Saya merupakan seorang yang aktif pada suatu ketika dahulu, semua jenis aktiviti yang ada di sekolah saya akan sertai malah saya juga pernah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah pada suatu ketika dahulu, berat badan saya mulai naik semasa saya menyambung pelajaran di peringkat universiti. Hal ini kerana saya tidak mempunyai masa secukupnya untuk bersukan tambahan pula bersikap malas. Akibatnya berat badan saya mula naik sehingga 63kg pada ketika itu.

Selepas bersalin anak pertama berat badan saya tidak pernah kurang dari 80kg. Keadaan ini makin berterusan kerana setiap kali saya mengandung iaitu ketika mengandungkan anak kedua dan ketiga perkara wajib bagi saya ialah terpaksa meminum air gula. Walaupun, berat badan saya melebihi 80kg tidak menjadi halangan bagi untuk terus aktif bersukan, jogging, bermain bola jaring,bola tampar, badminton. Namun begitu, berat badan saya tidak pernah turun. Kelihatan badan macam dipam-pam je dah macam belon, muka semakin bulat, sering diejek dan disindir oleh adik beradik dan saudara –mara mengatakan saya gemuk.

Saya mula berasa malu dengan diri saya, menyebabkan saya tidak suka bersemuka dengan orang lain, malu untuk jumpa kawan- kawan ,malu untuk jumpa saudara mara , saya selalu menggelak, melarikan diri ketika sesi bergambar, segan dengan badan saya yang gemuk.

Saya pernah terbaca berkenaan Program JK1M di internet beberapa session lepas. Akan tetapi disebabkan kekangan masa, terpaksa saya lupakan sehinggalah saya berpindah daripada Petaling Jaya pulang ke negeri kelahiran saya negeri Kelantan. Setelah saya berpindah ke sini, perasaan terlalu gembira tidak dapat disembunyikan, kerana terdapat pelbagai masakan Kelantan yang saya gemari dan menikmatinya. Saya ibarat rusa keluar kampung apa sahaja masakan yang ada di kelantan saya makan, pantang mengetahui bahawa terdapat kedai-kedai atau gerai-gerai yang menyediakan masakan best. Apa yang pastinya, saya akan sampai ke situ, sehinggalah saya sedar saya umpama pohon yang rendang…Berat badan sudah mencecah 97kg..pakaian@ kain baju semuanya dah tidak muat untuk dipakai.

Akhirnya, saya bertekad untuk menurunkan berat badan saya, macam-macam usaha saya cuba antaranya termasuklah mencari kelas- kelas yang boleh mengeluarkan peluh saya, kelas Erobik, Zumba, bermain badminton dan jogging. Hampir 3 bulan saya start berpeluh, Berat badan saya hanya turun sehingga 5kg sahaja sehinggalah saya terbaca ada Program JK1M6 yang akan didakan pada Januari 2016, Walaupun pada ketika itu saya menetap di Kuala Krai saya sanggup untuk hadir ke Program JK1M6 yang hanya ada di Tanah Merah, saya mengambil keputusan untuk menyertai program tersebut.

Betul kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih, Program ini banyak memberi manfaat kepada saya dari segi ilmu yang diperolehi banyak mengubah gaya hidup saya. Pelbagai aktiviti yang saya lakukan sepanjang program ini contohnya hiking bersama team,circuit training, tabata training , Swimming serta bermain nettball bersama-sama dan banyak lagi. Sehingga kini saya telah berjaya menurukan berat badan saya sehingga 68kg. Alhamdullilah dengan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh coach, saya masih lagi berdiri pada landasan yang betul. Ilmu pemakanan yang sihat ini saya amalkan sehingga sekarang…

Untuk JK1M9 Saya diberi peluang untuk memperkenalkan program ini di Bachok sebagai “Team Leader”

APA YANG ADE DALAM JK1M9 KALI NI

Program ni akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik, pada minggu pertama dan kedua peserta akan didedahkan bekenaan dengan Cara pemakanan betul,diet pemakanan yang perlu damalkan,kaedah mengira kalori yang betul ,mealplan untuk setiap minggu perlu disediakan dan sedikit perkongsian tentang “SUCCESS STORY”

Manakala minggu seterusnya perserta didedahkan dengan latihan senaman yang bersesuai mengikut kemampuan peserta. Untuk pengetahuan semua, latihan akan diadakan pada hujung minggu iaitu hari jumaat dan sabtu setiap minggu selama 6 minggu.

Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang program antaranya termasuk:

-Fitness& Nutrition Talk
-Circuit Training/Cardio Training
– Futsal/Dodgeball
-Tyre Training/ Tabata
-Aerobic and Zumba
-Hiking /Beach Bootcamp
-Dinner Jomkurus

Tidak rugi sekiranya anda menyertai program sihat JK1M9 kali ini. Sama-sama kita lakukan semua aktiviti jasmani demi menjaga kesihatan pada tahap yang terbaik untuk diri sendiri,dengan menyertai program ini juga memerlukan kesabaran,semangat yang jitu dan apa yang penting keyakinan diri untuk mencapai hasrat yang diingini , berbagai-bagai alasan yang kuat untuk kita KURUS paling penting sihat dan jangan amalkan DIET YANG MEROSAKKAN DIRI SENDIRI

JOM FOLLOW TEAM ZILLA

“Take care of your body it’s the only place you have to live in”
#JK1M9
#Teamzillabachok
#Zealzilla
#zealtowardshealty

“ I Fit You Fit” want to be a fit LeT’S go join me…”

Q Dimanakah Program ini akan diadakan?

Program ini akan diadakan di sekitar kawasan Bachok dan mengikut jadual yang akan diedarkan

Q Siapakah yang sesuai utntuk menyertai program ini?

Program ini sesuai kepada semua lapisan wanita tidak kira tua atau muda, sesuai jugak kepada wanita yang ingin mebuat perubahan ketas diri dia, ssuai untuk wanita yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, semua wanita yang nak sihat dan kurus adalah bonus.

Q Adakah program ini berbayar?

Ya ,Program ini berbayar

Q Berapa lama jangkamasa yang diambil untuk menjalani satu latihan?

masa yang akan diambil dalam 1,2 jam setiap latihan.

Q sekiranya saya penghidap penyakit kencing manis ataupun darah tinggi, bolehkah saya menyertai program ini?

Boleh, ini kerana sepanjang didalam program peserta akan didedahkan dengan cara pemakanan yang sihat, gaya hidup sihat, dan latihan yang sesuai ke pada

Q Adakah program ini mengganggu rutin harian saya?

sama sekai tidak ini kerana program hanya dijalankan pada cuti hujung minggu dan mengambil masa 2 jam setiap latihan

Q Saya tidak pernah bersukan, Adakah program sesuai untuk saya?

tepat sekali kerana Latihan/Aktiviti yang dijalankan mengikut kemampuan peserta.

Q Sejauhmanakah Keberkesanan program ini?

Program ini mampu mengurangkan berat badan secara konsisten peserta melalui amalan pemakanan yang sihat dan senaman yang secukupnya.

Q Apakah keistimewaan program JK1M9 kali ini berbanding program sedia ada?

Dibimbing oleh "TEAM LEADER" yang berpengalaman , pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan dan tidak membebankan peserta.

8 Reviews for ZILLA

nadia

4 Reviews

Success story dari #Teamauranad Tanah Merah

5/ 5

Tahniah kerana masih teruskan journey kurus kita Kak Zila. Awak buat, awak dapat, 1 step forward. Zila antara peserta yang paling ‘hyperactive’ dan bersemangat. Bila dia workout, dia buat gila-gila dan hasil pun gila-gila la. Sentiasa support geng jom kurus dengan suara yang memang sampai ke hari ni aku akan ingat. hehe..gonna miss u. Musim jk9 kita dh tak bersama la ye. Good luck sis. Selamat berjuang di Bachok.

Was this review ...?

s.hasilahamzah27

2 Reviews

Masanya telah tiba… Koc zilla #teambachok

5/ 5

Tahniah zila… Pelopor #teambachok! Bermula sbg peserta, skrg sbg team leader jk1m9. Kalu dl jd pembakar smngt kawan2.. pasti lebih yg dapat zilla berikan pd team sendiri. Zilla antara inspirasi sy semasa dalam musim lps. Bersedia orang2 bachok… Peminat tegar outdoor ini bersikap open minded, ceria dan bersemangat waja. Success story diri zila sendiri sdh cukup meyakinkan untuk team bachok sama2 berjaya dlm Journey kurus cara sihat. JOM!

