Checkout Ticer Amy Watch Video

Asalamualaikum wbt Salam satu Malaysia.

WHAT ARE YOU SACRIFICING TODAY FOR A HEALTHIER TOMORROW LOVELIES??
That high fat&calorie meal? your TV time??
REMEMBER YOUR HEALTH IS WEALTH, ONCE GONE IT IS A STRUGGLE TO REGAIN!!!

Saya Nur Amydah Binti Md Yasin, berumur 32 tahun, ibu kepada 2 orang cahayamata. Merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di SMK Sungai Layar. Menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan( Psikologi Sukan ).Pernah mengikuti latihan ketenteraan sebagai Pegawai Simpanan Tentera Darat (PALAPES) dan berkhidmat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani Kedah selama 5 tahun di unit 3 Armor. Selain menjadi guru saya juga mempunyai beberapa kelayakan di luar bidang seperti :
*Aerobic Course Level 1 & 2 dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
*Instructor Certification in Kukuwa African Dance Fitness.
*Scuba Diving Open Water Course
*Swimming Instructor
*Aquatic Fitness/AquaFit Dance Instructor
*Hockey Coaching

_______________________________________________________________
PENGALAMAN :

Program Kurus & FITT yang saya amalkan adalah 60% pemakanan sihat (eat clean) dan 40% variasi aktiviti kecergasan. Terlibat dalam program menurunkan berat badan selama 7 tahun. Kebanyakkan klien saya menyukai cara saya adalah kerana saya tidak menggunakan suplemen, mereka boleh mengambil nasi dalam diet harian mereka. Saya menerangkan cara pemakanan yang seimbang dan cara menyediakan makanan bernutrisi sekaligus mendapat nutrien dan zat yang berkhasiat untuk merawat dan meningkatkan kualiti pemakanan mereka. Program latihan kecergasan pula adalah mengikut kesesuaian dan kemampuan individu. Training program adalah merangkumi kesemua aspek kecergasan.
_____________________________________________________________
OBJEKTIF DALAM JK1M9 :

1. Ingin membantu semua peserta mencapai objektif mereka seperti untuk menurunkan berat badan secara sihat tanpa suplemen kurus.
2.Menyediakan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan selamat.
3. Melakukan pelbagai jenis aktiviti fizikal selama 6 minggu.
4. Memberi tips pemakanan seimbang dan sihat untuk menurunkan berat badan.
5. Memantau pemakanan peserta setiap hari.

SEBAB ANDA PERLUKAN BANTUAN SAYA :

Jika anda sememangnya sedang diet dan menjalankan aktiviti fizikal untuk menguruskan badan tetapi mempunyai tanda-tanda berikut. Bermaksud anda perlukan bantuan :
1. Diet yang membebankan diri sendiri contoh tak ambil nasi/tak boleh minum air ais/banyak pantang yang tak boleh makan itu ini(mitos).
2. Diet sihat tapi masih rasa tidak ada tenaga, kerap demam, selsema dan tidak sihat.
3. Berat badan yoyo tidak konsisten naik turun.
4. Berat badan turun tetapi cepat naik semula.
5. Berat turun tapi body shape tiada (banyak flabby).
6. Terlampau exercise berat setiap masa.
7. Dah exercise tapi berat susah nak turun.
8. Tidak boleh tidur malam.
9. Period tak teratur(wanita)/senggugut kuat.
10. Kerap nak makan makanan tidak berkhasiat.
11. Tak tahu cara meningkatkan % otot bersih.
_____________________________________________________________
Pengalaman :

Merangka dan melaksanakan program Loss Weight Challenge, Gain Weight Challenge, Fat Loss Challenge, Muscle Mass Challenge, Slim Fit Challenge kepada masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah.

Memberi ceramah kesihatan dan kecergasan kepada staf Pejabat Kesihatan Sungai Petani.
_______________________________________________________________
TESTIMONI :

Pencapaian terbaik adalah peserta berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam tempoh 14 hari tanpa suplemen.

Berjaya menurunkan berat badan seorang guru wanita dari SMK SUNGAI LAYAR sebanyak 10 kg dalam masa 6 minggu.
_______________________________________________________________
KAWASAN AKTIVITI/LATIHAN :

1. MISS WORKOUT STUDIO SUNGAI PETANI, JENIANG
2. GYM BEDERKATAN TEMPAT TINGGAL PESERTA (perbincangan mengikut team/kawasan)
3. PADANG AWAM/SEKOLAH (mengikut pilihan peserta)
4. INDOOR POOL BLUE ONE BUTTERFLY LAGUNA MERBOK

10 Reviews for Ticer Amy

ctluvim65

1 Reviews

Awesome

5/ 5

Very simple to follow step n best for me to appy everyday..I like 1000

Was this review ...?

nuratulsalamah66

1 Reviews

An awesome experience with my beautiful coach.

