Zalinawati Bt Othman, dikenali sebagai gelaran “Cikgu Na ” dikalangan rakan -rakan. Beliau merupakan seorang guru berpindah dari negeri Johor ke Kelantan, negeri kelahiran pada tahun 2008 dan bertugas di Sk Lemal Pasir Mas sehingga hari ini . Sangat sukahati bertugas di kampung sendiri beliau mula makan makanan yang sedap-sedap, badan naik mendadak sehingga 72 kg, menyedari badan bertambah besar beliau mula membeli pakaian berwarna hitam untuk menutup lemak-lemak , pernah berlapar untuk kurus namun semua itu tidak dapat menyelesaikan masalah kerana tanpa panduan yang betul.

Beliau akhirnya dihantar oleh suami ke pusat senaman dan mengenali senaman Zumba serta jenis –jenis senaman lain . Bermula dari situ beliau mula sedar tentang pentingnya tentang penjagaan kesihatan dan senaman yang betul, beliau mula melayari internet tentang diet sehinggalah terbaca pengalaman-pengalaman peserta-peserta jom kurus yang dikendalikan oleh Kevin Zahri, serta menghadirkan diri dalam seminar JOM KURUS yang telah diadakan di Kelantan. Beliau mula sedar tentang pentingnya senaman dan diet yang betul.

Beliau juga amat meminati senaman Zumba dan akhirnya beliau mengambil kursus untuk menjadi instruktor Zumba bertauliah dan serta menghadiri kursus-kursus yang dikendalikan oleh Zumba.Com.

Oleh kerana sangat cintakan dunia kecergasan serta ingin membantu rakan –rakan supaya sihat beliau telah membuka pusat senaman yang dinamakan Natino Fitness Centre, beroperasi sehingga hari ini. Bukan itu saja beliau telah dijemput untuk berkongsi ilmu dengan mengadakan bengkel sihat oleh agensi-agensi kerajaan serta swasta. Beliau juga dijemput sebagai instruktor jemputan event berprestij di Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan 2017.

Untuk menjadikan seorang instruktor yang hebat dan berilmu pengetahuan beliau juga banyak menghadiri kurus-kursus bertauliah seperti Masala Bhangra level 1 dan level 2, Salsation, Zafina,AFAA dan Kursus Sains Sukan oleh Majlis Sukan Negara. Kini beliau amat bangga kerana telah terpilih untuk menjadi Team Leader kawasan Pasir Mas , Kelantan.
Kini tugas beliau adalah mengajak seramai mungkin penduduk Pasir Mas menyertai menyertai JOM KURUS 1M MUSIM KE 9 .

Objektif beliau dalam jom kurus musim 9 kali ini adalah untuk membawa perubahan kepada warga Pasir Mas,untuk menjalani kehidupan seharian yang sihat dengan menyertai beliau dalam pelbagai aktiviti seperti senaman zumba,aerobik,mendaki bukit bermain futsal dan sebagainya.

Beliau juga akan berkongsi ilmu dan membimbing peserta bagaimana cara memilih menu yang sihat .

Apa yang anda akan perolehi sekiranya menyertai beliau dalam jom kurus musim9 kawasan Pasir Mas:

1. Anda akan didedahkan bagaimana cara menganalisis badan sendiri.
2.Anda akan dibantu/dipantau dalam proses menurunkan berat badan .
3.Anda akan merasa selesa dibawah kendalian beliau .

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Aktiviti Minggu 4:SENAMAN DI PANTAI
Show all
  • Aktiviti Minggu 2:SENAMAN ZUMBA UNTUK SETIAP PESERTA
  • Activity Minggu 1:MENDEDAHKAN CARA PEMAKANAN YANG BETUL DAN CHECK UP TAHAP KESIHATAN PESERTA TERMASUK MENIMBANG ,MENGUKUR DAN SEBAGAINYA. BERKONGSI ILMU PEMAKANAN YANG BETUL ,PEMILIHAN PEMAKANAN YANG BETUL,MENINGKATKAN METABOLISMA BADAN.,MENDEDAHKAN TEKNIK SENAMAN YANG BETUL.
  • Aktiviti Minggu 5:HIKING
  • Aktiviti Minggu 6:BERSAMA TEAM LEADER LAIN SEPERTI ZUMBA, DAN FUTSAL
  • Aktiviti Minggu 3:LATIHAN CIRCUIT TRAINING.