciseDgnSlay# Jadi anda kena join..baru anda tahu #’KenapasayamasihterusdenganSlay” Muka jea nampak garang dan Jambang….tp hati ade taman….very understanding..and supportive… Exercise ikut keupayaan…diri sendiri…yang penting Enjoy every sessi… JOm…JOm…Join Slay…..Anda pasti akan KURUS dengan cara Sihat….. Coach Jambang Pink.@Slay….

Was this review ...?

muni_habshee100

1 Reviews

Mmg best n terbaikk

5/ 5

Once teams slay, forever teams slay.. ni kami semuaa dlam #teamslay.. coach mmg terbaikkk n best, sgt prihatin n yg pnting coach glerrr kut 😂😂 Jujur bgthu, saya klu dah ikut coach tu n best n ngam, mmg ikut jer laa smpi coach tu bosan n x nak dahh 😜.. 1st join coach Slay dlam Dietfit 1, pastu sbb dah ngam n sronok, bila coach dpat JK1M8 kt Segambut, buat kptsan join jgakk wpun dr Cheras g ke segambut n dkat Cheras sdri ade 2 team utk JK, salah stu btul2 lokasi exs taman dpn kwsan perumahan, tpi sggup jer g segambut 😬😬 #ikutcoach Yg best bila join ngan Coach Slay ni, wo mmg x pnah samaa laa, semua bnda dia buat x trcapai akal kut, slalu x leh jgka dia nk buat apa 😑😑 pastu byak games yg buat exs tu lgsg x boring tpi pnat dia mcm kna belasah kaw kaw laaa, x sdar pun dah exs sbb sbuk main games kann.. stakat sakit2 tu, dah x leh kira brapa byak mngadu kt coach, pm tepi laa jmpa laa ap laa smpi bosan nk ckap tpi yg bestnyerrrr coach layann jek 😬😬 sbb tu laaa x rugi lgsg nk join kami2 lam #segambutarmy ni sbb x kan mnyesal laa.. tqq coach for being an awesome coach 😊😊 nk tlis pjg lagiii tpi ckup laa, nk thu kna join laa dlu kann 😬

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM300
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all