5/ 5

Pn. Amydah merupakan rakan sekerja, coach dan teman yg sgt friendly dan humble. Beliau sentiasa bersedia berkongsi ilmu dari aspek kecergasan dan cara pengambilan makanan yang bernutrisi. Saya pernah turut serta dlm Challenge Slim fit Sekolah yang dikendalikan beliau dan saya berjaya meningkatkan kecergasan diri dan memantapkan fizikal saya secara sihat..Alhamdulillah…

Was this review ...?

ayusalwani55703

1 Reviews

My lovely strong Ticer Amy

5/ 5

Hi sy slh seorg ank didik Ticer Amy,slma lbih kurang 5thun bnyk program dan pengalaman yg trbaik xdpt dekat tmpt lain ,stiap aktvt & step pnuh energy,rugi kalau xjoin ,sy rasa sendiri dan sy dpt hasilnya berat turun ,step &kelas yg brbeza xbosan ,peloh 1bdn tips pemakanan yg betul dan ilmu pn dpt 👍🏻💪🏻💦 #coach yg hebat tq Ticer Amy

Was this review ...?

mnnoriza76

1 Reviews

Alhamdulillah kurus dan fit

5/ 5

Akak umur 47, selama Ni memang berazam nak kurus tapi cara agak ‘keras’ so x jadi. Alhamdulillah dgn pendedahan dr Amy ttg pemakanan dan buat senaman yg sesuai tercapai akhirnya, fat turun dan rasa lebih fit untuk kerja. Akak bersyukur. TQ and Jazakallah… Amy. Teruskan misi

Was this review ...?

zuraidazailan56

1 Reviews

Erobic dance fun

5/ 5

Aktiviti yang dijalankan khususnya erobic dance mampu menghilangkan tekanan kepada saya apabila penat bekerja.Selain itu apabila melakukan muscle conditioning membina dan mengurangkan lemak di otot apabila kita berpeluh.Jadi..chaiyok Tecer Amy.

Was this review ...?

animalismksglayar5

1 Reviews

workout terbaik…

5/ 5

aktiviti workout yg dikendalikan oleh ticer amy memang best dan terbaik..I LIKE..😍

Was this review ...?

mashitamohdisa72

1 Reviews

Anda buat anda dapat!!!

Pn. Amy adalah seorang coach yg berpengalaman dlm program kecergasan dan pengurusan berat badan. Beliau menggunakan pendekatan yg sgt mudah, mesra dan sgt berkesan. Menguruskan badan memerlukan ilmu dan beliau tidak lokek memberikan ilmu kpd saya dan rakan2. Sedia membantu pd bila2 masa, segala langkah yg diajar amat mudah diikut dan yg penting, ianya sgt2 berkesan dan kami enjoy ketika berdiet dan melakukan aktiviti dgn beliau. Anda sgt2 beruntung jika beliau mnjdi coach anda ❤️

Was this review ...?

Ticer Amy

1 Reviews

Mudahnya nak kurus

5/ 5

Dengan pendedahan teknik pengambilan pemakanan seimbang yang betul daripada amy , telah memberi satu laluan yang mudah untuk kurus….tak percaya…anda perlu mencuba. tambahan pula dengan senaman yang berterusan sudah pasti impian jadi kenyataan. seterusnya ilmu pengiraan kalori yang diaplikasi daripada ticer amy lebih cepat membantu untuk memastikan berat ideal dicapai.

Was this review ...?

88

1 Reviews

Awesome workout routine

5/ 5

A very talented instructor…..highly recommended for those who want to be slim and fit in a healthy way….

Was this review ...?

nikazniwati32

1 Reviews

Jom kurus n sihat

5/ 5

Alhamdulillah….dengan bimbingan n tunjuk ajar ticer amy saya ade kesedaran untuk kurus n sihat…bimbingan n tunjuk ajar ticer amy mementingkan gaya pemakanan yg sihat…amat berkesan kerana tidak menggunakan ape2 suppliment..selepas join sunlay slim fit saya amat yakin untuk menyertai JK1M9 untuk kurus n sihat 💪💪💪💪💪💪💖💖💖💖💖💖

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM 250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
Show all