Assalamualaikum.. haii.. hello .. salam sejahtera saya Noorzariah Binti Yusof atau lebih mesra dipanggil Zaa, teamleader bagi kawasan Jeli, Kelantan buat julung kalinya merasmikan kawasan jeli sebagai Teamleader program Jom kurus 1 Malaysia. Ia bermula sejak saya sendiri melibatkan diri dalam program ini musim lepas iaiti JK1M musim 8 dan Berjaya mencapai misi saya.
Siapa saya??? Bila saya Bermula? Za merupakan salah seorang ‘SUCCESS STORY’ daripada program Jom Kurus 1 Malaysia . Bertitik mula sebagai peserta JK1M musim 8 pada tahun 2017 juga iaitu awal tahun dengan berat terkumpul 60.3kg, dan Zaa berjaya turunkan berat badan kepada 54.5kg dalam masa hanya 4 minggu mengikuti program ini.kenapa 4 minggu? Sebab Zaa dapat tahu program Jk1m 8 masa tu dah agak terlewat. Dan misi diteruskan walau program telah tamat dan sekarang dapat turun sebanyak 11kg dengan berat ideal 49.3kg.
Objektif program Jk1m itu sendiri adalah untuk membantu orang ramai yang mengalami masalah berat badan dengan cara yang sihat, maka Zaa sekarang cuba mengambil peluang sebagai ‘Team Leader’ di kawasan Zaa sendiri.
Dari seorang peserta terus menjadi team leader dan memilih hanya WANITA SAHAJA dan mempunyai pelbagai latar belakang,peringkat umur,masalah obesity, berpenyakit dan lain-lain. Kenapa WANITA SAHAJA? YA, Zaa sangat percaya dan memahami jiwa wanita – wanita diluar sana yang mempunyai masalah seperti Zaa dahukunya dan tujuan utamanya kerana wanita lebih memahami hati wanita, dengan harapan ilmu dan perkongsian pengalaman Zaa sendiri ini terus sampai dan dirasai serta diresapi lebih mendalam oleh peserta wanita.
Untuk musim ini Zaa sendiri sebagai teamleader akan mengajak lebih ramai untuk mengamalkan ‘GAYA HIDUP SIHAT’ dan ‘ LAWAN OBESITI’ dikalangan wanita-wanita khusunya di Jeli.
Dan lagi hebat musim ini juga, peserta diberi peluang untuk menghadiri seminar bersama sifu Kevin Zahri untuk mendengar sendiri penerangan daripada sifu atau mister fitness Malaysia ini.
Jika kita lihat dari sudut KESIHATAN bagi berumur 40 ke atas, peserta dari program ini yang mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, darah tinggi, diabetis, sakit bahagian lutut akan mendapat PERUBAHAN yang POSITIF malah dapat mengurangkan masalah penyakit yang dihadapi sebelum ini. Seterusnya akan mengubah corak kehidupan mereka kea rah lebih sihat.
Apakah aktiviti yang disediakan sepanjang 6 minggu ini berlansung?
Dalam tempoh ini Zaa akan pantau berpegang kepada ‘sifir fitness’ iaitu 80% PEMAKANAN SIHAT dan 20% SENAMAN.Untuk minggu pertama dan kedua, peserta akan lebih ditekankan berkenaan ILMU PEMAKANAN tentang diet pemakanan sihat, cara penyediaan makanan sihat, pelan pemakanan sihat, kuantiti pengambilan makanan yang betul,dan nilai kalori setiap makanan.
Disamping itu juga, jadual senaman 2 KALI SEMINGGU yang penuh variasi dan menarik yang tidak hanya TERTUMPU PADA 1 AKTIVITI SENAMAN SAHAJA. Tujuan mevariasikan senaman ini adalah untuk membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat dalam membuang lemak – lemak dan menggalakkan peserta untuk mula aktifkan diri secara tidak lansung tanpa rasa tertekan.
Antara LATIHAN yang penuh mencabar untuk team Za:
-Bodyweight training/Circuit training
-Tabata/Weight Training
-Cardio training / Aerobic / Zumba
-Hiking
-Weight Training
Nak tau lebih lanjut cepat-cepat KLIK icon tulisan ‘BOOK NOW’!
10 PESERTA PERTAMA BAKAL MENDAPAT DISKAUN 10%, MANA TAHU ANDA ANTARA YANG TERAWAL?? Siapa Cepat Dia Kurus! Bagi semua sahabat-sahabat
Jom sebarkan JOM KURUS SECARA SIHAT di Jeli dan tukar cara hidup kita ke arah yang lebih aktif. Kurus cantik dan sihat adalah BONUS bagi seorang wanita untuk tampil lebih yakin.
Nak kurus meh follow team Zaa. #teamKurusZa.

Q Berapa Lama program ini berjalan?

Program ini berjalan selama 6 minggu sahaja

Q Apa aktiviti yang di jalan kan sepanjang 6 minggu bersaa team Zaa?

Pelbagai Variasi senaman akan kita lakukan bersama-sama bagi menjayakan misi kita kurus sihat dan cantik

Q Apa lagi keistimewaan untuk join Team Jeli

Ye , saya sebagai team leader anda akan memantau gerak geri makan anda dan saya kan ajar anda untuk mengathui pegambilan kalori yang patut anda ambil sehari

Q Adakah akan berjaya ?

Ya, saya akan pastikan peserta yang terlibat akan berjaya dan mencapai misi

Q Di manakah aktiviti ini di jalankan?

Aktivi variasi senaman akan di adakan di Padang terbuka dan deean tertutup seitar Jeli

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:No
  • Sesuai untuk beginners?:Yes
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:No
  • Additional Program Notes:MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEPANJANG PROGRAM JK1M MUSIM 9 DI KAWASAN JELI KHUSUSNYA.
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:AEROBIC & GYM
  • Aktiviti Minggu 5:HIKING & TYRE TRANING
  • Aktiviti Minggu 4:WEIGHT TRAINING
  • Aktiviti Minggu 3:RUNNING MAN & TYRE TRANING
  • Aktiviti Minggu 2:CIRCUIT AND TABATA TRAINING
  • Activity Minggu 1:INTRODUCTION TO JK1M MUSIM 9