Was this review ...?

ahza_79804

1 Reviews

Bravooo…Tahniah & zilla dengan adanya program seumpama ini. Saya yakin anda mampu menyemarakkan lagi semangat kesukanan terhadap komuniti Bachok untuk memastikan kesihatan diri sentiasa dijaga . " SUPPORT" daripada komuniti sekitar amat dialu-alukan.Dengan adanya Coch Zilla sudah pasti set kita akan sentiasa sihat malah "FIT SOKMO". I see U….I want Fit Together. Tunggu i coach Zilla …I coming I coming….

5/ 5

PELUANG INI I TAK KAN LEPASKAN . MELIHAT RAKAN-RAKAN BERJAYA. SEMANGAT, KEGIGIHAN COACH ZILLA JADI INSPIRASI UNTUK I JADI FIT DAN SIHAT MCM COACH ZILLA….WELL DONE ..

baberiena95

2 Reviews

#kurus #sihat #cantik

Best Sangat weiiiii..Bersama coach zilla Nie..Byk membantu dalam aktiviti menguruskan badan .Sgt enjoy dan berbaloi2 dgn aktiviti best bersama coach zilla yg sentiasa bersungguh dan bersemangat dlm aktiviti yg dilakukan..Sgt mengujakan coach zilla dahulu yg berbadan besar dan sekarang telah kurus …Terbaik Jommmmmmmm KURUSSSS💪

Was this review ...?

azlina31

1 Reviews

Wow menarik ni. Saya pernah mengikuti program. Kena kuatkan semangat .nak kurus juga…

5/ 5

Tahniah

Was this review ...?

baberiena95

2 Reviews

Impian jadi kenyataan bersama #zilla

5/ 5

‘Saya suka dan puas hati..#zilla membantu dalam team menguruskan badan…Team yg bersemangat. Dan bekerjasama..Jom sama2 kurus…Jom sama2 realisasikan impian hidup kita….No more buncit lagi……

Was this review ...?

CoachSue

4 Reviews

Kurus sihat bersama Coach Zila

5/ 5

tahniah kak zila… ore bachok kena follow kak zilla yg pengalaman banyak dalam bab@ menguruskan badan… rugi sape xfollow team JK1M9

Was this review ...?

hamsiah_mamat83

2 Reviews

Suaramu adalah semangat..!

5/ 5

Belum kenal, belum tahu smngt itu..hehe.. k.zila nie sorg yg kuat smngt, slaras dgn suaranya.. smngt die xleh nk lawan lh.. aktif die mmg superb.. hyper aktif gitu.. suara die jer bleh buat org lain jd mkin smngt nk buat bnde tuh..tmbh2, bile bzumba skli dgnnya.. mmg lencunn..! Xcaya? Join lah jomkurus dgn nya..konfem kurus mcm die jgak nati..heheh… ape2 pn, gudluck k.zila.. smga ade ‘sumtim special’ dlm team bacok nati…heheh.. your voice is priority to get the highest spirit… hehehe..

Was this review ...?

Rate us and Write a Review

Your Rating for this listing

angry
crying
sleeping
smily
cool
Browse

Your review recommended to be at least 140 characters long

  • Price Range RM250
buildingSedia untuk cabar diri ? Book Now

Claim This Listing

Additional Details

  • Sesuai untuk umur 50+?:Yes
  • Sesuai untuk beginners?:No
  • Sesuai untuk returning peserta?:Yes
  • Sesuai Untuk BMI >40?:Yes
  • Sesuai untuk kanak2?:Yes
  • Additional Program Notes:program dijalankan 2 kali seminggu pada hujung minggu
Show all
  • Aktiviti Minggu 6:Hiking
  • Aktiviti Minggu 5:Tyre Training
  • Aktiviti Minggu 4:Dodgeball/netball/Futsall
  • Aktiviti Minggu 3:Tabata Training
  • Aktiviti Minggu 2:Jogging/Circuit Training
  • Activity Minggu 1:Fit test,Body Weight Training